4.04.2013

(Gambar) iPhone Murah atau iPhone Bajet

Thursday, April 04, 2013 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Spekulasi syarikat Apple bakal menghasilkan iPhone versi murah atau iPhone bajetmula tersebar di portal online sejak beberapa bulan lalu. 

 DigiTimes.com memetik sumber yang enggan namanya didedahkan sebagai berkata, sebuah model iPhone yang lebih murah akan dipasarkan pada separuh kedua tahun ini. 

Khabar angin itu kemudiannya disiarkan dalam Wall Street Journal. Menurut Digitimes, telefon pintar yang jauh lebih murah itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan di kalangan peminat jenama Apple. 

Langkah itu dilihat sebagai perubahan dramatik Apple dalam menghasilkan produk bermutu yang dijual di pasaran. Apple melihat potensi besar pasaran di China dan tampil dengan iPhone mampu milik yang bakal menyaingi telefon pintar lain yang menggunakan Google Android sebagai sistem operasi.




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik