6.28.2012

(Video) Apa Akan Jadi Jika Salah Satu Anak Tangga Terlebih Tinggi

Thursday, June 28, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tangga terdiri dari anak-anak tangga yang sama jarak antara anak tangga yang lain. Apa akan jadi jika salah satu anak tangga berada jauh jaraknya atau saiz anak tangga tersebut terlebih tinggi sedikit dari anak tangga yang lain?

Nak tahu kesannya, tonton video di bawah ni.







Baca seterusnya...

Cermin Kereta Pelakon Kena Pecah di Masjid Geliga, Kemaman

Thursday, June 28, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Terkejut juga baca berita dari Harian Metro hari ini (28 Jun 2012), di mana cermin kereta pelakon Kartina Aziz kena pecah dan beg dilarikan ketika pelakon tersebut tunaikan solat Zuhur di Masjid Geliga, Kemaman. Aku terkejut sebab kejadian tu berlaku di kawasan letak kereta Masjid Geliga, Kemaman. Masjid Geliga Kemaman ni antara masjid terkenal juga dan selalu menjadi tempat persinggahan utama bagi mereka yang travel jauh.

Masjid Geliga Kemaman - kredit sarabeachhomestay.blogspot.com



Pelakon popular, Kartina Aziz kerugian RM10,000 termasuk wang RM4,000 apabila kereta Toyota Camry miliknya yang diletak di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman, di sini, dipecahkan pencuri, Isnin lalu.

Pelakon berusia 57 tahun dari Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu datang ke Kemaman untuk menjalani penggambaran filem sebelum singgah di Masjid Geliga untuk menunaikan solat Zuhur, pada jam 1.30 tengah hari.


Mangsa meninggalkan beg tangan mengandungi wang RM4,000, pelbagai perhiasan, iPad, cermin mata berjenama serta dokumen peribadi di tempat duduk pemandu sebelum bergegas ke masjid.

Menurut sumber, selepas bersolat, Kartina terkejut ketika membuka pintu kereta apabila mendapati pintu di bahagian pemandu terkopak akibat diumpil manakala cermin pada bahagian atas pintu pemandu dipecahkan.




“Mangsa mendapati beg tangan ditinggalkan di atas kerusi pemandu lesap sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 2.30 petang hari sama,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - Harian Metro 28 Jun 2012

nota : gambar sekadar hiasan


moral of the story : walaupun anda berada di kawasan masjid,jangan tingalkan barangan berharga dalam kereta.


Baca seterusnya...

6.27.2012

(Video) Kemalangan Bas RapidKL di Cyberjaya

Wednesday, June 27, 2012 by MR Penyubiru · 24 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pagi ini / tengahari ini (27 Jun 2012) telah berlaku satu kemalangan maut di Simpang Empat Cyberjaya 6 (berdekatan DHL) melibatkan sebuah bas RapidKL, sebuah pajero dan sebuah motorsikal. Kejadian berlaku di persimpangan berlampu isyarat. Difahamkan pemandu bas Rapidkl meninggal dunia. Punca kejadian dan berita penuh akan menyusul kemudian.





Kemaskini (10 malam)

Berikut berita penuh dari BERNAMA

Dua Lelaki Maut Akibat Langar Lampu Isyarat Merah

CYBERJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di simpang empat Persiaran APEC, di sini Rabu.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata keseluruhan kejadian dirakam kamera litar tertutup yang ditempatkan di situ. - BERNAMA



Saksikan video CCTV kemalangan bas RapidKL repuh Hilux di Cyberjaya di bawah.











sumber gambar : forum lowyat (thanks)


Kemaskini 28 Jun 2012










thanks to TRUTH GUY for video link.



Baca seterusnya...

Termos Bentuk Lensa Kamera Nikon. Cool Giler !

Wednesday, June 27, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Baru-baru ni jejalan kat Paradigm Mall Kelana Jaya yang baru bukak tu. Windows shopping jer. Lepas tu masuk satu kedai jual barangan cenderahati dan mainan. Salah satu benda yang aku perasan dalam kedai tu ialah ada jual lensa kamera Nikon (Nikon camera lens). Aik? Biar betul..biasanya kedai kamera jer jual lens.

Belek punyer belek, rupa-rupanya lens tu adalah termos. Termos bentuk sebijik cam lensa kamera Nikon. Cool!



Design termos tu cam gambar di atas. Sekali tengok mesti orang ingat lensa kamera Nikon. Harganya pulak memang cool. RM189 ! Ada sesape nak hadiahkan tuk aku ? hehe..









Baca seterusnya...

6.26.2012

Hanya di India (lagi..)

Tuesday, June 26, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,







Baca seterusnya...

Hanya di India

Tuesday, June 26, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

6.25.2012

(Video) iPad vs Surface

Monday, June 25, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik