8.31.2013

Video KL Gangster 2 Yang Tersebar Masih "Raw Material"

Saturday, August 31, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam behubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu,  Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.

“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.

“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.

Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.

“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.

“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.

“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya. - Sinar Harian


Baca seterusnya...

Roh suami kembali meniduri isterinya yang masih hidup?

Saturday, August 31, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor. 

Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

sumber : www.islamituindah.my


Baca seterusnya...

8.30.2013

Senarai Kongsi Gelap di Malaysia

Friday, August 30, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Hari ini dalam akhbar mendedahkan senarai kongsi gelap seluruh negara di Malaysia.Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya.




Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. 

Menurutnya, Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka “Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. - Utusan

Baca seterusnya...

8.29.2013

Link Download KL Gangster 2 Tersebar ?

KL Gangster 2 prequel KL Gangster bakal menjengah pawagam tidak lama lagi tetapi difahamkan link download KL Gangster 2 sudah mula tersebar. Link donwload yang antaranya tertulis KL Gangster (2013) DVDScr itu mula tersebar sejak semalam. 

Pihak kami tidak pasti bagaimana perkara ini boleh terjadi tetapi kelihatan di beberapa blog dan laman sosial, orang ramai mula memperkatakannya.

Difahamkan KL Gangster 2 lakonan Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor bakal mengegar pawagam pada 3 Oktober ini namun ini pula yang terjadi. Kita tunggu reaksi pihak yang terlibat.

Apa-apa pun kami percaya, jika filem itu bagus, orang tetap akan menyerbu pawagam. Menonton di pawagam feel nya lebih syok tidak seperti menonton di rumah. :P

Terkini!

Shark a.k.a Syamsul Yusof memberi amaran kepada pihak yang terlibat menerusi akaun facebook miliknya. Abang besar dah mengamuk..hehe.. :P


FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta. - Sinar Harian

Baca seterusnya...

8.27.2013

Usahawan Sambut Hari Jadi Kucing RM100,000

Tuesday, August 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang usahawan di KL menyambut hari jadi seekor kucing kesayangannya dengan besar-besaran sehingga RM100,000 di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Pelik tapi benar.

Kucing ini tentu bertuah kerana mendapat tuan yang menyanyanginya dan sanggup berhabis duit. Difahamkan pemilik kucing ini tidak mempunyai isteri dan anak dan hanya kucing ini peneman hidupnya.


p/s : keratan akhbar ini bertarikh 26 Disember 2012
Baca seterusnya...

Majalah Mangga Haram ?

Tuesday, August 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Beberapa blog dan laman sosial mendedahkan surat dari Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman berkenaan hukum penerbitan Majalah Mangga. Surat tersebut menjelaskan tentang status Majalah Mangga menurut syara' . Dalam surat tersebut menyatakan penerbitan yang mempamerkan wanita dan lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya haram. Semua sedia maklum majalah mangga memang memaparkan wanita dan lelaki yang tidak menuntut aurat malah majalah mangga pernah dilabelkan majalah porno Malaysia.



Baca seterusnya...

(Video) Maksud Kemah Keming

Tuesday, August 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ramai yang bertanya apa maksud "kemah keming" . Perkataan ini adalah dari dialek Terengganu dan dipopularkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Untuk menjawap persoalan maksud "kemah keming" ini , boleh menonton video di bawah. 


Baca seterusnya...

8.26.2013

(Video) Jiran Rakam Cubaan Pecah Rumah

Monday, August 26, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Satu video cubaan pecah rumah mula tersebar di Youtube. Menurut sumber, video tersebut dirakam oleh jiran rumah mangsa. Kejadian dipercayai berlaku di Jalan 48/4J Bandar Putera Klang.


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik