11.10.2012

(Gambar) Lagi Kes Penipuan Mekanik Jalanan, Kali Ni Kantoi

Anda tentu pernah terbaca kisah penipuan mekanik jalanan sebelum ini di blog ini atau blog-blog lain. Jika belum baca, boleh baca di sini.

Modus operandi mereka adalah menyapa pemandu kereta dan mengatakan tayar kereta berasap. Mereka mengaku mereka mekanik dan boleh tolong baiki kerosakan tersebut tapi sebenarnya mereka cuba menipu.

Walaupun artikel tentang penipuan mekanik jalanan telah banyak tersebar, tetapi masih ada yang terkena. Terbaru, ada lagi kes penipuan mekanik jalanan menggunakan modus operandi yang sama. Bagaimanapun, penipuan ini tidak berjaya atau kantoi kerana mangsa mula curiga dan berjaya mendapatkan bantuan dari polis. 

Mari kita baca pengalaman mangsa sendiri yang dikongsikan di akaun laman Facebook miliknya. Moga menjadi iktibar buat semua.




Dlm prjlnan dr Bangi ke UMKL, saya singgah di Hentian Serdang, utk ke bilik air. Lps tol Sg Besi, lelaki kanan (yg agkt tangan) follow naik motor & horn 2-3 kali sambil menunjuk ke arah tayar depan kereta. Saya pn brhenti tp x keluar, takut niat x baik. Dia kata tayar abg berasap. Saya tgok dr dlm kereta, ada minyak meleleh di rim tayar, mcm myk brek.  
Lps tgok myk meleleh tu, rasa cuak jga. Sbb brek mmg ada bunyi sikit sblm ni. Lelaki India yg agkt tgn tgi tu pakai baju Honda, mgaku kerja kt Pusat Servis Honda (Global Amity) yg berdekatan & ofer nk bantu. Dia kata kena pegi tepi sikit kwsn lpg, nanti kalau org/kwn Honda nmpk, dia kena tindkn disiplin.

Oleh krn mcm bole prcaya, saya pun pergi ekori dia pegi kwsn ksong sblh Desa Waterpark. Dia pun buka tayar & check set brek (calipter). Dia kata mungkin bocor. Tp nmpk mcm ok je. Myk yg meleleh pun nmpk sikit je, tak merebak pd seluruh rim tyr. Tp, x berani nk bwk, takut risiko. Dia kata boleh tolg repair, @ kalau abg x percaya, abg boleh hntr kt pusat servis. Tp, biasa la bang, harga Honda. Saya pulak baru tukar fuel pump (RM180, cari sendiri) dan servis + strainer = +/- RM210. Kalau ambil fuel pump Honda RM1,836.00

Lelaki ni kata, dia call kwn dia di Pusat Servis utk ambilkan brg di spare part yg biasa. Boleh dpt harga kurang sikit. Sy tnya harga, dia kata x tau. Lps 10 minit, kwn dia (Ramesh) sampai, bwk brg dgn resit RM1500. Wa.. ni pun dh mahal. Mula timbul ragu sikit. Saya tegur dia knpa x bgtau awal2 harga. Dia minta maaf. Lps tu diorg psg, buka yg lama, letak dlm boot blkg.

Sy kata boleh byr kemudian tak, sy x cukup cash. Nti ptg sya singgah kt Global Amity. Diorg kata x bole. Abg ambil la kt mana ATM, diaorg nk ikut. Dlm hati makin ragu. Sy kata ATM pun x cukup, kena ambil di kaunter. You ikut saya pegi UM dulu, lps tu kita ambil duit. Kwn you tu, suruh la dia masuk kerja balik.

Bila masuk kreta, sy bwk dia masuk UM, tp Ramesh (yg sorg lg) follow kt blkg naik motor. Masa ni, saya rasa mmg diaorg ni tipu & brsungguh nk duit cash, bukan tolg. Sampai UM, sy kta nk masuk library pulang buku. Diorg tgu kt parking. Kreta saya kunci.

Lps pulang buku, sy call salesman kt Honda (GLobal Amity) & tnya, ada tak staf nama Ramesh. Dia kata mcm xda, knapa? Sy kata brek sy bocor, dia tolg repair. Salesman kata, oh itu tipu tu, sbb sblm ni ada customer Honda dh kena, tp dia pegi ke pusat servis. Kreta ok je.

Sy pun minta bantuan pihak keselamatan UM & balai polis Pantai. Takut2 kena belasah ke. Polis & guard UM dtg & tgu kt kreta. Lelaki 2 org tu buat x tau je. Lps tu, baru saya turun. Sy kta kt diorg, you tipu! Honda kata you x kerja kat situ. Ramesh jwb, Honda ada byk, bang. Abg buang masa saya je la. Ktaorg cuma mau tolg. Masa ni, saya snap gmbr diorg. Polis pun tanya, apa yg saya x puas hati. Lps tanya diorg pulak, apa x puas hati. Lps tu, polis kata, Ok kalau dua2 x puas hati, kita pegi buat report kat balai.

Polis suruh diorg pegi ke balai dulu. Sy pegi follow kt blkg patrol car. Smpai kat balai, sya buat report. Dua lelaki tu x muncul2. Baru rasa lega dan sujud syukur. Lps tu sy send gmbr diorg kt salesman Honda. Dia kata baju Honda putih, bukan kelabu. Tu baju lama2 dulu.

Ada rasa lega, syukur sbb Allah selamatkan dr ditipu/ dibelasah. Bimbang, kalau2 terjumpa diorg lg. Tp, 1 lg, rasa puas hati sbb 2 penipu terkena kali ni. Dh buat kerja & tukar brg, tp x dpt apa2. Cuma, polis mcm x berminat nk tahan diorg.

Ada org sebut kata2 Sydna Ali: Aku bukan penipu, tp penipu x bole tipu aku.
Info tmbhn. Salah satu motorsikal mrk YAMAHA 125. WLX 8245. Kalau bukan plat tipu la.  - sumber (tolong sharing, harap pemilik akaun FB ini tak marah)




 p/s : Hati-hati guys.. kalau boleh sebarkan kepada semua agar semua orang mendapat info ini dan alert akan hal ni.



Baca seterusnya...

11.09.2012

(Video) Gangnam Style Versi Arab Saudi

Friday, November 09, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
JEDDAH: Sebuah video yang baru dimuat naik ke YouTube menunjukkan enam lelaki Arab Saudi meniru tarian Gangnam Style, lagu popular oleh penyanyi Korea, Psy.

Dalam hanya beberapa hari, versi Arab Saudi ini berjaya menarik perhatian tiga juta penonton, memaparkan jenaka terbaru Arab Saudi melalui lagu Gangnam Style itu.

Video itu dirakam di jalan di Riyadh di mana mereka menari dengan tidak memakai pakaian tradisional Arab Saudi.

Kumpulan lelaki itu menari dan menunjukkan trend lelaki Arab Saudi yang tidak lagi mengenakan jubah dan melakukan kerja biasa, melepasi rumah sahabat atau menghantar anak ke sekolah, seperti memberitahu keselesaan mereka secara terang-terangan.

Mereka juga sengaja meletakkan tin minuman lemon di tempat asing, menambahkan lagi jenaka kepada sesiapa yang faham dengan perbuatan itu.

Namun begitu, satu babak menarik perhatian penonton, iaitu menurut komen di video itu, adalah “Hospital Irqa” juga dikenali sebagai hospital berhantu di Riyadh. - Arab News (HMetro)

Tonton video Gangnam Style versi Arab Saudi di bawah.


Baca seterusnya...

(Video) Budak hampir ‘dibaham’ singa ketika bergambar di zoo

Friday, November 09, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
PARIS: Bukan setiap hari anda boleh berdepan dengan singa.

Tetapi itu yang sebenarnya berlaku pada seorang kanak-kanak yang bergaya untuk bergambar di sebuah zoo.

Kanak-kanak comel itu berdiri di depan kandang singa dan menanti ibu bapanya merakamkan gambar apabila seekor haiwan berkenaan menghampirinya. Video singkat kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah zoo Perancis menunjukkan kanak-kanak itu pusing ke belakang selepas diarah oleh seorang dewasa.

Sebaik memandang ke belakang, kanak-kanak itu mendapati seekor singa betina merenung tajam ke mukanya. Dia jelas terkejut dan takut sebelum berlari dari kandang berkenaan dengan singa itu masih merenungnya di sebalik dinding kaca yang mengelilingi kandang itu. Kanak-kanak yang berusia antara tujuh atau lapan tahun itu kemudian meninggalkan tempat berkenaan dengan tersenyum. Singa itu pula kelihatan kecewa.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan memuatnaikkan video itu ke Internet dengan menggunakan lagu filem Jaws sebagai muzik latar.

Mereka juga menulis: “Harimau lapar? Ia kelihatan begitu berminat dengan anak saya. Mujur ada tembok kaca.” Ada yang mengulas, singa itu kelihatan lebih ‘berminat untuk berkawan’ daripada untuk membaham kanak-kanak berkenaan. - DM (HMetro)

Saksikan video kanak-kanak hampir "dibaham" singa" di bawah.


Baca seterusnya...

11.08.2012

Gambar Rawak Hari Ini

Thursday, November 08, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

11.04.2012

Seorang Perempuan Tersangkut Kaki Ketika Naik Tren

Kepada mereka yang suka naik tren LRT, berhati-hati ketika melangkah masuk ke dalam tren, silap haribulan jadi macam perempuan dalam gambar di bawah ni.



Walaupun kejadian ini berlaku di MRT Bugis Singapura, tetapi pengguna LRT dinasihatkan sentiasa berhati-hati. Malang tidak berbau.


SINGAPORE - On June 1, between 5.15pm and 5.30pm, a train at Bugis MRT station was held up for some time when a woman's leg became trapped in the gap between the carriage and the platform.

A reader recently sent in pictures to citizen journalism website Stomp showing a woman weeping while at least three fellow passengers try to help her dislodge her leg.

Stomp contributor Manjande said he was alighting at the station when he heard several people screaming.

Curious, he turned back and saw the woman's leg trapped between the platform and the train.

"I called out to the passengers inside the train to press the emergency button," he said.
"I asked the woman to calm down because she was crying. A few children inside the train carriage were also crying," he said.

He added that he is unsure if the woman knew the children. Two women, apparently the woman's friends, were comforting her.

About five minutes later, an SMRT employee came down.
The woman was later released by SMRT staff in about 15 minutes. According to SMRT, she told staff she did not need an ambulance and left unhurt. - asiaone.com


 

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik