3.01.2013

(Video) Lelaki Ini Selesaikan Kiub Rubik Ketika Juggling

Friday, March 01, 2013 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Siapa yang suka main Kiub Rubik (Rubik's Cube) mesti kagum dengan aksi lelaki dalam video di bawah. Dia menyelesaikan kiub rubik ketika "juggling". Amat sukar tuk dipercayai.


p/s : giler aa..aku nak selesaikan macam biasa pun tak lepas. :P

Baca seterusnya...

Mesej Panggilan +375 dan +371 Hanya Khabar Angin

Sejak akhir-akhir ini tersebar mesej berkenaan panggilan missed call dari +375 dan +371 di laman sosial. Ramai yang turut menyebarkan mesej ini kepada kekawan mereka dan seterusnya mesej tersebut tersebar secara viral tanpa mengetahui adakah mesej tersebut benar atau tidak.




Laporan akhbar hari ini mendedahkan mesej tersebut adalah khabar angin yang tidak benar. Dakwaan ini disahkan oleh pihak polis.

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan dakwaan berhubung panggilan telefon yang kononnya mampu menyalin maklumat peribadi termasuk senarai buku telefon setiap individu yang menjawab panggilan berkenaan palsu dan hanya khabar angin.

Difahamkan, khabar itu tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook yang mendakwa ia dilakukan sindiket penipuan bagi mencuri maklumat peribadi seseorang individu selain mengenakan bayaran perkhidmatan yang tidak masuk akal.



Panggilan berkenaan dikatakan bermula dengan nombor +375 dan +371 dari Belarus dan Latvia serta mampu menyalin maklumat peribadi pemilik telefon berkenaan dalam tempoh tiga saat sebaik panggilan dijawab.

Bagaimanapun, Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Superintendan Victor Sanjos berkata, siasatan polis mendapati maklumat itu tidak benar.

“Setiap pemanggil yang menjawab panggilan itu akan dikenakan bayaran perkhidmatan panggilan antarabangsa seperti yang ditetapkan syarikat telekomunikasi yang dilanggan.

“Namun, dakwaan yang mengatakan maklumat akaun bank atau buku telefon yang disimpan dalam telefon berkenaan mampu disalin dalam tempoh tiga saat adalah palsu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Semalam, laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan panggilan berkenaan bagi mengelakkan sebarang penipuan atau kejadian jenayah.

Menurut Victor, nasihat itu dikeluarkan bagi memastikan tiada sebarang kes jenayah atau penipuan berlaku dan setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan berkenaan.
Beliau berkata, walaupun maklumat itu sudah disahkan palsu, tetapi orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ditakuti penyebaran itu sengaja dibuat anggota sindiket jenayah siber. - HMetro



Baca seterusnya...

(Video) Rompakan Bank Hong Leong di Tesco Gelugor

Friday, March 01, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
GEORGE TOWN – Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang sekali lagi ‘makan besar’ apabila mereka merompak cawangan Bank Hong Leong di pasar raya besar Tesco di Gelugor di sini buat kali kedua semalam melibatkan kerugian RM11,000.

Sebelum ini iaitu pada 15 Januari lalu, suspek yang sama telah melarikan RM20,000 dari bank tersebut. Kejadian pukul 12.56 tengah hari itu hanya mengambil masa kurang seminit apabila suspek terus menerpa ke arah pintu masuk sebelum mengacukan parang ke leher salah seorang pengawal keselamatan.

Suspek kemudian pergi ke kaunter juruwang dan memaksa pegawai bertugas menyerahkan wang sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. Ketika kejadian terdapat tiga pekerja dan empat pelanggan. Mereka tidak dicederakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis percaya rompakan itu dilakukan suspek yang sama dalam kejadian pada 15 Januari lalu berdasarkan modus operandi mereka. - Kosmo



Baca seterusnya...

2.28.2013

(Gambar) Jambatan Runtuh di Putrajaya?

Thursday, February 28, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Difahamkan, berlaku jambatan runtuh di Putrajaya. Setakat ini tiada lagi maklumat terperinci berkenaan jambatan runtuh di Putrajaya tetapi gambar-gambar jambatan runtuh di Putrajaya sudah mula tersebar di laman sosial.

Menurut komen-komen yang diterima di laman sosial, jambatan tersebut sudah hampir sebulan ditutup dari dilalui orang ramai kerana mengalami masalah kerentakan.

 



Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. 

Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya. - ondscene.my 

 sumber gambar : facebook
Baca seterusnya...

2.27.2013

(Video) Aksi Lucu Budak 2 Tahun Apabila Cuba Tidur Sendiri

Wednesday, February 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Nak tahu apa yang dibuat oleh budak 2 tahun apabila disuruh tidur sendiri di dalam biliknya sendiri seorang diri ? Tonton video di bawah.  :lol

 

sumber : http://ourbabyjb.blogspot.com/
Baca seterusnya...

2.26.2013

Meatball IKEA Malaysia Bebas Daging Kuda

Tuesday, February 26, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Ikea Malaysia telah mengesahkan yang bebola daging syarikat itu selamat untuk dimakan.

Ketika dihubungi, Ikea berkata bebola daging mereka bebas daripada daging kuda dan 100 peratus diperbuat daripada daging lembu tulen.

Kenyataan ini lahir selepas laporan bahawa Ikea telah menarik balik bebola dagingnya dari 16 negara di Eropah selepas pihak berkuasa Czech menjumpai daging kuda dalam produk itu.

Laporan bahawa peket yang mengandungi bebola daging beku itu telah ditarik balik dari Slovakia, Czech Republic, Hungary, Britain, Portugal, Italy, the Netherlands, Belgium, Spain, Cyprus, Greece and Ireland.

Skandal daging kuda ini telah menjejaskan banyak syarikat pemakanan termasuk Nestle.

Skandal ini telah menyebabkan penjualan makanan yang mengandungi daging lembu turun sebanyak 45 peratus di Perancis.

Ikea Malaysia dijangka akan memberikan kenyataan rasmi hari ini. - astroawani.com


Baca seterusnya...

Daging Kuda Ditemui Dalam Meatball IKEA

Tuesday, February 26, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ramai yang suka makan bebola daging IKEA atau lebih femes meatball IKEA. Bagaimanapun, laporan berita di bawah amat mengejutkan, penemuan daging kuda dalam meatball IKEA!

Tapi...

Itu semua BUKAN berlaku di IKEA Malaysia. Jangan salah faham yer..

STOCKHOLM - Daging kuda ditemui pada bebola daging yang dilabelkan sebagai daging lembu dan babi yang dijual di kedai rankaian perabot Ikea, lapor agensi berita AP semalam.
Pentadbiran Veterinar Negara Zcech menyatakan, daging kuda ditemui pada bebola daging beku yang diperbuat di Sweden dan dihantar ke Republik Czech untuk dijual di kedai-kedai Ikea.

Sejumlah 760 kilogram bebola daging itu dihalang daripada tiba di kedai tersebut untuk dijual.

Jurucakap IKEA, Ylva Magnusson menyatakan, bebola daging itu telah dihantar ke Slovakia, Hungary, Perancis, Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Sepanyol, Itali, Greece, Cyprus dan Ireland.

Magnusson berkata, bebola daging itu ditarik penjualan di kedai-kedai Ikea di negara tersebut.


Sementara itu, pihak berkuasa di Denmark menyatakan, satu laporan polis akan dibuat selepas seorang penjual daging menjual daging kuda kepada kedai-kedai piza tempatan.

kedai-kedai piza itu ditipu kerana menganggap daging kuda tersebut sebagai daging lembu.


Ketua Penyiasat Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark, Michael Rosenmark berkata, beberapa sampel telah diambil daripada daging piza yang dikeluarkan oleh Harby Slagterhus menunjukkan ia mengandungi campuran daging kuda, babi dan lembu.

Penjual di bandar Arhus itu mendakwa pihak restoran mengetahui produk tersebut mengandungi daging kuda.


Pihak berkuasa di seluruh Eropah mula melakukan ujian asid deoksiribonukleik secara rawak selepas menemui cam puran daging kuda dalam produk beku daging burger dan lasagne. - Agensi (Kosmo)

Baca seterusnya...

(Video) Lelaki Bogel Terkunci Sendiri Bilik Hotel Dari Luar

Tuesday, February 26, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video CCTVdi bawah menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan bogel terkunci sendiri bilik hotel dari luar. Aksi lelaki bogel tersebut seumpama babak dalam cerita Mr Bean. Malang betul bagi lelaki bogel tersebut. I bet he won’t do this mistake again. 

nota : video ini telah disensored



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik