4.13.2013

(Video) Lirik Lagu Lelaki - Yuna

Saturday, April 13, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Yuna tampil dengan lagu baru berjudul "Lelaki..." . Muzik dan lirik lagu "Lelaki..." dihasilkan oleh Yuna sendiri, manakala lagu Lelaki ini diterbitkan oleh A.G Coco. Mixed lagu Lelaki oleh Huzai.

Lagu "Lelaki..." itu telah dimuatnaik di tumblr lelakidotdotdot.tumblr.com/

‘Lelaki…’ is a story about woman who’s been married to a man for 10 years only to find out he’s been having an affair with her bestfriend. This is an insight of what she’s thinking -after all that she’s done for him, raising their children, being loyal, he breaks her heart by leaving her for the person she least thought would betray her. Enjoy this dark humour song by Yuna, ‘Lelaki…’ 

Video Lagu Lelaki - Yuna



Lirik Lagu Lelaki - Yuna

Kau fikir kau siapa
cinta ini kau buang saja
ku tak perlukan memori
dan kau tak perlu kembali
kau fikir ku apa
siang malam engkau yang punya
kau datang dan kau pergi
kau buat aku begini
oh lelaki tak guna
ku berikan semua
Banggakah dirimu
kekasihmu sahabatku
rupanya selama ini
dia menaruh hati
kadang kala aku terfikir
kau berikanya janji yang sama
engkau katakan padaku oh
sepuluh tahun yang lalu
oh lelaki tak guna
ku berikan semua
ini rupanya kau balas kembali
semuanya yang ku beri
tak pernah mencukupi
kau bukan lagi yang aku kenali
perempuan sepertiku tak ingin bersamamu
dahulu kau bukan begini
kau hancurkan hati
ku yakin dahulu kau bukan
lelaki tak guna
ku berikan semua

sumber lirik (thanks) : lanabusybee.blogspot.com



 
Baca seterusnya...

4.11.2013

(Video) Ipad Dilanggar Kereta Dan Melekat Pada Bumper, Masih Berfungsi

Video berita di bawah ini agak tidak masuk akal. Seorang wanita mendakwa ketika memandu pulang ke rumah, keretanya telah melanggar satu objek yang melayang. Tanpa mengesyaki apa-apa, wanita ini memandu pulang ke rumah seperti biasa. 

Keesokkannya, suaminya mendapati terdapat sebuah ipad melekat pada bumper kereta yang dipandu perempuan tadi.

iPad melekat pada bumper kereta ?

Dan menambahkan keajaiban, iPad itu masih berfungsi seperti biasa. Lantas wanita ini memuatnaik gambar iPad yang melekat pada bumper keretanya ke laman sosial dan seterusnya menjadi viral.



Baca seterusnya...

4.10.2013

[AWAS] Geng Perompak Bermotosikal aktif di lembah Kelang

Wednesday, April 10, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Awas Geng Perompak/Pecah Rumah di area Klang-Setia Alam, Sunway dan sekitar.

Modus Operandi Geng bermotosikal ini melakukan kegiatan diawal waktu pagi(masih gelap), target barangan ringan seperti Accesories Kereta , Smart Tag, Cermin Mata, Kasut dan lain-lain.

Hati-hati sebelum diorang buat kerja , diorang akan lock gate/slider pintu rumah dengan dawai, supaya kalau owner sedar dan dapat tau pun perompak ni dapat sempat lari sebab owner terkunci kat dalam, ade sesetengah rumah diorang terus mangga gate/sliding door.

Rompakan Di Setia Alam Shah Alam 5/4/2013 6:10AM
Kerugian semua mencecah 11 ribu ringgit. ( Kerosakan / Kecurian )
Minta Kerjasama Anda Semua Sebarkan , Supaya semua berjaga2
mereka sedang active area klang, shah alam.

Jika ada suspek yang anda kenali minta berhubung dengan pihak berkuasa agar kegiatan mereka dapat ditangani dengan segera.

sumber : Facebook sentap
 


Baca seterusnya...

Guna GPS Satu Kesalahan

Wednesday, April 10, 2013 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tahukah anda menggunakan GPS pada smartphone ketika memandu satu kesalahan ? Tak kisahlah ada pakai aplikasi Papago, Garmin, Waze, Google maps ,Sygic atau apa-apa aplikasi berkaitan peta,  ia merupakan satu kesalahan jika digunakan ketika memandu atau menunggang. Itulah yang berlaku di California. (fuhh..seb baik bukan kat Malaysia)





Baca seterusnya...

4.07.2013

IKEA hentikan jualan lasagne moose kerana ada daging babi

Sunday, April 07, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
STOCKHOLM - Pengeluar perabot terbesar dunia, IKEA semalam menyatakan, pihaknya telah menghentikan jualan lasagne moose selepas mendapati produk itu mengandungi daging babi. 

Lasagne moose sebanyak 10,000 tan itu dihasilkan oleh pembekal IKEA. Jualannya dihentikan di semua cawangan IKEA di 18 buah negara Eropah selepas ujian yang dilakukan oleh pihak berkuasa Belgium pada bulan lalu mendapati ada unsur daging babi di dalamnya. 

"Kami menerima pengesahan pada Jumaat bahawa satu siri produksi makanan itu dicemari hirisan kecil daging babi. Kuantitinya sangat kecil, kira-kira satu peratus," kata jurucakap IKEA, Tina Kardum. 

Lasagne yang tercemar itu dikatakan berjumlah 17,000 pek. 

Pada Februari, IKEA menghentikan jualan bebola daging kerana mendapati sebahagiannya mengandungi daging kuda. - Reuters (Kosmo)

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik