3.01.2013

Mesej Panggilan +375 dan +371 Hanya Khabar Angin

Friday, March 01, 2013 by MR Penyubiru ·
Labels: , ,

Sejak akhir-akhir ini tersebar mesej berkenaan panggilan missed call dari +375 dan +371 di laman sosial. Ramai yang turut menyebarkan mesej ini kepada kekawan mereka dan seterusnya mesej tersebut tersebar secara viral tanpa mengetahui adakah mesej tersebut benar atau tidak.




Laporan akhbar hari ini mendedahkan mesej tersebut adalah khabar angin yang tidak benar. Dakwaan ini disahkan oleh pihak polis.

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan dakwaan berhubung panggilan telefon yang kononnya mampu menyalin maklumat peribadi termasuk senarai buku telefon setiap individu yang menjawab panggilan berkenaan palsu dan hanya khabar angin.

Difahamkan, khabar itu tersebar secara meluas dalam laman sosial Facebook yang mendakwa ia dilakukan sindiket penipuan bagi mencuri maklumat peribadi seseorang individu selain mengenakan bayaran perkhidmatan yang tidak masuk akal.



Panggilan berkenaan dikatakan bermula dengan nombor +375 dan +371 dari Belarus dan Latvia serta mampu menyalin maklumat peribadi pemilik telefon berkenaan dalam tempoh tiga saat sebaik panggilan dijawab.

Bagaimanapun, Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Superintendan Victor Sanjos berkata, siasatan polis mendapati maklumat itu tidak benar.

“Setiap pemanggil yang menjawab panggilan itu akan dikenakan bayaran perkhidmatan panggilan antarabangsa seperti yang ditetapkan syarikat telekomunikasi yang dilanggan.

“Namun, dakwaan yang mengatakan maklumat akaun bank atau buku telefon yang disimpan dalam telefon berkenaan mampu disalin dalam tempoh tiga saat adalah palsu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Semalam, laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan panggilan berkenaan bagi mengelakkan sebarang penipuan atau kejadian jenayah.

Menurut Victor, nasihat itu dikeluarkan bagi memastikan tiada sebarang kes jenayah atau penipuan berlaku dan setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan berkenaan.
Beliau berkata, walaupun maklumat itu sudah disahkan palsu, tetapi orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ditakuti penyebaran itu sengaja dibuat anggota sindiket jenayah siber. - HMetro


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik