7.26.2012

Kakitangan Awam Di Selangor Dapat Bonus Setengah Bulan Serta Bonus Tambahan

Thursday, July 26, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika semalam Datuk Seri Najib umumkan bonus raya 2012 untuk seluruh kakitangan awam di Malaysia, hari ini Kerajaan Selangor pula umumkan bonus raya 2012.

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor mengikut jejak langkah Kerajaan Pusat apabila meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam negeri itu bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor turut memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam.

"Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua bonus itu akan dimasukkan ke dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan.


Katanya, kerajaan negeri itu memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam pada tahun ini.

"Kami berharap bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam untuk menabung demi masa depan.

Isnin lepas, beliau berkata kerajaan Selangor akan membayar bonus kepada kakitangan kerajaan negeri jika kerajaan Persekutuan membayar bonus kepada kakitangan awamnya.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam. Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus yang akan dimanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan itu akan dibuat pada 9 Ogos. - mStar Online


Baca seterusnya...

Car Remote's Frequency Clipping - Teknik Terbaru Curi Kereta

Thursday, July 26, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.


Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.





Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

sumber : biaqpila.blogspot.com






Baca seterusnya...

7.25.2012

(Video) Perkara Yang Tidak Patut Dibuat Ketika Terawih

Wednesday, July 25, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,





Baca seterusnya...

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji

Wednesday, July 25, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam.

Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Ogos, demikian menurut kenyataan perdana menteri yang juga menteri kewangan, pada lewat petang Rabu.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

Beliau menambah, bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Jelas Najib lagi, pemberian bonus dan bayaran khas kepada pesara kerajaan itu merupakan penghargaan kerajaan kepada kakitangannya dan juga pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan. - mStar Online



Baca seterusnya...

7.24.2012

Awas Wanita! Rompakan Dalam Tandas di Pusat Beli-Belah

Tuesday, July 24, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sebelum ini heboh dengan isu rompakan dan penculikan di kawasan parking kereta pusat beli-belah (shopping mall). Pusat beli-belah yang terlibat pula bukan pusat beli-belah biasa tapi terkemuka dan menjadi tumpuan ramai di KL ni.

Kini muncul pula berita terbaru. Juga berlaku di pusat beli-belah, bukan di kawasan parking kereta tapi di tandas dalam pusat beli belah. Ya..dalam tandas pusat beli belah (shopping mall toilet).

Kejadian rompakan di dalam tandas pusat beli-belah ini diceritakan sendiri oleh mangsa yang mengalami kejadian tersebut. Mangsa berkongsi saat-saat cemas itu Facebook miliknya.



Hi guys, this is what happened to me on 23rd July 2012 (Monday) and I want to share it out to everyone, especially girls.

We all know shopping malls carpark are not safe, but now, the WASHROOMS are not safe too!!!

I was back from college and I stopped by at Sunway Pyramid today.

I was holding my MacbookPro, my Iphone and my handbag.

It was 5:35pm and I wanted to go to the washroom. I went into the ladies washroom at LG floor, opposite MPH, alone.

When I walked to the washroom area, there was one guy (malay-looking, or indonesian, something like that) was sitting at the bench. I looked at him and he seemed like he's waiting for someone, so I didnt think much and went into the washroom.

Then I chose a cubicle and I placed my laptop, my phone and my handbag on the desk-thing behind the toilet bowl.

The washroom was empty, it made me a lil bit worry. So i paid extra attention.

Then I walked out from the cubicle to get tissue outside. I was just being very slow since I was not urgent.

When I walked out from the cubicle, I saw the guy at the doorstep of the ladies from the mirror. He saw me too so he backed off. I thought he went into the wrong toilet so I din scream since he has already back off. Then I proceed to get my tissue. But I've started suspecting.


I have this habit that I'll wipe the toilet bowl and place tissue on it only I'll sit down, so I was slowly nicely placing the tissue. I haven't taken off any garments on me yet.

Then I heard footsteps. I was worry. So I stopped placing the tissue, I stood there and I paid attention to the footsteps.

I heard the footsteps went into the cubicle next to me. It was not heels step. It was heavy flat shoes footsteps. Then I was still standing there because I was suspecting. (I cant be sure if it's the toilet worker)

Suddenly, a hand appeared above me and it grabbed my handbag on the desk-thingy behind the toilet bowl. Then I saw the guy.

He had shoulder length hair, wearing brown/gray tshirt, long pants.

I was already paying attention so I roared at the guy and ran out to chase him.

He was scared maybe, so he dropped my bag on the floor and ran away.

I'm not sure if he took anything, so I ran out together with him wanted to chase him.

There was 3 witnesses outside the toilet. And they helped me to chase too.

The fail robber ran down the staircase behind the washrooms. Then I quickly went back into the washroom to check if anything of mine got stolen.

Thank God, as my phone and laptop was out of my bag, it was still there. And my bag was on the floor, purse is still inside.

I have only RM40 left inside my purse so I was not so worry about it. It's just most importantly my phone and my laptop, and my ICs and license ( i hv no credit cards so it's fine).

Everything of mine was not being stolen. And I was safe.

Then I clarified with the 3 witnesses and I quickly went to the customer service desk to report about this. Told the management the whole story and I guess they're working harder with their mall security.



Just want to share this out to everyone because in Malaysia now, even just going to the washroom in shopping mall is not safe anymore.

Luckily I havent get my pants off as I was slowly cleaning the toilet bowl. If not, I wouldnt get to run out to chase the robber at the first second.

Especially to the girls, please be extra careful when you go to the washrooms, avoid entering it alone.

Please pay more attention to the people around the washroom before entering it.

If the washroom is empty, avoid entering.

And hope the shopping malls will pay more attention to the security, not only with the carparks, but also the washrooms.



I'm fine over here. Thank God for blessing.

And may God bless everyone else too.

Please be extra careful.

sumber : Facebook

p/s : Boleh baca versi Bahasa Malaysia di blog.ariff



Baca seterusnya...

7.23.2012

Cara Bayar Zakat Fitrah Guna SMS

Monday, July 23, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kadar Zakat Fitrah untuk tahun 2012 boleh dilihat di sini. Kini dengan teknologi yang semakin memudahkan, umat islam juga boleh menunaikan zakat fitrah dengan menggunakan SMS.

Penggunaan kemudahan bayaran zakat fitrah melalui sms ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran zakat fitrah menggunakan SMS.



1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya

Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 seorang.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari laman Lembaga Zakat Selangor.



Baca seterusnya...

Kadar Zakat Fitrah 2012

Monday, July 23, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berikut kadar zakat fitrah 2012 mengikut negeri masing-masing. Kadar zakat fitrah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri masing-masing. Apa itu Zakat Fitrah, boleh la baca penerangannya di bawah. Semoga ibadah kita diterima olehNya.

sumber gambar kadar zakat fitrah 2012 : pakdi.net

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH


Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari satu Syawal



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik