9.20.2014

Laksanakan Ibadah Korban Secara Online Dengan eQurban

Saturday, September 20, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hukum ibadah korban adalah sunat muakkad sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.
korbandikemboja 300x200 Pesanan Korban Secara Online
eQurban.com menyediakan program Korban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan iaitu RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600 untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :
  • Lawati website @ eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban
Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.
Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” ( title="Surah al-Kauthar : ayat 1-2" Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
korbankemboja 300x225 Pesanan Korban Secara Online
eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan 1Dunia untuk mengeluarkan hanya RM230 atau USD95 nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang insyallah ganjarannya syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang RM230. Kepada yang ada masalaah peribadi, masalah kewangan dan berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM230 dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat redha ALLAH SWT, insyallah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk menyelesaikaan masalah yang ada.
Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian" tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang kita laksanakan.
Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com.


Kredit : blog Denaihati.com



Baca seterusnya...

9.18.2014

Pemain Ragbi England Kalahkan Komuter London Underground

Thursday, September 18, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
James Heptonstall, seorang pemain ragbi England telah berlumba dengan komuter Tube atau London Underground, dan berjaya mengalahkan komuter tersebut setelah berjaya menaiki komuter tersebut di sebuah stesen ke stesen berikutnya.



James perlu berlari dari Stesen Mansion House ke stesen berikutnya di Cannon Street pada jarak 379 meter dalam tempoh kurang 1 minit 20 saat sekiranya dia mahu mengalahkan komuter tersebut.


Baca seterusnya...

9.17.2014

Review iPhone 6

Wednesday, September 17, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
iPhone 6 dan iPhone 6 Plus bakal dijual pada 19 Sep ini dibeberapa negara terpilih termasuk Singapura. Harga iPhone 6 di Malaysia masih belum rasmi bila akan dijual. iPhone 6 dan iPhone 6 Plus juga menerima lebih 4 juta pra-tempahan dalam tempoh 24 jam menjadikan model iPhone yang paling tinggi menerima pra-tempahan dari model sebelumnya.




Belum pun jualan dibuka secara rasmi, kini sudah ada video unboxing iPhone 6 dan beberapa review iPhone 6 di internet oleh pakar-pakar gajet.

Untuk mendapatkan review iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, boleh baca review iPhone 6 di sini dan review iPhone 6 Plus di sini. (Dinasihatkan jangan baca kerana dikhuatiri anda mungkin terjebak dan tak sabar nak tunggu iPhone 6 di jual di Malaysia. :P )

Video unboxing iPhone 6 yang pertama mungkin.


Baca seterusnya...

9.16.2014

Ikea Tarik Balik Buaian Gunggung

Tuesday, September 16, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Perhatian kepada sesiapa yang ada membeli atau memiliki buaian Gunggung IKEA. Difahamkan, IKEA menarik balik buaian Gunggung IKEA tersebut atas faktor keselamatan kerana difahamkan buaian Gunggung IKEA tersebut boleh mendatang risiko kecederaan kepada kanak-kanak yang menggunakannya.




Fuhh,.seb baik aku tak beli lagi.. :D


SHAH ALAM – Gedung beli-belah terkemuka, Ikea meminta mana-mana pelanggannya yang telah membeli produk buaian kanak-kanak Gunggung untuk segera mengembalikannya.

Menurut Pengurus Kawasan Perniagaan untuk produk kanak-kanak di Ikea, Cindy Andersen, pihaknya telah menerima laporan insiden yang menunjukkan kelengkapan gantung pada buaian Gunggung tidak memenuhi syarat kualiti dan boleh mendatangkan risiko kecederaan serius kepada kanak-kanak.

“Kami memperkembangkan produk untuk merangsang kreativiti dan keperluan semula jadi kanak-kanak untuk permainan fizikal.

“Kanak-kanak tidak memikirkan tentang keselamatan ketika bermain, jadi kami perlu melakukannya apabila kami membangunkan produk,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya lagi, kesilapan masih boleh berlaku walaupun reka bentuk dan pemasangannya dibuat mengikut standard dan peraturan yang ditetapkan.

Menurut rekod, produk tersebut telah dijual di Ikea Malaysia sejak 1 April 2014.

Sehubungan dengan itu, pihaknya menarik semula produk buaian Gunggung untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

“Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan untuk bayaran balik penuh,” jelasnya lagi.

Ikea juga menyatakan kesediaannya untuk memberi bayaran balik secara penuh kepada para pelanggan yang memulangkan produk tersebut. - Sinar Harian 

Baca seterusnya...

9.15.2014

Harga Proton Iriz Didedahkan Proton

Monday, September 15, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Senarai harga Proton Iriz akhirnya didedahkan oleh Proton. Bakal dilancarkan 25 September ini setelah tempahan bermula pada minggu lalu. 

Senarai harga tersebut merangkumi harga atas jualan untuk Semenanjung, Malaysia Timur, Labuan dan Langkawi untuk lapan varian. Harga yang terendah adalah untuk model 1.3L Standard MT (Transmisi Manual) untuk warna solid yang dijual pada harga RM42,438 sebuah dan untuk varian yang paling mahal ialah 1.6L Premium CVT Metalik pada harga RM62,888 sebuah untuk Semenanjung.



Semalam, Tun Mahathir selaku pengerusi Proton telah memandu uji sendiri Proton Iriz ke The Loaf Pavillion.

sumber : Utusan Online
Baca seterusnya...

9.14.2014

Pelajar UTP Cipta Pengecas Telefon Guna Haba Badan

Sunday, September 14, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,

Di masa akan datang kita bakal menggunakan haba badan untuk mengecas telefon pintar kita. Selain dapat menjimatkan kos, ia juga bersifat mesra alam. Impian ini bakal menjadi kenyataan kerana seorang pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) berjaya mencipta pengecas telefon menggunakan haba badan sendiri.



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia telah merekacipta sebuah alat pengecas telefon pintar dengan hanya menggunakan haba daripada badan.

Peranti yang hanya perlu disambungkan kepada lengan seseorang akan menukarkan haba badan dan suhu sekitar kepada tenaga elektrik.

Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP), P. Sukesh Pandian berkata idea itu datang kira-kira setahun yang lalu.

"Idea mencipta alat ini datang tahun lepas kerana saya seorang pengguna tegar telefon pintar menyebabkan bateri cepat habis dan perlu mengecas telefon setiap tiga hingga empat jam," kata Sukesh ketika dihubungi Astro AWANI.


Baca seterusnya...

Gambar Tun Mahathir Pandu Proton Iriz

Sunday, September 14, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Semakin hari semakin banyak gambar Proton Iriz tersebar, kereta model terbaru keluaran Proton. Kali ini gambar Tun Mahathir memandu sendiri Proton Iriz kini tersebar. Selaku Pengerusi Proton, Tun Mahathir melakukan cara tersendiri untuk mempromosikan atau menghangatkan lagi kemunculan Proton Iriz. Proton Iriz dijangka dilancarkan 25 September 2014 ini. Harga Proton Iriz bermula dari RM42,438. 



Lagi gambar Tun Mahathir memandu Proton Iriz dan "parking" di depan The Loaf Pavillion.

Baca seterusnya...

9.10.2014

Harga iPhone 6 di Malaysia dan Perbandingan iPhone 6, Galaxy Note 4, Xiomi Mi4

Wednesday, September 10, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Apple melancarkan dua model iPhone iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. iPhone 6 bersaiz 4.7" dan iPhone 6 Plus bersaiz 5.5". Harga iPhone 6 di Malaysia dijangka sekitar RM2400-RM2500 dan iPhone 6 Plus antara RM2700-RM2800 berdasarkan harga iPhone 6 di Singapura. Bagaimana belum diketahui bilakah iPhone 6 bakal dijual di Malaysia dan harga rasminya.






Carta perbandingan di bawah menunjukkan perbezaan antara iPhone 6 bersama dengan model smartphone yang terbaru di pasaran ketika ini.



sumber carta : soyacincau.com


Baca seterusnya...

9.09.2014

Beza Powerbank Mi Xiomi Original vs Palsu

Tuesday, September 09, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Powerbank Mi dari Xiomi China antara powerbank yang semakin popular sekarang ni. Antara sebab Powerbank Mi semakin popular kerana harganya yang murah iaitu RM36 untuk 10400mAh dan RM25 untuk 5200mAh serta reputasi produk Xiomi antara yang produk terbaik keluaran China. Hingga ada warga China mengatakan, jika produk negara mereka sendiri ditiru (imitation) oleh orang mereka sendiri, maka produk tersebut memang bagus. Maka tak hairanlah jika powerbank Mi dari Xiomi juga ada yang palsu (imitation).

Antara bahaya menggunakan produk powerbank Mi tiruan (fake) ialah kemungkinan produk tersebut boleh meletup seperti gambar di bawah.


Salah seorang pemilik powerbank Mi palsu berkongsi gambar ini di weibo.com.

Jadi, kepada mereka yang sudah memiliki atau bercadang mahu membeli Powerbank Mi dari Xiomi ini, elok selidik adakah produk itu palsu atau original dengan ikuti beberapa tips di bawah.

Baca seterusnya...

9.05.2014

Kenyataan Akhbar Berkenaan Loom Band Daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

“Loom Band” and its Effect on Health
The Ministry of Health will like to address the issue of phthalates, a carcinogenic chemical detected in the Loom Band and its subsequent withdrawal by one of the toy retailers in Britain. It is known that phthalates are substances added to plastic to increase its flexibility, transparency, durability, and longevity. They contribute to between 10% – 60% of the plastic by weight in the product. It is classified as a Class 3 carcinogen i.e. having proven carcinogenic effects in animal models but not in humans. Phthalate/DEHP is not classifiable as to its carcinogenicity to humans (Group 3) by the International Agency of Research on Cancer (IARC). According to IARC, there is inadequate evidence in humans for the carcinogenicity of phthalate except in experimental animals. Phthalate exposure may be through direct use or by indirect means through leaching and general environmental contamination. Oral is believed to be the main source of di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) and other phthalates in the general population.

The use of some phthalates has been restricted for use in children’s toys in the European Union since 1999. Likewise, other developed countries such as the United States of America and Canada have restricted DEHP, BBP, and DBP for all toys. In the case of DINP, DIDP and DNOP, these are restricted only for toys which could be possibly taken into the mouth by children. The restriction states that the amount of phthalates may not be greater than 0.1% mass percent of the plasticized part of the toy. These phthalates are allowed at any concentration in other products and other phthalates are not restricted.

Baca seterusnya...

9.04.2014

'Loom Band' Ditarik Balik di Britain Kerana Mengandungi Karsinogenik

Thursday, September 04, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,

Loom band yang menjadi kegilaan golongan kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat dan Britain telah ditarik balik penjualannya di United Kingdom selepas didapati mengandungi bahan kimia karsinogenik.

Pengawalan terhadap produk ini di Malaysia, bagaimanapun, masih tidak jelas, menurut Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia. 

Ini kerana loom band, iaitu getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tidak dikategorikan sebagai kategori mainan.

"Kita ada Peraturan Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Walau bagaimanapun, masalah dengan pengawalan loom band di Malaysia adalah ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif persatuan itu, Ratna Devi Nadarajan.

"Jika produk itu di bawah kategori mainan, tindakan boleh diambil. Tetapi ia masih tidak jelas kerana loom band adalah aksesori dan tidak bertujuan untuk dimasukkan ke dalam mulut," katanya.


Baca seterusnya...

9.03.2014

Kisah Pengasas WhatsApp , Dari Seorang Pencuci Lantai Menjadi Jutawan

Wednesday, September 03, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Jan Koum dibesarkan di rumah yang tidak memiliki pemanas air, di sebuah perkampungan kecil yang terletak di luar Kiev, Ukraine. Ibu bapa beliau juga jarang menggunakan telefon kerana takut perbualan menerusi telefon mereka dipintas oleh pihak kerajaan secara rahsia. Pengalaman tersebut, menyebabkan Koum amat menitikberatkan tentang isu perlindungan maklumat pengguna di dalam aplikasi WhatsApp.

Pada usia 16 tahun, Koum dan ibunya telah berpindah ke Mountain View disebabkan masalah politik yang agak teruk di Ukraine. Mereka telah tinggal di sebuah apartment kecil yang mempunyai dua bilik. Bapanya telah meninggal pada tahun 1997 sebelum mereka sempat berpindah ke Mountain View. Untuk menampung sara hidup, ibunya telah bekerja sebagai penjaga bayi dan beliau pula membantu ibunya mendapatkan pendapatan sampingan dengan bekerja sebagai pencuci lantai di pasaraya. Apa yang menyayat hati, ibunya telah disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia pada tahun 2000.




Baca seterusnya...

9.01.2014

Loom Band Penyebab Kanser ?

Loom Band atau rainbow loom menjadi tren kanak-kanak masakini. Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun layan loom band ni. :p Tapi tahukah anda bahawa loom band ini boleh mendatangkan bahaya. Loom band boleh menyebabkan kanser kerana mengandungi phthalates. Apa itu phthalates? Boleh tonton video di bawah.

Salah satu perusahaan mainan terbesar di Inggris, The Entertainer, memutuskan untuk menarik seluruh produk mainannya yang kini sedang tersohor di dunia anak-anak, yaitu loom band atau loom charms.

Keputusan yang diambil oleh The Entertainer ini, berlandaskan hasil dari investigasi penuh mengenai kecurigaan atas deteksi zat kimia berbahaya penyebab kanker  bernama phthalates yang terdapat pada aksesori gelang warna-warni yang bisa dirangkasi sendiri oleh anak-anak.  


Baca seterusnya...

8.31.2014

Gambar Proton Iriz Akhirnya Didedahkan

Gambar Proton Iriz iaitu model kereta terbaru dari Proton akhirnya didedahkan di laman microsite www.betulbetulonz.com.my. Harga Proton Iriz masih menjadi tanda-tanya. Mungkin harga protoz Iriz akan didedahkan bilamana Proton Iriz dilancarkan nanti. Beberapa ciri-ciri menarik Proton Iriz juga turut dikongsi di laman betulbetulonz.com.my itu.



Mereka yang ingin melihat keseluruhan model Proton Iriz tersebut, perlu menggunakan 4 biji telefon pintar dan aplikasi QR reader untuk mendapatkan gambaran keseluruhan model Proton Iriz.



Baca seterusnya...

5.14.2014

Lelaki Ini Ambil Masa 3 Tahun Keliling Dunia Dan Hasilkan Video Selfie 360 Paling Epik

Wednesday, May 14, 2014 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Sebagai sebahagian daripada Diaries Motosikal Moden pengembaraan beliau, Alex Chacon mengambil masa lebih 600 hari di seluruh dunia merakam detik-detik perjalanan beliau menggunakan GoPro. Menunggang untuk organisasi amal Bani Uganda, dia pasti tahu bagaimana untuk mengambil selfie 360 paling epik! Terbaek.

 

Baca seterusnya...

Beza Penampilan Selekeh Dengan Kemas Ketika Memerlukan Pertolongan

Wednesday, May 14, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Baca seterusnya...

5.09.2014

Mangsa Kemalangan Baca Kamus Sebelum Bantuan Tiba

Biasanya situasi di tempat kemalangan akan ada mangsa yang terbaring menahan kesakitan, manakala orang ramai akan datang membantu. Tetapi berbeza dengan kejadian yang menimpa seorang pelajar di Beijing. Pelajar yang menjadi mangsa kemalangan tersebut masih sempat membaca kamus digital sambil terbaring di tempat kemalangan sebelum bantuan tiba. Katanya, dia berbuat begitu kerana tidak mahu memikirkan kesakitan yang dialami.



BEIJING 7 Mei - Seorang pelajar yang mengalami kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, cuba menahan kesakitan yang dialami dengan menghafal perkataan Inggeris dari kamus elektronik, sambil menunggu kehadiran ambulans.

Laman web Mail Online melaporkan, ketika kejadian, Wang Dafan, 18, dalam perjalanan ke kelas tutorial, sebelum motosikalnya dilanggar sebuah kereta di pusat bandar.

Selepas mengetahui kecederaan yang dialami tidak serius, Dafan mengeluarkan kamus elektronik Gizmo dan mempelajari kira-kira 107 perkataan Inggeris, sambil menunggu kehadiran ambulans.
"Setibanya di tempat kejadian, kami agak terkejut kerana walaupun cedera dia tetap tekun belajar. Dafan memberitahu saya, dia tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas," ujar seorang jurucakap polis.

Dafan yang memenangi banyak anugerah dalam bidang akademik dan turut menerima biasiswa hanya mengalami cedera ringan di tangan, kaki dan kepala dalam kemalangan itu. 

"Mempelajari perkataan Inggeris begitu membantu saya untuk melupakan kesakitan yang dialami. Kemalangan itu turut mengingatkan saya bahawa hidup ini terlalu singkat dan pelajaran amat penting dalam mengubah hidup seseorang," kata Dafan.

Pelajar Universiti Capital Normal itu, bercita-cita mahu menyambungkan pelajarannya ke Universiti Oxford atau Cambridge. - Utusan Online

Baca seterusnya...

5.06.2014

Lelaki Ini Menari "Napoleon Dynamite" 100 Hari Berturut-turut Dan Hasilnya Menakjubkan

Tuesday, May 06, 2014 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
 
Baca seterusnya...

Look Up - Video Yang Patut Ditonton Oleh Semua Orang

Tuesday, May 06, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Baca seterusnya...

5.03.2014

Cas Bateri Telefon Dari Haba Badan

Saturday, May 03, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tidak lama lagi kita tidak perlukan powerbank lagi untuk mengecas telefon, cukup hanya menggunakan haba badan kta sendiri. Itulah teknologi yang berjaya dihasilkan oleh sekumpulan saintis dari Korea Selatan.


sumber : utusan malaysia

Baca seterusnya...

4.23.2014

Trade In Telefon Lama Anda Untuk iPhone 5S

Wednesday, April 23, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Maxis hari ini menawarkan iPhone 5S secara trade-in dengan telefon lama anda. Bagaimanapun, tidak semua telefon lama anda boleh di trade-in, hanya terhad untuk model iPhone 4, iPhone 4S, Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy Note 2.

Berikut senarai lengkap harga trade-in dari Maxis :


Info lengkap dan tepat, sila rujuk laman web rasmi Maxis.

Baca seterusnya...

4.22.2014

(Video) Bermain Dengan Kapur Tidak Pernah Sehebat Ini

Tuesday, April 22, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Dulu zaman-zaman sekolah, mesti korang pernah main kapur tulis kan? Biasanya kapur tulis kat dalam kelas tu, korang ambik, patahkan kecik-kecik dan baling curi-curi kat kawan kan? haha..

Selepas menonton video di bawah ini, tentu anda tak sangka yang bermain kapur boleh jadi sehebat ini. Awesome!


Baca seterusnya...

4.18.2014

Apa Itu Virus Mers-Cov ?

Friday, April 18, 2014 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Apa itu virus Mers-Cov ? Bagaimana virus Mers-Cov boleh berjangkit ? Siapa yang mudah terdedah dengan virus Mers-Cov?

MERS merupakan suatu penyakit yang disebabkan oleh corona virus yang disebut Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-Cov), yang pertama kali dilaporkan pada tahun 2012 di Arab Saudi.

PENYELIDIK di Britain dan Arab Saudi mendakwa sehingga kini mereka gagal menemui jawapan bagaimana Virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) tersebar secara meluas di rantau Timur Tengah dan beberapa negara Barat.

Menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, saintis menyatakan mereka telah melakukan penyelidikan ke atas sampel yang diambil daripada 21 pesakit di Arab Saudi.
Mereka turut mengecualikan kelompok kes di bandar timur al-Hasa dan hanya memberi tumpuan terhadap penyebaran wabak itu di ibu negara Saudi.

"Keputusan kajian ini jelas menunjukkan Riyadh sebagai pusat utama penyebaran virus pembawa maut itu dan ia hanya merebak sekali sekala ke kawasan lain," jelas laporan itu lagi. 

Penyelidikan tersebut juga sekali lagi mengulangi teori bahawa virus Mers-CoV itu mungkin disebarkan oleh haiwan kepada manusia.

Sejarah genetik virus itu menunjukkan jangkitan berulang telah berlaku, namun sumber utama virus tersebut yang menjangkiti haiwan masih tidak dapat dikenal pasti hingga kini.

Cara penyebaran lebih rumit
Susulan daripada itu, beberapa ujian telah dijalankan ke atas haiwan mamalia seperti unta, kelawar dan kambing di Saudi.

Bagaimanapun, sampel yang diperoleh di Riyadh menunjukkan kepelbagaian genetik Mers-CoV secara meluas.

Hal ini bermakna virus itu disebarkan melalui sumber haiwan dari tempat lain yang kemudiannya disebarkan ke kawasan terbabit.

Beberapa pakar berpendapat kawasan di ibu negara Saudi lebih terdedah kerana ia merupakan pusat populasi terbesar di negara tersebut.

Profesor Alimuddin Zumla dari Universiti Kolej London yang turut sama membantu penyelidikan Lancet berkata, cara virus itu tersebar sebenarnya lebih rumit daripada apa mereka
jangkakan.

“Ia mungkin melibatkan ‘pengantara’ kerana kebanyakan kes yang dikenal pasti menunjukkan pesakit tidak mempunyai hubungan dengan haiwan secara langsung.

Menurutnya lagi, sumber sebenar virus Mers tersebut masih tidak jelas dan beberapa hipotesis yang dibuat menunjukkan ia mungkin disebarkan oleh makanan.

Sehingga 18 Oktober lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 139 kes dan 60 kematian akibat Mers direkodkan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, 119 daripada kes jangkitan itu termasuk 51 kematian dilaporkan di Saudi iaitu selepas virus misteri tersebut dikenal pasti untuk pertama kali oleh ahli virologi Mesir, Dr Ali Mohamed Zaki pada 24 September 2012.

Bermula dengan selesema biasa
Jumlah kematian yang semakin meningkat di negara itu menyebabkan banyak pihak mula bimbang dengan nasib jutaan jemaah haji pada tahun ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa kesihatan di Timur Tengah telah menghantar kumpulan sokongan untuk memberi penerangan kepada jemaah tentang tindakan perlu diambil jika berasa kurang sihat selepas kembali dari Saudi.

Difahamkan, sukar untuk mengenal pasti simptom awal jangkitan virus Mers tersebut kerana ia hanya bermula dengan selesema biasa.

Dalam usaha untuk mengesan penyebaran virus tersebut, WHO telah menubuhkan Jawatankuasa Peraturan Kesihatan Kecemasan Antarabangsa.

Jawatankuasa itu juga mendapati  amaran tahap tinggi tidak perlu dikeluarkan seperti ketika penularan wabak Sars, H5N1 dan selesema babi di beberapa negara sebelum ini.   

Ketua teknikal penyelidikan Mers di Geneva, Dr Anthony Mounts berkata, tiada laporan menunjukkan virus itu merebak dalam kalangan masyarakat kerana ia hanya menjangkiti kaki tangan perubatan yang berhubung secara terus dengan pesakit.

"Kami tidak akan berputus asa untuk mengenal pasti punca virus ini, namun apa yang jelas ia tiada kaitan dengan Sars," jelasnya lagi. - sumber Sinar Harian 21 Okt 2013


Baca seterusnya...

4.17.2014

(Video) Karpal Singh Maut Kemalangan

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Berikut berita tersebut dan video kemalangan maut Karpal Singh.

TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini. Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. 

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - sumber UTUSAN ONLINE 




 sumber video : youtube

Baca seterusnya...

2.19.2014

Apabila Cik Epal Masuk Suratkhabar

Wednesday, February 19, 2014 by Mr Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Hari ini baca paper Utusan, terkejut tengok muka blogger Cik Epal terpampang besar kat muka depan sisipan Mega. Hebat blogger zaman sekarang ni. :D





Baca seterusnya...

1.17.2014

IKEA Panggil Balik Produk Lampu SMILA

Friday, January 17, 2014 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Menurut laman IKEA Malaysia, pihak IKEA memanggil balik produk lampu SMILA untuk diperbaiki semula kerana dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Ini ekoran terdapat kemalangan tragis di Scotland, dimana seorang bayi meninggal dunia akibat terbelit dengan wayar lampu tersebut.



[National]  IKEA urges all customers that have an IKEA SMILA wall mounted lamp to check immediately that the lamp and cord are out of reach of children when in a cot or playpen.
The cord must be securely fastened to the wall as loose lamp cords can present a strangulation hazard to infants and young children.

IKEA has received a report of a tragic accident in Scotland, where an infant in a cot died after getting entangled with the cord of a SMILA wall mounted lamp. No reports of injury have been received in Malaysia.

Customers are asked to proceed to the Exchanges and Returns Counters at the IKEA store or contact IKEA Customer Service at +603-7726 7777 to receive a repair kit free of charge containing a warning label, safety instructions and
self-adhesive fasteners for fixing the lamp cord to the wall.

IKEA reminds customers that any corded product such as a window covering or blind can present a strangulation hazard. Accessible cords should always be kept out of reach of young children.

IKEA apologises for any inconvenience this may cause. - IKEA
  
Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik