Tahun Masehi sudah memasuki tahun 2013. Bagi mereka yang berazam untuk cuba berpuasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan islam, di bawah ini ada jadual puasa sunat 2013 @ 1434/1435H , termasuk juga jadual puasa wajib di bulan Ramadhan.
Untuk muat turun (download) jadual puasa sunat wajib 2013, boleh klik pada gambar jadual di bawah dan "Save Image".
sumber dari facebook. moga mereka yang menghasilkan dan "share" jadual ini dapat pahala. Sharing is caring. thanks.
Berita baik buat mereka yang menunggu proses pendaftaran rebat telefon pintar RM200 atau pakej komunikasi belia, kini pendaftaran sudah di buka di laman SKMM. Jadi, bagi mereka yang layak, tunggu apa lagi..daftar Rebat Telefon Pintar RM200 dengan segera sebelum bilangan kuota habis digunakan.
(klik gambar tuk ke laman SKMM)
p/s : agaknya ramai yang daftar kut, kekadang laman tersebut tidak dapat diakses.
Bagi pengguna gajet Apple (iPhone, iPad) yang telah di jailbreak, tentu sedia maklum akan masalah yang berlaku apabila menggunakan Installous bermula semalam.
Apabila aplikasi Installous dibuka, akan keluar mesej "Outdated Version - Installous will be terminate". Apabila diselidiki, rupa-rupanya pihak Hackulous (team yang membangunkan aplikasi Installous) telah menamatkan operasi mereka.
Maka tiada lagi Installous selepas ini dan pengguna jailbreak kehilangan satu sumber untuk men"download" aplikasi "cracked".
Bagaimanapun, usah risau.. kini ada aplikasi alternatif lain yang sama seperti Installous iaitu App VV.
Cara install App VV
1- Open Cydia
2- Manage –> Sources –> edit –> ADD
3- ADD this Repo [ Http://repocydia.com ]
4- Search for APP VV and Download it
5- Now Go to installous and you will find APP VV in the Download section.
6- install APP VV and enjoy
Lihat video bagaimana nak install App VV
sumber :absinthejailbreak.com
p/s : Aku jarang guna Installaous, biasanya aku download Apps di apptrackr.cd , lepas tu drag masuk dalam iTunes apabila nak install dalam iPad.
Baca seterusnya...
Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal
persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.
Bahagian
Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran
bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun
khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai
akaun bank.
Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang
menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan
beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian
Kewangan kementerian secepat mungkin.
Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.
''Tarikh
pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31
Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan
bantuan tersebut,'' kata kenyataan itu.
Di bawah Bajet 2013 yang
diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga
Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.
Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.
Murid
atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus
warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid
Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan
tahun 2013.
Pada masa yang sama, kenyataan tersebut turut meminta
setiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Daerah memaklumkan kepada
sekolah mengenai pelaksanaan bantuan antaranya termasuklah melalui surat
siaran, garis panduan dan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan
pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan.
Pihak
terlibat perlu melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan
RM100 kepada kementerian selewat-lewatnya pada 28 Februari depan
mengikut format yang ditetapkan.
Selain JPN dan daerah, pihak
sekolah juga tidak terkecuali berperanan dalam perkara itu antaranya
termasuklah memastikan murid yang layak menerima bantuan, menyemak dan
merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK, dan
mengeluarkan resit rasmi pejabat apabila peruntukan telah sah dimasukkan
ke dalam akaun KWK.
Sekolah juga perlu mengeluarkan wang bantuan
daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa atau penjaga
murid dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima.
Pihak
sekolah juga perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda
tangan ke atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan
disaksikan dua guru sebagai saksi.
Sekolah yang telah membuat
agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu
meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan
sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan
berkenaan di sekolah baharu nanti.
Bagi memastikan tidak ada
murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta
mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau
lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.
Pengetua
atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis
pengiring daripada Ketua Polis di negeri masing-masing dalam urusan
pengeluaran wang melebihi jumlah RM10,000. - Utusan Online
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
Tips cegah terkena slipped disc
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah dengar tentang “Slipped Disc”?
Bukan “sleep” yang tidur tau, ini berkaitan dengan tulang belakang. Keadaan
di m...
2020 Honda CBR1000RR-R unveiled in Malaysia
-
After its worldwide reveal at the 2019 EICMA motorcycle show in Italy, the
2020 Honda CBR1000RR-R was unveiled at Sepang International Circuit during
the...
Switzerland – Nak Tinggal Kat Mana?
-
Bila dah ada Swiss Travel Pass, tak susah nak ke mana-mana dalam
Switzerland. Kebanyakan tren sampai tepat pada masanya dengan jaringan
pengangkutan awam y...
Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik
-
Dengar je teknologi makanan mesti orang tanya “eh belajar memasak ke?”
Teknologi Makanan ni belajar tentang fizikal, biological dan chemical
komposisi maka...