12.29.2013

(Video) Bagaimana Buat Magik Kereta Mainan Muncul Di Belakang Kertas

Sunday, December 29, 2013 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Cuba lihat magik di bawah ini

How did a toy car magically appear behind these two pieces of paper?

Bagaimana kereta mainan tersebut boleh muncul secara tiba-tiba di belakang kertas merah tersebut? Inilah dinamakan magik atau illusi, yang mana setiap trick itu tentu ada cara logik disebaliknya.

Jom kita tonton video bagaimana nak buat magik seperti di atas.




Baca seterusnya...

12.20.2013

Dividen ASB 2013 Bonus ASB 2013 8.7 sen

Friday, December 20, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Dividen ASB 2013 dan bonus ASB 2013 ialah 8.7 sen seunit. Ini diumumkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Ia membabitkan bayaran pengagihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bayaran bonus 1.00 sen seunit.  

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM9.38 bilion, iaitu peningkatan 17.4 peratus berbanding RM7.99 bilion yang dibayar pada 2012.


Peruntukan bagi pembayaran bonus pula, katanya ialah RM706.88 juta, naik 3.84 peratus berbanding RM680.73 juta.

Pengagihan kompetitif

Prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 keseluruhannya adalah memuaskan, sejajar dengan keadaan ekonomi dan pasaran semasa.

Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB tahun ini adalah kompetitif jika dibanding instrumen pelaburan lain yang sesuai dijadikan perbandingan, katanya sambil menambah pembayaran itu akan memanfaatkan 8.26 juta pemegang unit yang melanggan 127.2 bilion unit ASB.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan agihan pendapatan tabung itu di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir ialah Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji berkata, jumlah pendapatan kasar ASB pada 31 Disember 2013 dijangkakan sebanyak RM9.92 bilion, meningkat 15.1 peratus berbanding RM8.62 bilion pada 2012.

Beliau berkata, pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat menyumbang RM4.41 bilion atau 44.5 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar itu, manakala pendapatan daripada keuntungan penjualan saham menyumbang RM4 bilion atau 40.3 peratus.

Baki RM1.51 bilion atau 15.2 peratus disumbang lain-lain pendapatan, katanya.

Diagih 2 Januari

Ahmad Sarji berkata, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.

Beliau berkata, pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2013, manakala pengiraan bonus pula berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan untuk 10 tahun untuk tempoh 2004 hingga 2013.

Urus niaga ASB ditangguhkan pada 22 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus, katanya.

Sementara itu, Hamad Kama Piah menjelaskan, sungguhpun pengagihan pendapatan dividen dan bonus bagi tahun kewangan 2013 itu rendah sedikit berbanding pada 2012, tetapi jumlah peruntukan pembayaran adalah jauh lebih tinggi.

Pengagihan pendapatan ASB tahun lalu ialah 7.75 sen seunit manakala bonus pula ialah 1.15 sen seunit.

Mengenai pelancaran Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), Hamad Kama Piah berkata, PNB masih menjalankan kajian, penelitian dan menyelesaikan segala gerak kerja secara terperinci berikutan ia membabitkan saiz dana yang besar. - BHarian

Baca seterusnya...

11.12.2013

PDRM Jelaskan Isu Masuk Nombor Pin ATM Terbalik

Tuesday, November 12, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Anda tentunya pernah membaca atau menerima mesej yang berbunyi seperti di bawah :

~ Demi Kesejahteraan Diri & Keluarga

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.
 


Sebenarnya mesej ini dah lama. Tapi sekarang timbul semula apabila makin ramai menyebarkannya melalui laman sosial seperti Facebook, Whatsapp. Walaupun kesahihan mesej tersebut tidak dapat dipastikan, tapi mesej tersebut tetap tersebar. Mungkin kerana menekan butan "share" atau forward lebih mudah dari mencari kebenaran.

Hari ini melalui laman pages Facebook Polis Diraja Malaysia, pihak PDRM mengeluarkan kenyataan sedemikian :-

TIADA BANTUAN JIKA MASUK NOMBOR PIN TERBALIK:

Sebaran mesej kononnya bantuan pihak polis akan diterima sekiranya anda memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik adalah TIDAK BENAR. Pengesahan dengan Bank Negara Malaysia telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan untuk keselamatan pengguna mesin ATM.

Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat yang sahih kandungannya.







Harap semua mendapat pencerahan.


Baca seterusnya...

11.06.2013

Berhati-hati Apabila Berhenti Rehat di R&R LPT

Wednesday, November 06, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Bagi pengguna lebuhraya di Malaysia tentu tidak asing dengan istilah R&R atau Rehat dan Rawat. Tempat R&R ini merupakan tempat perhentian untuk pemandu kereta berhenti rehat dan merawat keletihan. Tempat R&R ini biasanya lengkap dengan kemudahan kedai makan, tandas dan surau. Walaubagaimanapun, tempat R&R ini juga boleh menjadi kawasan sasaran mudah bagi penjenayah jika kita tidak berhati-hati.

KUALA TERENGGANU – Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.

Kejadian yang bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan koma.

Bayi itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, manakala Che Mastura yang patah tulang rusuk juga dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu melarikan sebuah kereta Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu.

“Kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan dan pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka bersama bayi itu di dalam kereta.

“Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu hari ini.

Beliau berkata, ketika remaja terbabit memandu kereta itu menghala ke Dungun, berlaku pergelutan antara remaja itu dan Abdul Pirhat menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Waja dan sebuah lori tanah dari arah yang sama.

Rempuhan itu menyebabkan penumpang kereta berkenaan dan bayi mereka tercampak keluar daripada kenderaan itu, katanya sambil memberitahu yang remaja terbabit sebelum itu cuba melarikan sebuah Proton Persona di R&R yang sama tetapi gagal.

Jamshah berkata, selepas kemalangan di Km88 Jalan Jerangau-Jabor itu, remaja terbabit menahan kereta Perodua Myvi yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan berpura-pura meminta pertolongan.

“Apabila wanita berusia 18 tahun yang memandu kereta itu dan ayahnya berusia 55 tahun keluar daripada kereta, remaja terbabit dengan pantas masuk ke dalam
kereta dan melarikan kereta itu bersama ibu, adik dan dua anak saudara wanita itu,” katanya.

Beliau berkata, pemandu dan dua penumpang kereta Proton Waja serta pemandu lori yang dirempuh remaja itu tidak cedera.

Drama dua jam itu berakhir apabila polis, yang melancarkan gerakan memburu remaja terbabit berjaya menahannya bersama kereta Myvi yang dilarikan dengan empat penumpang di dalamnya dalam sekatan jalan raya di Batu Rakit dekat sini, kira-kira 7 malam.

Jamshah berkata, siasatan awal polis mendapati remaja lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Remaja yang telah berhenti sekolah semasa dalam tingkatan dua itu berasal dari Kemaman, katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai bukan mahu merompak, sebaliknya hanya melarikan kenderaan.

Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan remaja yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan dirujuk kepada pakar perubatan. – Bernama





Baca seterusnya...

11.03.2013

Download The Walking Dead Season 4

Sunday, November 03, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Siri TV The Walking Dead sudah memasuki musim ke-4 sejak 13 oktober lalu. Bagi peminat siri The Walking Dead sudah tentu tidak sabar men"download" dan menonton. Download link The Walking Dead Season 4 Episod 1sudah mula tersebar.



Download The Walking Dead Season 4

EPISODE 1 - 30 Days Without an Accident

Download
Mega
PutLocker
Fshare



EPISODE 2 - INFECTED

EPISODE 3 - ISOLATION

EPISODE 4 - INDIFFERENCE 





Baca seterusnya...

11.02.2013

Sekolah tadika Jaim diberi iPad tahun depan

Saturday, November 02, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan RM150,000 tahun depan untuk menyediakan iPad dengan kemudahan internet jalur lebar 3G sebagai alat bantu mengajar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada 62 sekolah tadika Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata ,usaha itu dilaksanakan kerana melihat kepentingan ICT sebagai alat bantu mengajar dalam memberikan pendidikan awal agama Islam yang berkesan dan menarik kepada kanak-kanak.

Beliau berkata, usaha itu juga secara tidak langsung akan memberikan pendedahan ICT di peringkat awal kepada kanak-kanak di samping menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik bagi pendidikan awal mengenai asas kehidupan Islam seperti tauhid, syariah, adab dan akhlak.


  
"Dalam pembentukan sahsiah diri ia perlu bermula daripada awal, bila terapkan Islam daripada peringkat kanak-kanak lagi dia akan membesar dengan betul," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Tadika Jaim kepada 1,700 murid daripada 62 sekolah tadika Jaim seluruh Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.
  
Ditanya sama ada kerajaan negeri akan melaksanakan program bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak khatam Al-Quran lebih awal di negeri ini, Idris berkata kerajaan negeri sedang meneliti cadangan itu.
  
"Namun saya tegaskan dalam khatam Al-Quran ini bukan berapa cepat dia khatam yang jadi perkiraan, kita mahu dia fahami dan dalami dengan teliti kandungan Al-Quran itu," katanya.  - Bernama

Baca seterusnya...

10.27.2013

Hukum Guna Skybox Openbox Dreambox Untuk Menonton ASTRO

Sunday, October 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Skybox, Openbox , Dreambox adalah peranti alternatif yang digunakan untuk menerima siaran ASTRO. Peranti Skybox, Openbox, Dreambox ini sama fungsi dengan dekoder ASTRO. Sekarang ni kita lihat banyak iklan-iklan berkenaan Skybox, Openbox, Dreambox. Anda boleh menonton ASTRO tanpa perlu melanggan dengan ASTRO, tapi perlu melanggan dengan penjual Skybox, Openbox, Dreambox. Bayaran bulanan untuk full package ASTRO yang dikenakan oleh penjual Skybox, Openbox, Dreambox jauh lebih rendah dari pihak ASTRO sendiri. Akibatnya ramai kini beralih kepada Skybox, Openbox, Dreambox.

Jadi, apa hukumnya menggunakan Skybox, Openbox, Dreambox untuk menonton ASTRO ? Mari kita lihat video perjelasan dari Ustaz Azhar Idrus.



Baca seterusnya...

DIY Mikroskop Digital Dengan Smartphone

Sunday, October 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Tahukah anda, smartphone atau telefon pintar anda boleh berfungsi menjadi sebuah mikroskop digital. Tanpa kos yang tinggi, anda mampu membina mikroskop digital dengan smartphone anda.




Bagaimana caranya ? Ikuti video DIY mudah membina mikroskop digital dengan smartphone.


Baca seterusnya...

10.25.2013

Intipati Bajet 2014 #Bajet2014

Friday, October 25, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Bajet 2014 baru sahaja selesai dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini. Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji'. Antara intipati Bajet 2014


* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang  9.6 peratus.

* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

* Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.

* Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.

* Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.

* Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

* Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

* Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
  
* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.

* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.

* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.

* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 November, 2013.

* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.

* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.

* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.

* Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.

* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

* GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

sumber : Sinar Harian

Baca seterusnya...

10.23.2013

Harga Rasmi iPhone 5S 5C Malaysia

Wednesday, October 23, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Harga iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia secara rasminya akan diketahui sekitar hujung bulan ini sebelum 1 November. Bagaimanapun laman malaysianwireless.com telah mengeluarkan harga jangkaan iPhone 5S dan 5C. Mungkin tepat mungkin ada perubahan. 



Berikut harga iPhone 5S dan iPhone 5C di Malaysia


  • iPhone 5C (16GB): RM1899
  • iPhone 5S (16GB): RM2299
  • iPhone 5S (32GB): RM2599
  • iPhone 5S (64GB): RM2899

Difahamkan harga iPhone 5S dan iPhone 5C dari Telco seperti Maxis,Celcom dan Digi juga masih belum diketahui setakat ini.

Kemaskini 23 Oktober 2013
Harga rasmi iPhone 5S dan 5C yang akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 31 Oktober ini.

iPhone 5S 16GB : RM 2399
iPhone 5S 32GB : RM 2749
iPhone 5S 64GB : RM 3149

 
iPhone 5C 16GB : RM 1999
iPhone 5C 32GB : RM 2399




Baca seterusnya...

10.21.2013

Takwim Cuti Sekolah 2014 | Kalendar Persekolahan 2014 | Cuti Umum 2014

Monday, October 21, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Kalendar persekolahan 2014 atau jadual sekolah 2014 dan takwim cuti sekolah 2014 di Malaysia antara carian hangat ketika ini. Kalendar atau takwim cuti umum 2014 Malaysia juga antara carian hangat. Penting untuk kita ketahui kalendar persekolahan 2014 atau takwim cuti sekolah 2014, agar senang untuk kita merancang aktiviti bercuti dan sebagainya.

Laman kabinet.gov.my telah memuatnaik kalendar persekolahan 2014 dan cuti umum 2014 atau jadual kelepasan am 2014. 


sumber : kabinet.gov.my

Baca seterusnya...

10.17.2013

(Video) KL Tarbiyyah 2 - Parody KL Gangster 2 Paling Awesome!

Thursday, October 17, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Trend sekarang ramai yang suka membuat lawak dengan gaya video parodi. Biasanya video parodi yang dihasilkan mengikut isu semasa. 

Sekarang ni hangat dengan filem KL Gangster 2 , maka tidak hairan jika ada pihak yang menghasilkan video parodi trailer KL Gangster 2. Antara banyak-banyak parodi trailer KL Gansgter 2, aku rasa video parody di bawah ini begitu menarik dan mengisafkan. 

Pembikin video parody KL Gangter 2 dua ini melihat dari sudut yang berbeza iaitu dari sudut dakwah dan seterusnya terhasilah KL Tarbiyyah 2. Awesome! :D



Baca seterusnya...

10.09.2013

Video Lirik Lagu Dont Forget Allah - Farid Sanullah

Wednesday, October 09, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Dont Forget Allah - Farid Sanullah



Lirik Lagu Dont Forget Allah - Farid Sanullah

You down and out
You just can’t come
You wanna shout
you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there
Whoever you are, because he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine
The story of the three
Who'll long to be
To who be free of their misery

To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah

Get down and out
You just can’t go
you wanna shout
you lost all hope
On your knees
begging please
You turn and pray
to find your way
 

Baca seterusnya...

10.03.2013

Tidak Boleh Kemaskini Buku Pelaburan ASNB Pihak Ketiga

Thursday, October 03, 2013 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Setiap awal bulan seperti biasa pergi bank untuk tambah pelaburan dalam ASB dan ASW untuk kami 4 beranak. Aku biasa pergi Maybank untuk urusan ASB / ASW.

Kemudian baru dapat tahu rupanya ASNB sudah keluarkan peraturan baru di mana pihak ketiga tidak boleh kemaskini buku akaun yang bukan miliknya. Hatta buku akaun isteri aku pun tidak dibenarkan. Hanya boleh masukkan duit (bank-in) sahaja tetapi buku tidak dikemaskini. Rupa-rupanya peraturan ini sudah dikuatkuasa bermula 5 Julai 2013. Tapi yang peliknya masa aku pergi awal bulan ogos dan september sebelum ni takde pulak dinyatakan peraturan baru ni.

Tapi, takpelah... dah ditetapkan camtu dan ASNB juga dah bagi cara untuk pihak ketiga kemaskini buku iaitu perlu muatturun borang kebenaran di laman asnb.com.my. Borang kebenaran dan fotokopi kad pengenalan pemilik perlu dikemukan di kaunter setiap kali hendak kemaskini buku.


Baca seterusnya...

9.17.2013

Salleh Yaakob Maut Di Sambar Petir, Isteri Cedera Parah

Tuesday, September 17, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said. – Bernama

p/s : Al-Fatihah untuk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat. 

Baca seterusnya...

8.31.2013

Video KL Gangster 2 Yang Tersebar Masih "Raw Material"

Saturday, August 31, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
“SAYA akan saman berjuta ringgit!”. Demikian reaksi pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam behubung kontroversi terbaru melibatkan filem arahan terbaru anak lelakinya, Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Filem sekuel yang menelan kos RM 4.5 juta itu dikhabarkan bocor di Internet sedangkan masih belum ditayangkan di pawagam.

Ekoran insiden tersebut, beliau mengadakan sidang media khas tergempar, semalam.

Dalam sidang media itu, jelas kekecewaan daripada pihaknya meskipun yang tersebar hanyalah 'raw material' yang belum diberi sentuhan akhir.

“Dari awal lagi saya dah rasa. Syamsul di Bangkok lagi sudah beritahu saya, ‘pastikan ya Papa, sekarang ini zaman digital, jangan sampai kita bocor di mana-mana. Habis kita nanti.’

“Sebab dah terlalu lewat, saya bagi Syamsul 'dateline' dan dia menghantar 'raw material' untuk filem itu, yang hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya,” katanya pada sidang media.

Filem yang tersebar luas itu dikatakan bukan dalam format berdefinisi tinggi.

“Dia kata hantar saja ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)' dan Finas untuk penilaian wajib tayang memandangkan berpuluh filem menanti. Kalau tak, tayang 2014. Selama ini, kita hantar filem yang 100 peratus dari segi kualitinya.

“Tapi entah kenapa. Ada hikmah juga. Bayangkan kalau kita hantar 'Full HD' kepada syarat wajib tayang...LPF. Bayangkan apa yang terjadi. Sedangkan yang kualiti 50 peratus ini saja, besar kesannya terhadap kami,” katanya.

Akui tidak akan berkompromi dengan pelaku yang menyebarkan karya anaknya itu,  Yusof Haslam memberi amaran bakal mengambil tindakan tegas.

“Pejuangan kami tidak berhenti di sini. kepada mereka-mereka yang nak sabotaj kami, kami tak akan berdiam diri. Kalau kamu menggunakan Internet untuk mencetak rompak, pihak polis juga ada cara untuk mengesan.

“Kami akan bawa orang ini (pelaku) ke muka pengadilan. Bukan dengan denda setakat RM 1,000 tapi saya akan saman jutaan ringgit. Ini yang saya akan buat. Ini bukan perkara main-main.

“Filem ini melibatkan kos yang cukup besar. Walaupun kami buat filem dengan RM 100,000 modal sekalipun, itu adalah titik peluh kami, karya kami. Apabila karya kami dicuri, tidak ada kompromi,” katanya.

Tidak berhasrat untuk mempercepatkan tayangan KL Gangster 2, Yusof tidak mahu bersikap mementingkan diri.

“Tayangan filem ini tetap 3 Oktober. Saya disarankan untuk mempercepatkan tayangannya tapi saya tak nak.

“Saya boleh buat kalau fikir kepentingan diri sendiri tapi sebagai pembikin filem, saya menghormati rakan-rakan produser lain. Saya tak tergamaknya nak pijak kepala produser lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyerahkan soal sambutan dan kutipan kepada rezeki Allah.

“Insya-ALLAH ada rezeki, filem ini akan tetap dapat sambutan. Berapa nak kutip itu soal rezeki dari ALLAH,” katanya. - Sinar Harian


Baca seterusnya...

Roh suami kembali meniduri isterinya yang masih hidup?

Saturday, August 31, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Soalan: Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor. 

Jawapan:
Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”

Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.

Wallahu a’lam.

Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

sumber : www.islamituindah.my


Baca seterusnya...

8.30.2013

Senarai Kongsi Gelap di Malaysia

Friday, August 30, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Hari ini dalam akhbar mendedahkan senarai kongsi gelap seluruh negara di Malaysia.Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya.




Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. 

Menurutnya, Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka “Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. - Utusan

Baca seterusnya...

8.29.2013

Link Download KL Gangster 2 Tersebar ?

KL Gangster 2 prequel KL Gangster bakal menjengah pawagam tidak lama lagi tetapi difahamkan link download KL Gangster 2 sudah mula tersebar. Link donwload yang antaranya tertulis KL Gangster (2013) DVDScr itu mula tersebar sejak semalam. 

Pihak kami tidak pasti bagaimana perkara ini boleh terjadi tetapi kelihatan di beberapa blog dan laman sosial, orang ramai mula memperkatakannya.

Difahamkan KL Gangster 2 lakonan Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor bakal mengegar pawagam pada 3 Oktober ini namun ini pula yang terjadi. Kita tunggu reaksi pihak yang terlibat.

Apa-apa pun kami percaya, jika filem itu bagus, orang tetap akan menyerbu pawagam. Menonton di pawagam feel nya lebih syok tidak seperti menonton di rumah. :P

Terkini!

Shark a.k.a Syamsul Yusof memberi amaran kepada pihak yang terlibat menerusi akaun facebook miliknya. Abang besar dah mengamuk..hehe.. :P


FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta. - Sinar Harian

Baca seterusnya...

8.27.2013

Usahawan Sambut Hari Jadi Kucing RM100,000

Tuesday, August 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang usahawan di KL menyambut hari jadi seekor kucing kesayangannya dengan besar-besaran sehingga RM100,000 di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Pelik tapi benar.

Kucing ini tentu bertuah kerana mendapat tuan yang menyanyanginya dan sanggup berhabis duit. Difahamkan pemilik kucing ini tidak mempunyai isteri dan anak dan hanya kucing ini peneman hidupnya.


p/s : keratan akhbar ini bertarikh 26 Disember 2012
Baca seterusnya...

Majalah Mangga Haram ?

Tuesday, August 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Beberapa blog dan laman sosial mendedahkan surat dari Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman berkenaan hukum penerbitan Majalah Mangga. Surat tersebut menjelaskan tentang status Majalah Mangga menurut syara' . Dalam surat tersebut menyatakan penerbitan yang mempamerkan wanita dan lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya haram. Semua sedia maklum majalah mangga memang memaparkan wanita dan lelaki yang tidak menuntut aurat malah majalah mangga pernah dilabelkan majalah porno Malaysia.



Baca seterusnya...

(Video) Maksud Kemah Keming

Tuesday, August 27, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ramai yang bertanya apa maksud "kemah keming" . Perkataan ini adalah dari dialek Terengganu dan dipopularkan oleh Ustaz Azhar Idrus. Untuk menjawap persoalan maksud "kemah keming" ini , boleh menonton video di bawah. 


Baca seterusnya...

8.26.2013

(Video) Jiran Rakam Cubaan Pecah Rumah

Monday, August 26, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Satu video cubaan pecah rumah mula tersebar di Youtube. Menurut sumber, video tersebut dirakam oleh jiran rumah mangsa. Kejadian dipercayai berlaku di Jalan 48/4J Bandar Putera Klang.


Baca seterusnya...

8.14.2013

Hati-Hati Apabila Ambil Gambar Dengan Telefon Pintar

Wednesday, August 14, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika anda suka mengambil gambar anda, keluarga dan anak-anak anda menggunakan telefon pintar, sila berhati-hati kerana melalui gambar tersebut penjenayah mampu menjejaki anda dan keluarga.

Melalui teknologi yang ada sekarang ini, hanya melalui gambar yang di "post" ke laman sosial, lokasi gambar tersebut di ambil boleh dijejaki jika anda mengaktifkan fungsi "geo-tagging" pada telefon pintar anda.

Ketahui lebih detail dengan menonton video dibawah. Moga anda lebih berhati-hati ketika mengambil gambar selepas ini.


Baca seterusnya...

8.12.2013

Roller Coaster Legoland Tersangkut

Monday, August 12, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sebanyak 10 pengunjung Taman Tema Legoland Malaysia di sini menempuh detik cemas apabila permainan roller coaster yang dinaiki mereka tiba-tiba terhenti dan tersangkut di pertengahan laluan disebabkan masalah teknikal hari ini.


Bagaimanapun dalam kejadian pukul 10.40 pagi itu, kesemua pengunjung terbabit menghela nafas lega apabila kakitangan taman tema berkenaan segera menghulurkan bantuan dengan menurunkan mereka yang tersangkut di atas rel permainan yang dikenali sebagai Project-X itu.

Pengurus Perhubungan Awam, Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia, D. Deviga berkata, Project-X itu dibuka semula kepada pengunjung pada pukul 11.15 pagi setelah juruteknik membaikinya dan mendapat pengesahan daripada pasukan keselamatan.

"Legoland Malaysia sentiasa mengutamakan keselamatan pengunjung dan kita juga melatih semua kakitangan mengenai prosedur kecemasan khusus ketika keadaan memerlukan.

"Operasi itu hanya tergendala kira-kira 15 minit sahaja sebelum kembali pulih. Kejadian ini tidak melibatkan sesuatu yang serius kerana kami sentiasa memantau semua permainan bagi menjamin keselamatan pengunjung," katanya.

Tambah Deviga, pihaknya juga menggunakan prosedur khas bagi memastikan setiap masalah dikendalikan dengan cepat dan selamat.

"Semua kakitangan di sini diberikan latihan menyelamat bagi memastikan pengunjung berasa selamat ketika berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan di sini," katanya. - sumber UTUSAN ONLINE


Baca seterusnya...

Cara Lihat Hujan Meteor Perseid di Malaysia 2013

Monday, August 12, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Masyarakat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan juraian hujan meteor Perseid bermula 23 Julai hingga 22 Ogos ini. 

Dianggarkan sejumlah 60 juraian meteor akan dapat dilihat pada masa kemuncaknya iaitu bermula dari awal pagi 12 hingga 13 Ogos ini. Titik meteor Perseid ini adalah daripada buruj Perseus yang berada di langit Malaysia sejak Julai hingga Mac tahun hadapan. 

Walau bagaimanapun, hujan meteor ini hanya boleh dilihat di kawasan-kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam tersebut. 

Bagi menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Portal Pendidikan Sains Angkasa di astronomi.angkasa.gov.my atau hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 / 4301. - Planetarium Negara

Panduan pancuran meteor tahun 2013 boleh dirujuk di sini.

Baca seterusnya...

7.16.2013

Video, Lirik Lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang - Tegar

Video Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang - Tegar


Lirik Lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang - Tegar

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah

Sekolah dulu ku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman

Sekolah dulu aku gak punya biaya
Terpaksa kuharus mencari nafkah
Paling bisa bantu dengan penuh cinta
Cinta yang penuh warna

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Memberi jalan untuku semua


Baca seterusnya...

6.13.2013

Pakai Apa Sahaja

Thursday, June 13, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Baca seterusnya...

6.11.2013

(Video) Restoran YO! Sushi Guna iTray (Dulang Terbang)

Tuesday, June 11, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Macam-macam perkara dilakukan untuk menarik ramai pelanggan ke restoran dan salah satu cara dilakukan oleh sebuah restoran di Britain iaitu YO! Sushi ialah dengan menggunakan iTray (dulang terbang).
Dulang berisi makanan yang dipesan pelanggan diterbangkan terus ke meja mereka menggunakan iTray. iTray ini pula dikawal menggunakan iPad oleh seorang pelayan. 

Salah satu sebab mengapa pemilik restoran menggunakan iTray, katanya dapat menjimatkan masa. Tapi berdasarkan video yang aku lihat di bawah ni, macam lagi lambat jer. Haha..

Apa-apa ia berjaya menarik pelanggan.



Baca seterusnya...

Kreatif atau Sebaliknya ?

Tuesday, June 11, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:











Baca seterusnya...

6.02.2013

Video "Storm Chasers" Rakam Tornado di Oklahoma

Sunday, June 02, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video rakaman tornado di Oklahama mula tersebar. Video tersebut dirakam oleh "Storm Chaser" (pemburu ribut / tornado) Brandon Sullivan . Video tersebut memaparkan saat-saat cemas dan menakutkan ketika mereka cuba merakam tornado dari jarak dekat.

 

Baca seterusnya...

5.28.2013

Video, Lirik Lagu Dwihati - Aizat feat Yuna

Video Lagu Dwihati - Aizat feat Yuna

 

Lirik lagu Dwihati - Aizat feat Yuna (akan dikemaskini)
Baca seterusnya...

5.16.2013

(Video) Hati-Hati Bila Kerintingkan Rambut

Thursday, May 16, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Baca seterusnya...

Kisah Nasi Goreng Amira

Thursday, May 16, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap…

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin.. 

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..
Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..
Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..
Ko bawak tak Mira..? Bawak ler…aku bawak..kan semalam dah janji..
Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..
Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..
Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..
Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..
ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..
Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..
Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..
Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..
Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?
Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu…standard lah..kami memang dah biasa macam ni..
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..
Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..
Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..
Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..
Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..
Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..
Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..
Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..
Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta.. sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..
Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..
Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..
Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..
Terima kasih..
Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.

sumber : Facebook


Baca seterusnya...

Senarai Kabinet Malaysia 2013

Datuk Seri Najib semalam mengumumkan senarai anggota Kabinet 2013 yang baru yang beliau sifatkan sebagai barisan berimbang merangkumi mereka yang berpengalaman, ahli teknokrat dan generasi muda.

Berikut ialah senarai Kabinet Malaysia 2013


 
Baca seterusnya...

5.14.2013

(Video) Fenomena "Ice Wave" di Minnesota, USA

Fenemona angin kencang meniup timbunan ais ke tebing tasik "Mille Lacs" menggamit penduduk Minnesota, Amerika Syarikat. 

Video amatur menunjukkan timbunan ais bergerak secara perlahan ke darat. Timbunan ais itu dianggarkan setinggi satu meter di beberapa lokasi. Ia dilihat seperti berjalan dan melanggar pokok serta rumah di tepi tasik. Tiada individu yang cedera dalam kejadian ini. 

Namun, sebuah rumah dilaporkan mengalami kerosakan kecil akibat ais berkenaan. Ramai penduduk mengambil peluang bagi merakamkan video dan gambar untuk dikongsi dalam sosial.- sumber : TV3

Video fenomena "ice wave"


Baca seterusnya...

5 Rahsia Bilik Hotel Yang Wajib Anda Tahu

Tuesday, May 14, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.


sumber : Facebook

Baca seterusnya...

5.11.2013

(Video) Lirik Lagu Rindu-rindukanlah Diriku - Indie Mice

Lagu Rindu-Rindukanlah Diriku - Indie Mice


Baca seterusnya...

5.02.2013

(Video) Pesawat Boeing 747 National Air Terhempas di Bagram, Afghanistan

Thursday, May 02, 2013 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video menunjukkan sebuah pesawat / kapal terbang telah terhempas sejurus selepas berlepas kini mula tersebar. 

Menurut maklumat yang diterima, kejadian berlaku pagi isnin, pesawat Boeing 747-400 N949CA milik National Air Cargo, beroperasi bagi pihak US Mobility Command, terhempas sebaik sahaj berlepas dari Bagram Air Base. Difahamkan terdapat 7 orang krew di dalam penerbangan tersebut dan kesemuanya nahas dalam kemalangan tersebut.

Video di bawah dirakam menerusi "dashcam video" milik seorang pemandu yang kebetulan melintasi kawasan tersebut.


sumber : www.nycaviation.com

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik