9.14.2012

Moustafa Ismail, Lelaki Yang Mempunyai Lengan Seperti ‘Popeye’

Friday, September 14, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
BOSTON: Seorang ahli bina badan kelahiran Mesir diiktiraf memiliki bisep terbesar di dunia dengan ukuran 78.7 sentimeter, lapor media semalam.

Moustafa Ismail, 24, menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlatih mengangkat berat dua kali sehari bagi membentuk otot di pangkal lengannya.

Disiplin itu membolehkan Moustafa memiliki bisep yang sama besarnya dengan ukur lilit pinggang lelaki dewasa.

Walaupun fizikalnya seperti watak kartun Popeya, Moustafa mengaku dia tidak gemar sayur bayam, sebaliknya dia memakan sehingga 1.5 kilogram ayam, 0.5 kilogram daging atau ikan dan empat cawan almond bersama sembilan liter air dan tiga liter bancuhan protein.

Disebabkan komited dengan aktiviti bina badan, Moustafa membawa semua ahli keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan dia menggunakan peralatan lebih baik.

Kata Moustafa, ramai mendakwa mereka terkenang kepada Popeye setiap kali melihatnya.

“Saya hanya ketawa dan berpendapat, lengan saya lebih besar daripada Popeye,” katanya.

Moustafa berkata, dia memulakan aktiviti bina badan 10 tahun lalu dalam usahanya mengekalkan kecergasan.


Selepas sering mengunjungi gimnasium, katanya, dia menerima banyak pujian mengenai bisepnya.

“Justeru, saya menumpukan aktiviti latihan kepada bisep dan membentuknya menjadi lebih besar,” katanya.

Lima tahun lalu Moustafa gagal dipilih menyertai pasukan bina badan Mesir.

Kegagalan itu mendorong dia berhijrah ke AS.

Walaupun mengakui mengambil bancuhan protein untuk membentuk badannya, Moustafa berkata, keupayaannya itu juga dipengaruhi genetik bapanya - seorang ahli gusti Mesir.

Setiap hari, Moustafa berlatih dari jam 5 pagi hingga 8 pagi dengan tumpuan diberikan kekuatan jantung serta pembentukan fizikal.

Jika tidak berada di gimnasium, Moustafa menguruskan dua stesen minyak miliknya di Massachusetts.

Kata Moustafa, latihan fizikal membolehkan dia fokus dalam setiap apa yang dilakukan.

“Pada masa sama, anda boleh melihat bagaimana fizikal anda berubah,” katanya.

Bisep Moustafa kini disahkan sebagai paling besar dan namanya muncul dalam Buku Rekod Dunia Guinness 2013 yang dilancarkan di London, semalam. - DM








Baca seterusnya...

(Video) Tukar Tayar Ketika Kereta Bergerak

Friday, September 14, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

9.13.2012

Carta Perbandingan iPhone 5 Dengan Smartphone Yang Lain

Dibawah ini perbandingan/ perbezaan iPhone 5 dengan model-model smartphone yang lain termasuk iPhone 4S, Galaxy Note 2, Galaxy S3, HTC One X, Huawei Ascend & LG Optimus G.



kredit : soyacincau.com

Baca seterusnya...

Perbezaan iPhone 5 vs Galaxy S III (S3)

Selepas pelancaran iPhone 5, tentu ramai yang ingin tahu perbezaan antara iPhone 5 dan Samsung Galaxy S III (S3). Mari kita lihat perbezaan iPhone 5 vs Galaxy S3.



note : cip A6 (dual core)

sumber : redmondpie.com


Baca seterusnya...

iPhone 5 - Spesifikasi, Harga di Malaysia, Perbezaan Dengan iPhone 4S, 4

Thursday, September 13, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Akhirnya Apple secara rasminya mengumumkan model terbaru iPhone iaitu iPhone 5. Spesifikasi iPhone 5, harga iPhone 5 dan bila dijual di Malaysia, ada apa dengan iPhone 5, perbezaan iPhone 5, semuanya akan terjawab dalam entri ini (cewah..)



Selain dari iPhone 5, Apple juga turut memperkenalkan dengan iPod Touch (5th generation), iPod Nano, iOS 6 dan juga iTunes 11.

Apa yang anda perlu tahu tentang iPhone 5 (Spesifikasi iPhone 5) ?



Processor A6 Processor – Dual-core ARM Cortex A15
Ram 1GB RAM
Display 4” retina display (same width but taller than previous iPhone)
Resolution 1136 x 640 (326 PPI) widescreen 16:9 aspect ratio
Camera 8 Megapixel iSight camera, built in panorama, better low-light, 1080p HD video recording
Front Camera 1.2 MP Facetime HD Camera, 720p recording
Connecitivity Support 3G and 4G Internet (LTE)
802.11a/b/g/n Wi-Fi (802.11n 2.4GHz and 5GHz)
Bluetooth 4.0 wireless technology
Battery Capacity not disclosed, but overall battery life is longer on iPhone 5
Operating System iOS 6
Body material Glass and Aluminium
Storage 16 GB, 32 GB and 64 GB

Secara ringkasnya, iPhone5 guna cip pemprosesan A6 - prestasi 2 kali ganda berbanding A5 (iPhone 4S). Didatangan dengan kamera 8 megapixel ,aperturef/2.4, resolution sehingga 3264×2448 pixel. Proses rakam gambar juga lebih 40% pantas. Turut didatangkan dengan sokongan rakaman panorama.

Bateri iPhone 5 dikatakan tahan sehingga 225 jam (standby), 8 jam (pelayan internet 3G/LTE), 10 jika hanya menonton video.

Bagi yang suka FaceTime, iPhone 5 didatangkan dengan Facetime HD, lebih stabil. Anda juga boleh merakamkan gambar ketika membuat panggilan.





Bila iPhone 5 dijual di Malaysia dan harga?

Difahamkan, iPhone 5 akan dijual di Singapura mulai 21 september ini, manakal di Malaysia masih tidak diketahui. Tetapi berdasarkan rekod sebelum ini, mungkin iPhone 5 dijual di Malaysia sekitar Oktober atau November.

Harga iPhone 5 pula rasanya sama seperti model sebelum ini iaitu sekitar RM2150 -RM2799. Dan harga iPhone 4S sudah tentu diturunkan.




Dibawah ini infografik iPhone 5. (klik gambar tuk tumbesaran)





Perbezaan iPhone 5, iPhone 4S dan iPhone 4






kredit : eins.my, amanz.my


Baca seterusnya...

9.12.2012

Cara Jimat Sambut Kelahiran Anak

Wednesday, September 12, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Menyambut kelahiran anak atau cahayamata memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri. Apatah lagi jika anak itu adalah anak yang pertama. Tentu pelbagai persediaan yang perlu dilakukan dan semua persediaan itu memerlukan kos. Samaada memerlukan kos yang tinggi atau rendah, itu sebenarnya bergantung kepada kita. Dibawah ini satu infografik menarik bagaimana anda boleh berjimat dalam persediaan menyambut kelahiran anak.



sumber : facebook


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik