GEORGE TOWN – Dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang sekali lagi ‘makan besar’ apabila mereka merompak cawangan Bank Hong Leong di pasar raya besar Tesco di Gelugor di sini buat kali kedua semalam melibatkan kerugian RM11,000.
Sebelum ini iaitu pada 15 Januari lalu, suspek yang sama telah melarikan RM20,000 dari bank tersebut.
Kejadian pukul 12.56 tengah hari itu hanya mengambil masa kurang seminit apabila suspek terus menerpa ke arah pintu masuk sebelum mengacukan parang ke leher salah seorang pengawal keselamatan.
Suspek kemudian pergi ke kaunter juruwang dan memaksa pegawai bertugas menyerahkan wang sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.
Ketika kejadian terdapat tiga pekerja dan empat pelanggan. Mereka tidak dicederakan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis percaya rompakan itu dilakukan suspek yang sama dalam kejadian pada 15 Januari lalu berdasarkan modus operandi mereka. - Kosmo
“Kalau Dah Gatal Atau Mahu Menempek Kesenangan, Tak Payah Guna Alasan Jumpa Depan Kaabah”
-
Kontroversi perkahwinan pemenang program Da’i Pendakwah Milenia 2014, Nik
Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, dengan seorang wanita yang dikenali semasa
menjalan...
34 minutes ago
0 comments:
Post a Comment