12.06.2012

Model G-SHOCK GB6900 Boleh Bluetooth Dengan iPhone

Thursday, December 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Berita baik buat mereka yang meminati jam Casio G-Shock dan juga gajet iPhone. Kini Casio telah mengeluarkan model G-Shock GB6900 yang mempunyai Bluetooth 4.0 dan mampu berhubung (link) dengan iPhone.

G-Shock GB6900 menggunakan Bluetooth Low Energy (BLE) untuk mengeluarkan dan menerima isyarat untuk panggilan masuk, e-mel, menetapkan masa secara automatik dan juga mempunyai fungis Find Me di mana jam G-Shock tersebut akan membantu anda mencari lokasi iPhone anda yang tersalah letak (biasa berlaku pada mereka yang sering terlupa kat mana diorang letak iPhone mereka).

Nak tahu lebih lanjut fungsi G-Shock GB6900 bersama iPhone, boleh tonton video di bawah.



sumber : http://world.g-shock.com/us/en/ble/

Baca seterusnya...

Harga iPad Mini iPad 4 Malaysia, Mula Dijual 7 Disember

Thursday, December 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Akhirnya iPad 4 dan iPad Mini yang ditunggu-tunggu oleh peminat gajet Apple di Malaysia terjawab sudah. Difahamkan, iPad Mini dan iPad 4 akan dijual mulai esok 7 Disember 2012. Harga iPad Mini bermula dari RM 1099.



Berikut senarai harga iPad Mini dan iPad 4 :

Harga iPad mini di Malaysia : 

Wifi 16gb : Rm 1099 
Wifi 32gb : Rm 1399 
Wifi 64gb : Rm 1699 
4G 16gb : Rm 1499 
4G 32gb : Rm 1799 
4G 64gb : Rm 2099 

Harga iPad 4 di Malaysia : 

Wifi 16gb : Rm 1499 
Wifi 32gb : Rm 1799 
Wifi 64gb : Rm 2099 
4G 16gb : Rm 1899 
4G 32gb : Rm 2199 
4G 64gb : Rm 2499 


sumber : ohgeekz.com 

Baca seterusnya...

12.05.2012

(Gambar) Blackberry Meletup Selepas Di Cas

Wednesday, December 05, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
LONDON: Seorang budak lelaki terpaksa menanggung parut pada kaki seumur hidup apabila telefon Blackberry baru milik abangnya meletup ketika dia tidur.

Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya.

Katil McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat hati kerana terkejut serta sakit.

“Nasib baik ibu saya cepat sedar dan segera memadamkan api di katil,” katanya. Ibu McCreath, Sarah, 39, berkata dia terjaga kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin apabila terdengar jeritan anaknya. 

Budak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Coventry dan dirawat kerana kesan melecur pada kedua-dua kakinya. Blackberry itu kepunyaan abang McCreath, Mason, 13, dan baru saja dicabut dari pengecasnya sejurus sebelum meletup.

Sementara itu, jurucakap pengeluar Blackberry berkata, kes itu diberi perhatian serius.

“Kami menjadikan siasatan insiden itu sebagai keutamaan,” katanya. - TS (HMetro)

Lagi gambar Blackberry meletup dengan baca seterusnya.







Baca seterusnya...

12.04.2012

Cawan Pun Ada Misai

Tuesday, December 04, 2012 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

(Video) Ahli Silap Mata Dibakar Hos TV

Tuesday, December 04, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
CALIFORNIA: Seorang ahli silap mata Amerika semalam menjalani rawatan di Republik Dominica selepas seorang hos televisyen membakar kepalanya.

Berasal dari Chico, California, Wayne Houchin berkata, dia dimasukkan ke hospital akibat terbakar. Bagaimanapun, doktor mengatakan ia tidak akan meninggalkan kesan parut. Kenyataan dalam Facebook miliknya mengatakan Houchin ‘sedang berehat dan semakin pulih menjalani rawatan di negara Caribbean’ itu, di mana dia membuat persembahan dengan sekumpulan ahli silap mata. 

Ketika membuat kemunculan pada 26 November lalu dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica itu, hos jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli silap mata warga Amerika itu dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria. 

Dua hari selepas insiden itu, Houchin menulis di Facebook: “Saya tidak jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini bukan adegan lagak ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan jenayah.

“Tindakan pantas anggota silap mata lain menyelamatkan nyawa saya.
“Api itu dipadamkan dan saya dikejarkan ke bilik kecemasan hospital. Saya mengalami melecur teruk di kepala, leher, muka dan tangan kanan,” katanya.

Video mengenai insiden itu menunjukan kepala ahli silap mata itu terbakar ketika tangan Barazarte menyentuh rambut Houchin.

Tidak dapat dipastikan mengapa hos TV itu menyembur cecair itu ke kepala Houchin dan apa yang membuatnya terbakar. Rancangan itu tidak mengulas mengenai insiden itu. Video turut menunjukkan Houcgin, Barazarte dan ahli silap mata lain berusaha untuk memadamkan api itu dalam tempoh beberapa saat.
Insiden itu tidak disiarkan di televisyen negara itu, tetapi video mengenainya dimuat naik ke Internet.

Hocuhin berkata: “Republik Dominica adalah negara yang indah dan dipenuhi dengan penduduk yang cantik.
“Sambutan dan sokongan di sini sangat hebat.

“Sokongan, kasih sayang dan dukungan diberikan kepada saya melalui media sosial, blog dan forum daripada rakan dan peminat sangat mengujakan. Terima kasih,” katanya.

Tidak diektahui sama Houchin sudah mengupah peguam di Republik Dominica. - DM (HMetro)

Saksi video insiden hos TV membakar kepalak ahli silap mata dengan baca seterusnya.



Baca seterusnya...

Gambar Kreatif Bayi Tidur. Comel Giler !

Tuesday, December 04, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kalau dah namanya kreatif, gambar bayi tidur pun boleh jadi menarik lucu dan comel! Begitulah yang berlaku kepada bayi Vincent Enersen apabila ibunya Adele, dari Helsinki, Finland menjadikan gambar bayinya tidur itu satu karya seni.

Hanya dengan menggunakan iPhone, Adele berjaya menjadikan gambar bayinya tidur satu karya seni kreatif dan comel dengan hasil sketches nya itu.



Lagi gambar bayi comel tidur dengan baca seterusnya.




sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

12.03.2012

Koleksi Video Iklan Apple di Youtube

Monday, December 03, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Jika anda suka menonton iklan Apple atau anda suka dengan produk Apple atau saje suka-suka nak menonton video iklan Apple, kini terdapat satu channel di Youtube iaitu Every Apple TV Ads (ever made), di mana channel ini menghimpunkan koleksi video-video iklan Apple dari tahun 1977.  

Semua iklan-iklan Apple tersebut termasuk Macintosh, Powerbook, Newtons, Apple Switch, iPod, iPhone, iPads dan apa sahaja produk Apple yang pernah diiklankan. Sekarang ni terdapat lebih kurang 458 video iklan-iklan produk Apple di channel tersebut.




Baca seterusnya...

(Video) Kanak-Kanak Dibaham Ikan Lumba-Lumba

Monday, December 03, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
ORLANDO: Walaupun biasanya ikan lumba-lumba adalah haiwan yang jinak dan tidak berbahaya, dalam keadaan tertentu ia sebenarnya boleh mengancam nyawa.

Seorang budak perempuan berusia lapan tahun, misalnya, mengalami detik mencemaskan ketika dia dibawa melawat Sea World di Orlando, Florida, minggu lalu.

Menurut media semalam, Jillian Thomas sedang memberikan ikan lumba-lumba di taman tema itu makan apabila haiwan berkenaan tiba-tiba menyerangnya. Kanak-kanak dari Georgia itu mengalami kecederaan apabila dia digigit ikan lumba-lumba berkenaan.

Akibatnya, Jillian luka sebesar wang syiling di tiga tempat, selain bengkak tangan kiri.

Bapa Jillian, Jamie Thomas, berkata dia sempat merakamkan insiden itu dengan kamera videonya.

Berdasarkan rakaman itu, kata Thomas, Jillian jelas nyaris ditarik ke dalam air selepas pergelangan tangannya digigit ikan lumba-lumba berkenaan secara mengejut.

“Serangan itu tidak dijangka kerana ia berlaku ketika Jillian memandang ke tempat lain,” katanya. Klip video itu dimuat naik Thomas di Internet sebagai langkah menasihati ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati. Kata Thomas, perkara pertama terlintas di fikirannya ketika Jillian diterkam ialah mahu terjun ke kolam berkenaan untuk menyelamatkan nyawa anaknya. “Saya sangkakan ikan itu akan mengheret Jillian,” katanya. 

Walaupun luka Jillian akan sembuh, Thomas dan isterinya tetap kecewa kerana kakitangan pusat rekreasi itu menganggapnya tidak serius. Kata Thomas, dia lega kerana Jillian tidak ditarik ke dalam kolam, tetapi tidak mustahil ada orang lain akan menerima nasib lebih buruk pada masa depan. “Ia bukan serangan pertama ikan lumba-lumba di situ,” katanya. 

Walaupun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Sea World, Thomas berkata, dia berharap pusat rekreasi itu wajar menaikkan had usia bagi kanak-kanak yang ingin menyuap makanan kepada haiwan berkenaan.

Pada 2006, dua pengunjung dewasa terpaksa membuka mulut seekor ikan lumba-lumba yang membaham tangan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun. Sementara itu, jurucakap Sea World berkata, tiada sebarang perubahan dijangka dilakukan di situ. - DM (HMetro)

Saksikan video seorang kanak-kanak dibaham ikan lumba-lumba dengan baca seterusnya.





Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik