3.27.2013

Video Budak 2 Tahun Buka Pintu Berkunci , Kelakar & Hebat !

Wednesday, March 27, 2013 by MR Penyubiru ·
Labels:

Video di bawah ini dimuat naik oleh ibubapa budak berusia 2 tahun ini. Dalam video ini menunjukkan bagaimana bijaknya seorang budak lelaki berusia 2 tahun menyelinap masuk ke bilik kakaknya yang berkunci. Budak lelaki ini berjaya membuka pintu bilik kakaknya hanya dengan menggunakan pengetip kuku!


Semuanya bermula apabila kakaknya mengadu kepada ibunya yang adiknya selalu masuk ke biliknya ketika tidur di waktu malam untuk mengambil bantal (pillow pet). Ibunya menasihatkan kakaknya agar mengunci pintu sebelum tidur. 


Beberapa hari kemudian, kakaknya mengadu lagi mengatakan adiknya masih dapat masuk ke biliknya dan mengambil bantal (pillow pet) walaupun pintu bilik sudah dikunci.


Hairan dengan kejadian tersebut, ibubapanya meletakkan kamera video untuk merakam aksi tersebut. Dan hasilnya anda lihatlah sendiri video di bawah. Kelakar pun ada, kagum pun ada. Budak 2 tahun dah pandai buka pintu bilik yang berkunci. Hebat!




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik