9.16.2014

Ikea Tarik Balik Buaian Gunggung

Tuesday, September 16, 2014 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


Perhatian kepada sesiapa yang ada membeli atau memiliki buaian Gunggung IKEA. Difahamkan, IKEA menarik balik buaian Gunggung IKEA tersebut atas faktor keselamatan kerana difahamkan buaian Gunggung IKEA tersebut boleh mendatang risiko kecederaan kepada kanak-kanak yang menggunakannya.




Fuhh,.seb baik aku tak beli lagi.. :D


SHAH ALAM – Gedung beli-belah terkemuka, Ikea meminta mana-mana pelanggannya yang telah membeli produk buaian kanak-kanak Gunggung untuk segera mengembalikannya.

Menurut Pengurus Kawasan Perniagaan untuk produk kanak-kanak di Ikea, Cindy Andersen, pihaknya telah menerima laporan insiden yang menunjukkan kelengkapan gantung pada buaian Gunggung tidak memenuhi syarat kualiti dan boleh mendatangkan risiko kecederaan serius kepada kanak-kanak.

“Kami memperkembangkan produk untuk merangsang kreativiti dan keperluan semula jadi kanak-kanak untuk permainan fizikal.

“Kanak-kanak tidak memikirkan tentang keselamatan ketika bermain, jadi kami perlu melakukannya apabila kami membangunkan produk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, kesilapan masih boleh berlaku walaupun reka bentuk dan pemasangannya dibuat mengikut standard dan peraturan yang ditetapkan.

Menurut rekod, produk tersebut telah dijual di Ikea Malaysia sejak 1 April 2014.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menarik semula produk buaian Gunggung untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

“Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan untuk bayaran balik penuh,” jelasnya lagi.

Ikea juga menyatakan kesediaannya untuk memberi bayaran balik secara penuh kepada para pelanggan yang memulangkan produk tersebut. - Sinar Harian 

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik