7.14.2012

(Gambar) Proton Preve R3

Saturday, July 14, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Proton Preve merupakan antara model kereta Proton terkini yang hangat di pasaran. Kini model Proton Preve R3 mula kelihatan. Proton Preve R3 ini difahamkan dipamerkan di Plaza Angsana Johor Bahru ketika berlangsungnya acara 2012 Malaysian Rally (JB).







Linksumber : facebook Proton


Baca seterusnya...

(Video) Gajet Macam Ni Pun Ada Orang Cipta ?

Saturday, July 14, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




fitrah manusia..walaupun dah tulis kat box tu "useless box" tapi still kita nak petik jugak suis tu..

Baca seterusnya...

7.13.2012

Download Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

Laman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia untuk tahun 1433H / 2012M. Jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2012 tersebut bolehlah dimuatturun (download) dengan klik link di bawah mengikut negeri dan zon. Jadual waktu imsak dan puasa 2012 ini dikeluarkan oleh JAKIM dalam bentuk PDF.

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2 JOHOR
3 PERAK
4 SARAWAK
5 SABAH
6 TERENGGANU
7 KELANTAN
8 SELANGOR
9 PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13 NEGERI SEMBILAN
14 KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG
** Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim


p/s : Dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, pemilik blog ini ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog ini jika ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan pembaca blog ini. Sama-samalah kita bermaaf-maafan. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan selamat berpuasa!



Baca seterusnya...

7.12.2012

(Video) Wanita Maut Diragut Pada Awal Pagi

Thursday, July 12, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
GEORGE TOWN – Seorang ibu tunggal warga emas maut dipercayai setelah diragut dan terseret kira-kira 10 meter dalam kejadian yang berlaku di tempat letak motosikal di Blok J, Flat Padang Tembak dekat sini pagi semalam.

Lebih malang, kejadian yang menimpa mangsa, Tan Kim Chuan, 60, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala itu hanya disedari dua orang penduduk berdekatan lapan minit kemudian.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tempat letak motosikal yang terletak di belakang blok flat yang agak sunyi.

Mangsa difahamkan baru keluar dari rumahnya untuk ke kedai kopi tempat dia bekerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk di atas objek keras mati di Hospital Pulau Pinang selepas sembilan jam menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak.

Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan terbabit.

Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dilihat terbaring di kawasan letak motosikal tanpa dihiraukan beberapa penduduk yang lalu-lalang beberapa minit selepas dia dipercayai diragut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengecam kedua-dua suspek. - Kosmo

p/s : Haihh..jenayah makin berleluasa sekarang ni..






Baca seterusnya...

7.10.2012

(Gambar Spyshots) Honda Civic 2012 Malaysia

Tuesday, July 10, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Honda Civic 2012 bakal dilancarkan di Malaysia khamis ini (12 Julai 2012). Beberapa gambar spyshots Honda Civic yang dalam proses penghantaran ke showroom-showroom Honda mula tersebar di internet. Harga Honda Civiv 2012 Malaysia masih belum diketahui lagi. Untuk makluman, Honda Civic 2012 sudah dilancarkan di Thailand awal bulan Mei lepas.

Berikut beberapa keping gambar Honda Civic 2012 yang dikongsi di laman funtastickodesign.









Baca seterusnya...

7.09.2012

(Video) Seorang Ahli Politik Jordan Keluarkan Pistol Ketika Berdebat

Monday, July 09, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
AMMAN – Sebuah debat secara langsung di antara dua ahli politik berhaluan kiri menerusi siaran televisyen Jordan menjadi huru-hara apabila salah seorang panelnya bertindak mengeluarkan sepucuk pistol semasa program berjalan.

Kejadian yang berlaku di stesen saluran televisyen swasta Jo Sat itu menyaksikan Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad selepas kedua-duanya saling bertelagah mengenai tajuk utama debat berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.

Pergaduhan berlaku selepas Murad menuduh Shawabka sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad).

“Awak agen Mossad,” kata Murad kemudian disusuli tuduhan Shawabka bahawa lawannya itu adalah penjahat sebelum melemparkan kasut yang juga isyarat penghinaan dalam dunia Arab.

Laporan televisyen swasta itu menyebut, semasa pengacara debat, Mohammed Habashneh bergelut meleraikan pergaduhan itu, Murad secara tiba-tiba menolak mejanya dan berlari ke arah Shawabka yang kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya untuk melawan.

Dua ahli Parlimen Jordan itu terus berteriak dan menolak satu sama lain sehingga siaran langsung ditamatkan.

Pergaduhan yang pastinya mengejutkan semua penonton siaran debat itu tidak mendatangkan kecederaan buat semua pihak mahupun kru rancangan televisyen itu. - Sinar Harian








Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik