
Kemudian baru dapat tahu rupanya ASNB sudah keluarkan peraturan baru di mana pihak ketiga tidak boleh kemaskini buku akaun yang bukan miliknya. Hatta buku akaun isteri aku pun tidak dibenarkan. Hanya boleh masukkan duit (bank-in) sahaja tetapi buku tidak dikemaskini. Rupa-rupanya peraturan ini sudah dikuatkuasa bermula 5 Julai 2013. Tapi yang peliknya masa aku pergi awal bulan ogos dan september sebelum ni takde pulak dinyatakan peraturan baru ni.
Tapi, takpelah... dah ditetapkan camtu dan ASNB juga dah bagi cara untuk pihak ketiga kemaskini buku iaitu perlu muatturun borang kebenaran di laman asnb.com.my. Borang kebenaran dan fotokopi kad pengenalan pemilik perlu dikemukan di kaunter setiap kali hendak kemaskini buku.
Boleh baca maklumat lanjut di Notis penting: Kemaskini buku pelaburan oleh pihak ketiga
Baca seterusnya...