2.17.2013

Video Amah Lambung Bayi Majikan

Sunday, February 17, 2013 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Satu video CCTV menunjukkan seorang pembantu rumah / amah / pengasuh melambung dan mencampak bayi mula tersebar di laman facebook. Terkejut aku melihat video tersebut. Tak sampai hati nak tengok sampai habis. Kesian bayi tersebut. Apalah agaknya yang difikir oleh amah tersebut. 

Bila buka laman Utusan Malaysia, baru tahu cerita sebenar. Nasib baik bayi tak mengalami kecederaan teruk.

KUANTAN 16 Feb. - Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga cedera di tangan dan kaki di Bukit Setongkol, di sini semalam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa bayi lelaki itu pada pukul 9.13 pagi semalam sebelum bertindak menahan suspek berusia 24 tahun. Katanya, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun dan merupakan seorang peniaga mendapat tahu kejadian tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya. 

"Dia terkejut melihat aksi pembantu rumah tersebut melambung anaknya di ruang tamu pada pukul 7.45 pagi dalam komputer riba miliknya ketika minum pagi di sebuah restoran di sini. "Bapa bayi itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan. - Utusan Online

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik