9.28.2012

Video, Lirik Lagu Teman Pengganti - Black feat Malique

Friday, September 28, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Teman Pengganti - Black feat Malique



Lirik Lagu Teman Pengganti - Black feat Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti




Baca seterusnya...

9.27.2012

(Video) Ikan Lumba-Lumba Melahirkan Anak

Thursday, September 27, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seekor ibu ikan lumba-lumba dari Dolphin Quest Hawaii berjaya melahirkan seekor anak. Proses kelahiran anak ikan lumba-lumba itu berjaya dirakam oleh pertugas di situ. Saksikan video ikan lumba-lumba melahirkan anak di bawah. 


Subhanallah... 
Baca seterusnya...

Gambar Rawak Hari Ini

Thursday, September 27, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

(Video) Ujian Ketahanan Antara iPhone 5 vs Galaxy S III

Thursday, September 27, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Sejak iPhone 5 dilancarkan, semakin banyak video-video yang cuba menguji tahap ketahanan iPhone 5 berbanding smartphone yang lain terutamanya Samsung Galaxy S III. Terbaru, video ujian ketahanan iPhone 5 vs Galaxy S III dari SquareTrade.

Antara ujian ketahanan yang dilakukan adalah ujian kejatuhan (drop test), ujian ketahanan dalam air (water resistance), ujian objek jatuh atas smartphone seperti lampu picit, botol air.

Mari kita saksikan beberapa siri ujian-ujian ketahanan antara iPhone 5 vs Galaxy S III. Yang manakah mampu bertahan dari semua ujian tersebut.


 
Baca seterusnya...

9.26.2012

iPhone 5 Percuma Dari GetResponse

Wednesday, September 26, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bagi mereka yang berminat memiliki iPhone secara percuma dan masih tercari-cari peraduan yang menawarkan iPhone 5 sebagai hadiah utama, percarian anda sudah berakhir. GetResponse menawarkan sebanyak 5 iPhone 5 percuma untuk anda miliki dalam masa 15 hari!

Macam mana caranya nak memiliki iPhone 5 percuma ini ? Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.


Baca seterusnya...

(Download) FIFA 13 versi iOS Sedia Dimuatturun

Wednesday, September 26, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Bagi peminat-peminat FIFA 2013 atau FIFA 13 versi iOS, kini games FIFA 13 tersebut sudah boleh dimuatturun (download FIFA 13). FIFA 13 versi iOS boleh dimainkan pada peranti iPad 2 / 3, iPod touch 3g / 4g, iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S. Bagaimanapun, FIFA 13 masih belum menyokong peranti iPhone 5 dengan paparan 16:9. (mungkin sedikit masa lagi).



Download FIFA 13 di App Store dengan harga $6.99.

p/s : Difahamkan, FIFA 13 versi playstation ada player Nazmi Faiz, tidak pasti pula untuk versi iOS ni.





Baca seterusnya...

Telatah Bayi Yang Melucukan

Wednesday, September 26, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

9.24.2012

Kesian Budak Ini

Monday, September 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Baca seterusnya...

Merenung Masa Depan

Monday, September 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Baca seterusnya...

"Photobombing" yang Melucukan

Monday, September 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

(Gambar) Pertandingan misai, janggut di timur Perancis

Monday, September 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
MULHOUSE - Lebih 100 orang menyertai pertandingan misai dan janggut peringkat Eropah di sini, timur Perancis kelmarin. Pertandingan peringkat Eropah itu diadakan buat kali pertama. Panel juri akan menilai dan memilih pemenang pertandingan tersebut. - Agensi

Mari kita saksikan gambar-gambar sekitar pertandingan misai dan janggut. Macam-macam design misai dan janggut dapat kita saksikan. Hebat Pak Misai semua ni.. :D










sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Penggodam Jailbreak iOS 6 iPhone 5 8 Jam Selepas Dilancarkan

Monday, September 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Seorang penggodam dari San Francisco, Grant Paul mendakwa berjaya jailbreak iOS 6 iPhone 5 kurang 8 jam iPhone mula dijual di pasaran. Grant Paul merupakan seorang pembangun perisian untuk Apple iOS, membuat kenyataan tersebut menerusi akaun twitter miliknya dan turut memuat naik beberapa keping gambar.


Nampaknya tool jailbreak iOS 6 versi stabil untuk dimuatturun (download) bakal dikeluarkan dalam masa terdekat.




sumber : Daily Mail





Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik