Berita baik buat mereka yang meminati jam Casio G-Shock dan juga gajet iPhone. Kini Casio telah mengeluarkan model G-Shock GB6900 yang mempunyai Bluetooth 4.0 dan mampu berhubung (link) dengan iPhone.
G-Shock GB6900 menggunakan Bluetooth Low Energy (BLE) untuk mengeluarkan dan menerima
isyarat untuk panggilan masuk, e-mel, menetapkan masa secara automatik
dan juga mempunyai fungis Find Me di mana jam G-Shock tersebut akan membantu anda mencari lokasi iPhone anda yang tersalah letak (biasa berlaku pada mereka yang sering terlupa kat mana diorang letak iPhone mereka).
Nak tahu lebih lanjut fungsi G-Shock GB6900 bersama iPhone, boleh tonton video di bawah.
Akhirnya iPad 4 dan iPad Mini yang ditunggu-tunggu oleh peminat gajet Apple di Malaysia terjawab sudah. Difahamkan, iPad Mini dan iPad 4 akan dijual mulai esok 7 Disember 2012. Harga iPad Mini bermula dari RM 1099.
LONDON: Seorang budak lelaki terpaksa menanggung parut pada kaki
seumur hidup apabila telefon Blackberry baru milik abangnya meletup
ketika dia tidur.
Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya.
Katil
McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry
itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat
hati kerana terkejut serta sakit.
“Nasib baik ibu saya cepat sedar dan segera memadamkan api di katil,”
katanya. Ibu McCreath, Sarah, 39, berkata dia terjaga kira-kira jam
2.30 pagi kelmarin apabila terdengar jeritan anaknya.
Budak itu
kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Coventry dan dirawat kerana
kesan melecur pada kedua-dua kakinya. Blackberry itu kepunyaan abang
McCreath, Mason, 13, dan baru saja dicabut dari pengecasnya sejurus
sebelum meletup.
Sementara itu, jurucakap pengeluar Blackberry berkata, kes itu diberi perhatian serius.
“Kami menjadikan siasatan insiden itu sebagai keutamaan,” katanya. - TS (HMetro)
Lagi gambar Blackberry meletup dengan baca seterusnya.
CALIFORNIA: Seorang ahli silap mata Amerika semalam menjalani rawatan
di Republik Dominica selepas seorang hos televisyen membakar kepalanya.
Berasal dari Chico, California, Wayne Houchin berkata, dia dimasukkan
ke hospital akibat terbakar. Bagaimanapun, doktor mengatakan ia
tidak akan meninggalkan kesan parut. Kenyataan dalam Facebook miliknya
mengatakan Houchin ‘sedang berehat dan semakin pulih menjalani rawatan
di negara Caribbean’ itu, di mana dia membuat persembahan dengan
sekumpulan ahli silap mata.
Ketika membuat kemunculan pada 26 November
lalu dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica
itu, hos jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli
silap mata warga Amerika itu dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi
mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria.
Dua
hari selepas insiden itu, Houchin menulis di Facebook: “Saya tidak
jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini bukan adegan lagak
ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan jenayah.
“Tindakan pantas anggota silap mata lain menyelamatkan nyawa saya.
“Api itu dipadamkan dan saya dikejarkan ke bilik kecemasan hospital.
Saya mengalami melecur teruk di kepala, leher, muka dan tangan kanan,”
katanya.
Video mengenai insiden itu menunjukan kepala ahli silap mata itu terbakar ketika tangan Barazarte menyentuh rambut Houchin.
Tidak
dapat dipastikan mengapa hos TV itu menyembur cecair itu ke kepala
Houchin dan apa yang membuatnya terbakar. Rancangan itu tidak mengulas
mengenai insiden itu. Video turut menunjukkan Houcgin, Barazarte dan
ahli silap mata lain berusaha untuk memadamkan api itu dalam tempoh
beberapa saat.
Insiden itu tidak disiarkan di televisyen negara itu, tetapi video mengenainya dimuat naik ke Internet.
Hocuhin berkata: “Republik Dominica adalah negara yang indah dan dipenuhi dengan penduduk yang cantik.
“Sambutan dan sokongan di sini sangat hebat.
“Sokongan,
kasih sayang dan dukungan diberikan kepada saya melalui media sosial,
blog dan forum daripada rakan dan peminat sangat mengujakan. Terima
kasih,” katanya.
Tidak diektahui sama Houchin sudah mengupah peguam di Republik Dominica. - DM (HMetro)
Saksi video insiden hos TV membakar kepalak ahli silap mata dengan baca seterusnya.
Kalau dah namanya kreatif, gambar bayi tidur pun boleh jadi menarik lucu dan comel! Begitulah yang berlaku kepada bayi Vincent Enersen apabila ibunya Adele, dari Helsinki, Finland menjadikan gambar bayinya tidur itu satu karya seni.
Hanya dengan menggunakan iPhone, Adele berjaya menjadikan gambar bayinya tidur satu karya seni kreatif dan comel dengan hasil sketches nya itu.
Lagi gambar bayi comel tidur dengan baca seterusnya.
Jika anda suka menonton iklan Apple atau anda suka dengan produk Apple atau saje suka-suka nak menonton video iklan Apple, kini terdapat satu channel di Youtube iaitu Every Apple TV Ads (ever made), di mana channel ini menghimpunkan koleksi video-video iklan Apple dari tahun 1977.
Semua iklan-iklan Apple tersebut termasuk Macintosh, Powerbook, Newtons, Apple Switch, iPod, iPhone, iPads dan apa sahaja produk Apple yang pernah diiklankan. Sekarang ni terdapat lebih kurang 458 video iklan-iklan produk Apple di channel tersebut.
ORLANDO: Walaupun biasanya ikan lumba-lumba adalah haiwan yang jinak
dan tidak berbahaya, dalam keadaan tertentu ia sebenarnya boleh
mengancam nyawa.
Seorang budak perempuan berusia lapan tahun, misalnya, mengalami
detik mencemaskan ketika dia dibawa melawat Sea World di Orlando,
Florida, minggu lalu.
Menurut media semalam, Jillian Thomas
sedang memberikan ikan lumba-lumba di taman tema itu makan apabila
haiwan berkenaan tiba-tiba menyerangnya. Kanak-kanak dari Georgia itu
mengalami kecederaan apabila dia digigit ikan lumba-lumba berkenaan.
Akibatnya, Jillian luka sebesar wang syiling di tiga tempat, selain bengkak tangan kiri.
Bapa Jillian, Jamie Thomas, berkata dia sempat merakamkan insiden itu dengan kamera videonya.
Berdasarkan
rakaman itu, kata Thomas, Jillian jelas nyaris ditarik ke dalam air
selepas pergelangan tangannya digigit ikan lumba-lumba berkenaan secara
mengejut.
“Serangan itu tidak dijangka kerana ia berlaku ketika Jillian
memandang ke tempat lain,” katanya. Klip video itu dimuat naik Thomas
di Internet sebagai langkah menasihati ibu bapa lain supaya lebih
berhati-hati. Kata Thomas, perkara pertama terlintas di fikirannya
ketika Jillian diterkam ialah mahu terjun ke kolam berkenaan untuk
menyelamatkan nyawa anaknya. “Saya sangkakan ikan itu akan mengheret
Jillian,” katanya.
Walaupun luka Jillian akan sembuh, Thomas dan
isterinya tetap kecewa kerana kakitangan pusat rekreasi itu
menganggapnya tidak serius. Kata Thomas, dia lega kerana Jillian tidak
ditarik ke dalam kolam, tetapi tidak mustahil ada orang lain akan
menerima nasib lebih buruk pada masa depan. “Ia bukan serangan pertama
ikan lumba-lumba di situ,” katanya.
Walaupun tidak bercadang mengambil
tindakan undang-undang ke atas Sea World, Thomas berkata, dia berharap
pusat rekreasi itu wajar menaikkan had usia bagi kanak-kanak yang ingin
menyuap makanan kepada haiwan berkenaan.
Pada 2006, dua
pengunjung dewasa terpaksa membuka mulut seekor ikan lumba-lumba yang
membaham tangan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun. Sementara
itu, jurucakap Sea World berkata, tiada sebarang perubahan dijangka
dilakukan di situ. - DM (HMetro)
Saksikan video seorang kanak-kanak dibaham ikan lumba-lumba dengan baca seterusnya.
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
PENAFIAN : Tuan punya blog juga tidak bertanggungjawab atas maklumat² yang dipaparkan samada sahih atau tidak. Kepercayaan dan keyakinan adalah tanggungan sendiri. Selamat membaca. :D
Switzerland – Nak Tinggal Kat Mana?
-
Bila dah ada Swiss Travel Pass, tak susah nak ke mana-mana dalam
Switzerland. Kebanyakan tren sampai tepat pada masanya dengan jaringan
pengangkutan awam y...
Diploma Teknologi Makanan Di Politeknik
-
Dengar je teknologi makanan mesti orang tanya “eh belajar memasak ke?”
Teknologi Makanan ni belajar tentang fizikal, biological dan chemical
komposisi maka...