11.12.2013

PDRM Jelaskan Isu Masuk Nombor Pin ATM Terbalik

Tuesday, November 12, 2013 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Anda tentunya pernah membaca atau menerima mesej yang berbunyi seperti di bawah :

~ Demi Kesejahteraan Diri & Keluarga

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.
 


Sebenarnya mesej ini dah lama. Tapi sekarang timbul semula apabila makin ramai menyebarkannya melalui laman sosial seperti Facebook, Whatsapp. Walaupun kesahihan mesej tersebut tidak dapat dipastikan, tapi mesej tersebut tetap tersebar. Mungkin kerana menekan butan "share" atau forward lebih mudah dari mencari kebenaran.

Hari ini melalui laman pages Facebook Polis Diraja Malaysia, pihak PDRM mengeluarkan kenyataan sedemikian :-

TIADA BANTUAN JIKA MASUK NOMBOR PIN TERBALIK:

Sebaran mesej kononnya bantuan pihak polis akan diterima sekiranya anda memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik adalah TIDAK BENAR. Pengesahan dengan Bank Negara Malaysia telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan untuk keselamatan pengguna mesin ATM.

Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat yang sahih kandungannya.







Harap semua mendapat pencerahan.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik