9.06.2012

Loket Bertenaga Skalar Beri Kesan Buruk

Thursday, September 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
GEORGETOWN - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.

Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket
berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.




“LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada
LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.

Mohamed Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.

Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.

Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009. - Sinar Harian


Baca seterusnya...

(Video) Perbandingan iPhone 5 vs iPhone 4S

Thursday, September 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dengan pelancaran iPhone 5 pada 12hb Sep ini, makin banyak gambar dan video iPhone didedahkan. Terbaru, satu video perbandingan antara iPhone 5 dengan iPhone 4S dari segi booting up dimuatnaik oleh vgooo.com (Chinese tech outlet). Ini merupakan video pertama iPhone 5 booting up. Dalam video tersebut jelas menunjukkan skrin iPhone lebih besar dan ketebalan iPhone 5 lebih nipis dari model iPhone 4S.







Baca seterusnya...

9.05.2012

Harga Petrol RON97 naik 20 sen mulai tengah malam ini

Wednesday, September 05, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR 5 Sep 2012: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini, manakala RON95 kekal pada RM1.90. - Bernama



Baca seterusnya...

Please.. Let Me Help You

Wednesday, September 05, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:













Baca seterusnya...

9.04.2012

Video, Lirik Lagu Pening Raya - M.Nasir & Salih Yaccob

Tuesday, September 04, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Pening Raya - M.Nasir & Salih Yaccob





Lirik Lagu Pening Raya - M.Nasir & Salih Yaccob

Salih: Eh Nasir tolong aku

Nasir: Tolong apa?
Salih: La Marilah tolong aku kejap..
Aku pening lah

Nasir: Pening?

Salih: Kau Boleh tolong tak?

Nasir: Apa yang kau nak?

Salih: Apa dia? Tak dengar..

Nasir: Eh Salih apa yang kau fikirkan
Kau macam orang tak keruan
Mahluk mana yang terlepas
Kacau kau di pagi Raya?
Tak mungkin semalam kau mimpi
Dipatuk ular lagi....



Salih: Hai Nasir ku tak mimpi apa
Cuma bila sampai Hari Raya
Hai pening aku runsing
Menghadapi semua
Kocek tak penuh betul-betul
Banyak ubi keledek
Biar aku cangkul

Nasir: Aku pohon kau terima
Hari ini Hari Raya
Bukan mesti
banyak belanja
Kita sederhana saja
Jangan pening, jangan runsing
Jangan
pening (x3)

Salih: Macam mana ku tak pening
Hutang yang dulu masih lagi ada duduk keliling
Sedang menjeling
Mana kuih, mana baju
Mana langsir dan pinggan mangkuk
Dan juga kereta baru
Kantoi Aku

Nasir: Mana dulu didulukan
Yang mudah dipermudahkan
Baru semua berkenan

Salih: Kalau begitu carannya baru aku terima

Nasir & Salih: Semuanya dah sedia

Salih: Tiba sudah Hari Raya
Mari kita bergembira

Nasir & Salih: Jangan pening
Taknak pening
Buat pe pening
Usah pening
Pening (x2)
Jangan pening
Pening (x3)


kredit lirik : praharaseni.blogspot.com

Baca seterusnya...

Macam-Macam Jenis Tatoo Yang Pelik

Tuesday, September 04, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
















p/s : Umat Islam haram bertatu.


Baca seterusnya...

Video "Bocor" Terkini iPhone 5, Berskrin Besar & Nipis

Tuesday, September 04, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Semakin dekat dengan tarikh pelancaran iPhone 5, semakin banyak rumors berkenaan iPhone 5. Gambar-gambar dan video "bocor" iphone 5 juga semakin banyak tersebar hinggakan keliru dibuatanya.

Terbaru, satu video "bocor" iPhone 5 mula dimuatnaik di Youtube. Video itu menunjukkan perbandingan antara iPhone 5 dan iPhone 4S. Apa yang jelas kelihatan adalah skrin iPhone 5 lebih besar (4 inch) dan juga lebih nipis dari iPhone 4S











Satu lagi gambar iPhone 5 yang tengah "hot" adalah gambar seorang penyanyi Taiwan, Jimmy Lin berkongsi gambar iPhone 5 yang baru dimilikinya di akaun Twitter miliknya.

'Today I confirmed that the iPhone 5 will be longer and have an aluminum back like the iPad,'








sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

(Video) Manusia Dari Umur 1 Hingga 100 Tahun

Tuesday, September 04, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Seorang pembuat filem dari Dutch, Jeroen Wolf menghasilkan satu video dimana dia merakamkan wajah-wajah manusia bermula dari 1 tahun hingga 100 tahun. Video ini dirakam dengan menggunakan Panasonic GH2. Video ini nampak senang dimana orang tersebut hanya memandang kamera dan menyebut umurnya. Tetapi Wolf menghadapi kesukaran untuk mencari subjek yang agak muda dan juga yang agak tua.

I found my very old 'models' in care homes and it was a privilege to document these—often vulnerable—people for this project. I had particular problems finding a 99 year-old. (Apparently 100 year-olds enjoy notoriety, but a 99 year-old is a rare species...) And when I finally did find one, she refused to state her age. She simply denied being 99 years old! But finally, some 4 months after I recorded my first 'age', I was able to capture the 'missing link' and conclude this project. Enjoy. - Jeroen Wolf

It's a lovely project!







Baca seterusnya...

9.02.2012

(Video) Labah-labah Bersarang Dalam Telinga 5 Hari ?

Sunday, September 02, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dapatkah anda bayangkan jika ada seekor labah-labah bersarang dalam telinga anda ? Agak ngeri mendengarnya tapi itulah yang berlaku ke atas seorang perempuan dari China. Ianya bermula apabila dia merasa gatal-gatal dalam telinganya, dan apabila pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat seekor labah-labah berada di dalam telinganya. Labah-labah itu bersarang dalam telinga perempuan tersebut selama 5 hari !






Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik