8.29.2013

Link Download KL Gangster 2 Tersebar ?

KL Gangster 2 prequel KL Gangster bakal menjengah pawagam tidak lama lagi tetapi difahamkan link download KL Gangster 2 sudah mula tersebar. Link donwload yang antaranya tertulis KL Gangster (2013) DVDScr itu mula tersebar sejak semalam. 

Pihak kami tidak pasti bagaimana perkara ini boleh terjadi tetapi kelihatan di beberapa blog dan laman sosial, orang ramai mula memperkatakannya.

Difahamkan KL Gangster 2 lakonan Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor bakal mengegar pawagam pada 3 Oktober ini namun ini pula yang terjadi. Kita tunggu reaksi pihak yang terlibat.

Apa-apa pun kami percaya, jika filem itu bagus, orang tetap akan menyerbu pawagam. Menonton di pawagam feel nya lebih syok tidak seperti menonton di rumah. :P

Terkini!

Shark a.k.a Syamsul Yusof memberi amaran kepada pihak yang terlibat menerusi akaun facebook miliknya. Abang besar dah mengamuk..hehe.. :P


FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta. - Sinar Harian

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik