8.11.2012

(Video) CCTV rakam hantu budak ?

Saturday, August 11, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka.

Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapa pencerobohan terhadap kereta mereka.


Tetapi selepas menyaksikan rakaman itu mereka melihat bentuk ganjil terbang ke jalan masuk ke rumah mereka dan memanjat kereta itu.

Ia kemudian hilang sebelum muncul semula di seberang jalan.


Lisa, ibu dua anak itu berkata: “Saya sungguh terkejut. Saya melihat rakaman itu dan ia adalah imej seorang kanak-kanak yang berusia empat atau lima tahun.


‘Seorang jiran datang dan bertanya sama ada kami boleh melihat rakaman itu kerana dia kehilangan beberapa barang di depan lamannya.

“Kami melihat rakaman itu untuk melihat kemungkinan ada orang melintasi pintu pagar kami ketika kejadian curi itu dan nampak hantu itu melompat di atas kereta kami.


“Ia sungguh menyeramkan. Ia kelihatan seperti Casper the Friendly Ghost tetapi ia melompat-lompat di atas kereta kami. Ia sudah pasti hantu.” Suaminya berkata: “Saya tidak percaya pada hantu tetapi rakaman itu sungguh ganjil.” - DM (Harian Metro)

Saksikan video CCTV hantu budak dengan baca seterusnya.







p/s : hmmm.. cam cahaya lampu jer..

Baca seterusnya...

Jepun tarik balik gelas McDonald

Saturday, August 11, 2012 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
TOKYO - Restoran makanan segera terkenal, McDonald yang beroperasi di Jepun, kelmarin menarik balik gelas percuma bertemakan Sukan Olimpik London 2012 selepas menerima 130 aduan daripada pelanggan.

Jurucakap McDonald, Kazuyuki Hagiwara berkata, mereka turut menerima 78 aduan pelanggan cedera.

"Kebanyakan pengguna mengalami luka kerana gelas sumbing. Kami mendapati kesilapan semasa prosedur pembuatan gelas tersebut menjadi punca insiden ini berlaku," katanya.

Difahamkan, enam juta gelas percuma itu telah diberikan kepada pelanggan sejak Jun lalu. - Sinar Harian

p/s : Kat Malaysia macamana pula ?


Baca seterusnya...

Gambar Rawak Hari Ini

Saturday, August 11, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:








Baca seterusnya...

8.10.2012

Kadar Diskaun Rebat Tol Raya 2012

Friday, August 10, 2012 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1 sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, ini merupakan diskaun dan rebat tol tertinggi pernah diberi pengendali lebuh raya di negara ini.

“Bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad, mereka boleh menikmati rebat tol sebanyak 30 peratus pada 22 dan 23 Ogos.

“Manakala bagi lebuh raya lain seperti Lebuh Raya Pantai Timur, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 10 peratus hingga 37.5 peratus bermula 18 Ogos hingga 21 Ogos, “ katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149, Kundang, dekat sini hari ini.

Shaziman berkata bagi meraikan sambutan kemerdekaan pula, Lebuh Raya Maju (MEX) dan Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) menawarkan tol percuma kepada pengguna bagi semua kenderaan pada hari berkenaan.

Katanya, 22 lebuh raya lain pula bersetuju memberi insentif berbentuk diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 30 peratus. – BERNAMA

Boleh lihat carta kadar diskaun rebat tol 2012 raya Aidilfitri seperti di bawah



kredit pic : adamroslan.com

Baca seterusnya...

Suami didakwa bunuh eksekutif TV9

Friday, August 10, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
PETALING JAYA - Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama


Baca seterusnya...

8.09.2012

Maksud Disebalik Cara Pemakaian Samping

Thursday, August 09, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Samping adalah sebahagian dari baju melayu. Tanpa samping, tidak lengkap baju melayu seseorang lelaki. Hari yang paling ramai kita dapat lihat kaum lelaki memakai baju melayu dan bersamping adalah pada hari raya.

Tapi tahukah anda maksud disebalik cara pemakaian samping ? Adakah selama ini anda main pakai saja tanpa bermaksud apa-apa ? (Ya, selama ni aku main pakai saje samping). Lepas dah baca fakta di bawah, bagi yang dah beristeri, tentu isteri anda tak benarkan anda keluar rumah kalau anda memakai samping singkat. hehehe..






Baca seterusnya...

(Video) Controller Untuk Permainan Angry Birds

Thursday, August 09, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Permainan Angry Birds tidak perlu diperkenalkan lagi. Memang ramai yang menyukai games Angry Birds.

Atas populariti ini, Andrew Spitz bersama rakannya, Hideaki Matsui telah mencipta controller untuk permainan Angry Birds.



Bagaimana menggunakan controller ini, boleh lihat video di bawah. Cool!






Baca seterusnya...

Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Mara Ke Final

Thursday, August 09, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
RATU terjun negara Pandelela Rinong menghidupkan harapan Malaysia untuk memburu pingat kedua Sukan Olimpik 2012 dengan mara ke final acara 10m platform individu wanita, sebentar tadi.

Penerjun dari Sarawak ini menduduki tangga kelima pada pusingan separuh akhir.

Pandelela, yang beraksi dalam Olimpik keduanya selepas Beijing 2008, mengumpul 352.50 mata untuk mara ke final sekali gus merealisasikan impian negara yang ingin meraih emas pertama buat negara.



Dalam acara diadakan di Pusat Akuatik di sini, penerjun berusia 19 tahun itu akan bersaing di pentas akhir yang akan berlangsung pukul 2 pagi waktu Malaysia, esok.

Bernama melaporkan bahawa selepas menduduki tempat kedua pada pusingan awal semalam, Pandelela yang beraksi buat kali kedua pada temasya Olimpik, gagal beraksi baik pada terjunan pertama hari ini iaitu 'forward 3 1/2 somersault' dan keempat melibatkan 'Inward 3 1/2 somersault'.

Beliau mengutip, masing-masing 67.50 dan 67.20 mata bagi kedua-dua disiplin tersebut.

Penerjun China, Chen Ruolin masih mendahului acara itu dengan kutipan 407.25 mata.

Hanya 12 penerjun teratas akan beraksi di peringkat akhir.

Senarai atlet bersaing di final:

1) China, Chen Ruolin 407.25

2) Kanada, Benfeito Meaghan 359.90

3) AS, Broben Brittany 359.55

4) AS, Wu Melissa 355.60

5) Malaysia, Pandalela Rinong 352.50

6) Rusia, Koltunova Yulia 351.90

7) Jerman, Steuer Christian 339.90

8) Kanada, Filion Roseline 329.60

9) China, Hu Yan 328.25

10) Itali, Bakti Noemi 325.45

11) Mexico, Espinosa Sanchez Paola 317.10

12) Ukraine, Prokopchuk Iluliia 315.80 - Sinar Harian




Tahniah Pandelela !

Harapan Malaysia untuk meraih pingat emas kembali membara. Ayuh kita sama-sama memberi sokongan jam 2 pagi nanti.

Tak lupa juga Heidi Gan dalam acara renang 10km Marathon Wanita peringkat akhir jam 7 malam nanti.






Baca seterusnya...

(Video) Sekuriti One Utama Patahkan Cubaan Menyamun ?

Thursday, August 09, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Baru-baru ini berlaku kejadian samun di tempat letak kereta Pusat Beli-belah One Utama. Ekoran daripada insiden tersebut, pihak One Utama telah meningkatkan tahap keselamatan premis mereka.

Terbaru melalui laman facebook fanpage, pihak sekuriti One Utama berjaya menangkap 4 orang lelaki dalam sebuah kereta curi dimana di dalam kereta tersebut terdapat 2 parang. Mungkin mereka sedang mencari mangsa untuk menyamun.






Saksikan video laporan berita dari Harian Metro di bawah.






Baca seterusnya...

(Video) Rakanman CCTV Samun Farmasi

Thursday, August 09, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video rakaman CCTV 3 orang penyamun merompak sebuah farmasi di Mahkota Cheras. Aktiviti rompakan tersebut berjaya dirakam CCTV.





Baca seterusnya...

(Video) Evolusi Manusia Semakin Pantas

Thursday, August 09, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Setiap kali sukan Olimpik diadakan, pasti ada atlit sukan 100M yang mampu memecahkan rekod dunia yang dibuat oleh atlit sebelumnya.Tahun ini sekali lagi Usain Bolt mencatatkan rekod lari 100M dalam masa 9.63 saat, lebih pantas dari sukan Olimpik Beijing 2008 iaitu 9.69 saat. Bagaimanapun rekod dunia yang dipegang oleh Usain Bolt sendiri iaitu 9.58 saat masih gagal dipecahkan.

Jika anda tonton video di bawah, anda akan dapati evolusi manusia semakin lama semakin pantas berlari.






Baca seterusnya...

(Video) Bapa Naiktaraf Kereta Mainan Anaknya Dengan "Enjin" 66HP

Thursday, August 09, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Rasanya semua budak lelaki suka dengan kereta mainan yang boleh dipandu sendiri menggunakan bateri. Masalah dengan kereta mainan guna bateri ni adalah kuasa pecutannya yang perlahan. Lama-lama pemanduan jadi membosankan. Tetapi berbeza dengan seorang bapa ni, dia telah menaiktaraf (upgrade) kereta mainan anak lelakinya itu dengan "enjin" berkuasa .66 kuasa kuda (Horse Power / HP).

Macamana bapa ni upgrade, semuanya dalam video di bawah. Dan hasilnya sungguh mengagumkan.








Baca seterusnya...

8.08.2012

Azizulhasni Awang Berjaya Ke Final, Misi Kayuhan Emas Jam 12.57 Pagi Nanti

Wednesday, August 08, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Misi kayuhan emas Azizulhasni Awang (pocketrocketman) kini sampai ke kemucaknya. Azizulhasni Awang berjaya mara ke final dalam acara Keirin Lelaki. Dalam pusingan kedua sebentar tadi, Azizulhasni Awang berada di tempat kedua selepas Chris Hoy dari Britain (juara bertahan Keirin Olimpik).

Jam 12.57 pagi nanti akan bermulanya final keirin lelaki. Mari kita sama-sama doakan agar Azizulhasni Awang berjaya meraih pinggat emas pertama Malaysia.



Peteh Azizul Peteh !!

Kemaskini!

Azizulhasni Awang gagal meraih sebarang pingat dengan mendapat tempat ke-6 dari 6 pelumba final. Walaupun gagal meraih pingat, Azizulhasni Awang tetap Hero Malaysia, dia pelumba no 6 dunia dan no 1 Asia. We proud of you!

Azizulhasni Awang baru berusia 26 tahun berbanding juara bertahan Chris Hoy 34 tahun kut. Banyak masa lagi untuk mencipta kejayaan.

p/s : Bagi mereka yang menonton final keirin lelaki semalam tentu faham bagaimana Azizulhasni gagal membuat pecutan kerana terperangkap oleh pelumba-pelumba lain.





Baca seterusnya...

8.07.2012

(Video) Galaxy Note 10.1 Dilancarkan, Harga di Malaysia RM2K++

Difahamkan Samsung telah melancarkan Galaxy Note 10.1 secara rasminya. Satu video iklan Galaxy Note 10.1 telah dimuatnaik.

Berbeza dengan Galaxy Note sebelum ini, Galaxy Note 10.1 berskrin lebih besar iaitu 10.1 inchi.

Samsung Galaxy Note 10.1 menggunakan cip pemprosesan empat teras 1.4 GHz Exynos 4412 dan memori 2GB RAM. Difahamkan, Samsung Galaxy Note 10.1 mempunyai 3 versi saiz storan yang berlainan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Apa yang membezakan antara Samsung Galaxy Note 10.1 dengan Samsung Galaxy Tab 10.1 adalah Samsung Galaxy Note 10.1 mempunyai S Pen.

Antara aplikasi eksklusif untuk Galaxy Note 10.1 adalah S Note, S Planner, Crayon physics, Adobe® Photoshop® Touch, dan Polaris Office.

Difahamkan Samsung Galaxy Note 10.1 bakal dijual bulan ini, bagaimanapun perjualan Galaxy Note 10.1 di Malaysia masih tidak diketahui. Mungkin September ini. Harga Samsung Galaxy Note 10.1 di Malaysia juga masih belum diumumkan tapi dijangka berharga lebih dari RM2K.


Tonton video Galaxy Note 10.1 dengan baca seterusnya.







Baca seterusnya...

Lawak Bomoh (II)

Tuesday, August 07, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:



Baca seterusnya...

Lawak Bomoh (I)

Tuesday, August 07, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:



Baca seterusnya...

Datuk Lee Chong Wei Gemar Main Bola Keranjang Dari Badminton

Tuesday, August 07, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Datuk Lee Chong Wei pemain badminton no 2 dunia dan juga hero Malaysia atas kejayaannya membawa pulang pingat perak dan merupakan satu-satunya pemain badminton negara yang berjaya ke final dua kali berturut-turut dalam acara badminton.

Tapi tahukah anda bahawa Datuk Lee Chong Wei sebenarnya gemar bermain bola keranjang dari badminton semasa zaman kanak-kanak. Namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Datuk Lee Chong Wei mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

Satu lagi perkara `pelik’ yang mungkin harus dikongsi bersama pembaca dan peminat Chong Wei, anak muda ini tidak menggemari artis Hong Kong seperti kebanyakan anak muda berketurunan Cina di negara ini. Idolanya juga bukan bintang badminton dunia, sebaliknya kelab bola sepak terkaya di dunia, Manchester United.

sumber : www.malaysiamerdeka.gov.my


Baca seterusnya...

8.06.2012

RAYUAN TERAKHIR SEBELUM 15 OGOS 2012

Monday, August 06, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Salam semua dan selamat menjalani ibadat puasa. Kempen Jom Tolong Kami Bantu Mereka, SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata sedang melangkah memasuki fasa terakhir sebelum seluruh umat Islam menyambut Aidil Fitri. Dari senarai 60 buah rumah anak yatim dan asnaf serta pelajar miskin di sekolah-sekolah terpilih yang berada dalam senarai penerima, kami masih kekurangan saiz baju yang berkaitan.

Jika anda sudah terniat untuk membantu, jangan tangguh niat tersebut kerana masih ada 362 tubuh comel yang menanti untuk menyarung baju raya menjelang pagi Syawal. Masih ada waktu untuk hati-hati mulia di luar sana bagi menceriakan hati-hati lara yang terpisah dari kasih seorang ibu dan sayang seorang ayah.

Ayoh….Jom Tolong Kami, Bantu Mereka dengan memilih senarai baju dan saiz yang dipaparkan dan dikirim ke Bilik Operasi sebelum atau pada 15 Ogos 2012 bagi membolehkan kami titipkan kepada mereka yang menanti. Jangan biarkan mereka terus menanti hanya kerana sedikit kesibukan kita sedangkan telah terdetik dihati kita untuk membantu mereka. - sumber sehelaibaju.com


Baca seterusnya...

Kayu Nasi Kandar SS2 Beri Makan Percuma Atas Kejayaan Chong Wei

Monday, August 06, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika sebelum ini Baskin Robbins mahu memberi aiskrim percuma jika Malaysia mendapat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London, yang mana tidak kesampaian. Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar pula tampil memberi makan percuma walaupun Datuk Lee Chong Wei tewas.


Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar tetap menyediakan makanan percuma walaupun pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir perseorangan di Sukan Olimpik 2012 di London.

Pengusahanya, Burhan Mohamaed berkata, beliau masih lagi menyediakan hidangan percuma pada Isnin dari pukul 7 petang sehingga 10 malam di cawangannya di SS2 di sini kerana Chong Wei telah membanggakan Malaysia.

“Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar pada Ahad.

“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.”

Para pelanggan akan diberikan set hidangan berserta minuman kordial.

Terdahulu, restoran tersebut berhasrat untuk memberikan makanan malam secara percuma di salah satu cawangan restorannya sekiranya Chong Wei memenangi pingat emas.

Burhan menambah, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia perlu merasai seperti mana yang dirasainya. - mStar Online



Baca seterusnya...

Laman Web Baskin Robbins Malaysia Digodam ?

Monday, August 06, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Rasanya satu Malaysia tahu ais krim Baskin Robbins bakal diberi percuma kepada rakyat Malaysia jika skuad Olimpik Malaysia berjaya membawa pulang walau seketul pingat emas. Dan semalam, Datuk Lee Chong Wei satu-satunya harapan rakyat Malaysia untuk memenangi pingat emas tidak kesampaian.

Ekoran daripada itu, difahamkan laman web Baskin Robbins telah digodam (hack). Walaubagaimanapun, pengodaman laman web Baskin Robbins hanya melibatkan penambahan satu fail teks (text file) yang diletak di dalam folder upload. Pengunjung laman web Baskin Robbins Malaysia hanya dapat mengakses fail teks tersebut jika menaip terus url berikut - http://baskinrobbins.com.my/upload/aiskrimhacked.txt



kredit : amanz.my

Apa-apa pun tahniah buat Datuk Lee Chong Wei atas semangat juang yang tinggi. Walaupun kalah tapi kalah bermaruah.


kredit : facebook sharing

Baca seterusnya...

Staf Air Asia Terjun Dari Pesawat Dakwa Nampak Hantu

Monday, August 06, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
MIRI - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. - Kosmo


Baca seterusnya...

Pemilik 99Speedmart, Lee Thiam Wah Merupakan Seorang OKU

Monday, August 06, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Pernah nampak rangkaian mini market 99Speedmart seperti gambar di bawah ?



Tentu anda juga pernah membeli barangan runcit di 99Speedmart bukan? Boleh dikatakan harga barangan runcit yang ditawarkan di 99Speedmart murah dan berpatutan. Tapi tahukah anda siapakah pemilik mini market 99Speedmart ini ? Percaya tak jika pemilik 99Speedmart ini merupakan seorang OKU.

Mari kita baca kisah disebalik kejayaan 99Speedmart hingga menjadi antara rangkaian mini market yang berjaya di Malaysia. Moga ianya memberi kita semangat dan motivasi.


Rangkaian mini market 99Speedmart adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah.

Beliau memiliki lebih 2OO buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).

Lee berkerusi roda semenjak kecil.

Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya.

Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.

Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.




” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”

Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Lee menceritakan - ‘saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..’

Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.

Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.

Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka.

Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.

Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.

Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka.

Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.

Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang.

Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai.

Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia.

Sembilan kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.

Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.

Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk pengguna.



Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan Mudah.

Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.

Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.

Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini.

Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.



Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.

” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.

Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.

Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.


kredit : MyNewsHub





Baca seterusnya...

8.05.2012

(Video) Cara Baru Skuad Harimau Muda Raikan Gol

Sunday, August 05, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik