Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak
saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet
dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak
kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan
nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti
kosong jer cicah air sirap…
Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak
makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak
nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..
Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak
lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan
nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko
tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..
Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng
special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak
bawak nasi goreng esok..
Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia
yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti
kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi
goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi
goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??
Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun
tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik
telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..
Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..
Ko bawak tak Mira..? Bawak ler…aku bawak..kan semalam dah janji..
Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..
Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..
Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..
Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat
situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal
sama-sama..
ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..
Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..
Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..
Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..
Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?
Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada
tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu…standard
lah..kami memang dah biasa macam ni..
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..
Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi
ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni
kan..
Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap
ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal
ko nangis plak..?? Makan je lah..
Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira
jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng
ko..
Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..
Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi
goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar
jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak
saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita
makan je lah..
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi
saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak
saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..
Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak
bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas
ni hadiah dari keluarga kita..
Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta.. sebenarnya bukan
saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak
sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang
hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..
Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu
kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan
memilukan..
Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan
ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam
menghadapi segala dugaan..Aminnn..
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..
Terima kasih..
Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan.
Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah
mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak
mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit
perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk
meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari
kepompong kefakiran.
sumber : Facebook