KUALA LUMPUR – Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan
menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.
Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2
bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid
berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran
sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun
lepas iaitu mulai2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada
2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman
agihan pendapatan ASB di sini, Jumaat.
Sehingga Rabu lepas, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.
“Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80
bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan
daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus,”
katanya.
Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che
Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000
bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB.
Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi
Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik. – BERNAMA
Untuk makluman, rekod dividen & bonus ASB untuk tahun-tahun sebelum ini,
Untuk makluman, rekod dividen & bonus ASB untuk tahun-tahun sebelum ini,
Tahun | Dividen (%) | Bonus (%) | Jumlah (%) |
---|---|---|---|
2001 | 7.00 | 3.00 | 10.00 |
2002 | 7.00 | 2.00 | 9.00 |
2003 | 7.25 | 2.00 | 9.25 |
2004 | 7.25 | 2.00 | 9.25 |
2005 | 7.25 | 1.75 | 9.00 |
2006 | 7.30 | 1.25 | 8.55 |
2007 | 7.80 | 1.00 | 8.80 |
2008 | 7.00 | 1.75 | 8.75 |
2009 | 7.30 | 1.25 | 8.55 |
2010 | 7.50 | 1.25 | 8.75 |
2011 | 7.65 | 1.15 | 8.80 |
2012 | 7.75 | 1.15 | 8.90 |
Baca seterusnya...