6.08.2012

(Video) Justin Bibir - Ubi Cilembu

Friday, June 08, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kita tentu sudah biasa dengar lagu Justin Bieber berjudul Baby. Bagi yang tak suka layan lagu Baby Justin Bieber ni, anda ada alternatif lain sebenarnya. Apa kata anda layan lagu parodi Justin Bieber Baby ni berjudul Ubi Cilembu dinyanyikan Justin Bibir dari Indonesia. Hahaha..memang lawak dowh...




Baca seterusnya...

Suami Biasa vs Suami Luar Biasa

Friday, June 08, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


sumber : Facebook Ustaz Don Daniyal

Baca seterusnya...

Anggota Trafik Dilibas Mat Rempit Ahad Lalu Meninggal Dunia

Friday, June 08, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KLANG: Anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Koperal Mustaghni Tabir, 48, meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Mustaghni sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) cedera parah di kepala dipercayai akibat dilibas dengan topi keledar oleh "mat rempit" ketika sedang menjalankan operasi di Jalan Gembira, Taman Bunga Raya, di sini jam 3.30 pagi, Ahad lalu. - Berita Harian

p/s : Al-Fatihah tuk arwah.. moga rohnya dicucuri rahmat..


Baca seterusnya...

Jadual Puasa Yang Dianjurkan Islam 2012

Friday, June 08, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Dibawah ini ialah jadual puasa sunat dan puasa wajib bagi tahun 2012.



Muat turun (Download) PDF


sumber : khairul-zamri.com (thanks)


Baca seterusnya...

Kisah Sebiji Tembikai Buat Renungan Bersama

Friday, June 08, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?

Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT

sumber : copy dari blog naman



Baca seterusnya...

Anda Berselera Tak Makan Kek Ini ?

Friday, June 08, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:










Baca seterusnya...

Nak Duit RM49K , Sahut Cabaran Lelaki Ini

Anda nak duit percuma berjumlah RM49K ++ ?

Kalau nak, sahut cabaran lelaki di bawah ini.


Untuk makluman, lelaki ni bernama Tang Shuquan, 43, berasal dari Chengdu City, Sichuan, China.

Lelaki ini mencabar sesiapa sahaja yang dapat mengalahkannya dalam satu pertandingan, dia akan memberi wang berjumlah 100,000 Yuan (RM49,666) kepada orang tersebut.

Pertandingan apa tu ?


Pertandingan "twist" muka !

Tang Shuquan baru sahaja memenangi pertandingan "twist" muka dan kemenangan itu melayakkannya menerima medal dari Guinness World Records.





Amacam ? Anda berani sahut cabaran Tang ? Ahaha...

sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

6.06.2012

(Video) HTC One X Boleh Dijadikan Tukul ?

Wednesday, June 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
HTC One X merupakan sejenis smartphone bukan satu jenama tukul. Tetapi jika anda saksikan video di bawah, HTC One X digunakan untuk mengetuk paku. Macam tukul dibuatnya. Menariknya, skrin HTC One X tidak pecah dan masih boleh digunakan. Agak sukar mempercayainya. Mungkin camera trick atau mungkin ada sesape yang ada HTC One X mahu meniru aksi video di bawah untuk membuktikan kesahihahannya. :D





Baca seterusnya...

(Video) Pemain Skateboard Dilanggar Van

Wednesday, June 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video di Youtube menunjukkan seorang pemain skateboard yang sedang menunjukkan skill nya di langgar van ketika dia meluncur laju melintas jalan. Video tersebut yang baru beberapa hari dimuatnaik telah menjadi hit dan sehingga artikel ini ditulis iainya mencecah 83K view.





Bagaimanapun difahamkan pemain skateboard itu masih hidup selepas perlanggaran tersebut.

sumber : Daily Mail



Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Untuk Dia - Sleeq feat Najwa Latif

Wednesday, June 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Untuk Dia - Sleeq feat Najwa Latif (Official MTV)





*Menampilkan Aaron Aziz dan Siti Saleha


Lirik Lagu Untuk Dia - Sleeq feat Najwa Latif

[Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila

Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi

Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja




Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Engkau Punya Gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja

Bertemu di MukaBuku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu

Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya

[Sleeq]
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)

[Najwa Latif]
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja

Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku




Baca seterusnya...

Only in Malaysia

Wednesday, June 06, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:








sumber : The Star

Baca seterusnya...

Penunggang Basikal Dilarang Guna Lebuhraya PLUS

Wednesday, June 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR – Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS) menasihati penunggang basikal agar tidak menjalankan sebarang aktiviti berbasikal di semua lebuh raya kendaliannya.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha berkata, basikal termasuk dalam senarai kenderaan yang dilarang memasuki lebuh raya seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (Larangan Penggunaan Jalan) 1996.

"Berbasikal di lebuh raya adalah amat berbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan pada bila-bila masa berikutan perbezaan kelajuan yang amat ketara di antara basikal dan kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, lebuh raya kendalian PLUS dilengkapi dengan lorong kecemasan yang lebar kerana lorong itu sering diguna motosikal dan kenderaan yang terkandas di lebuh raya.

"Selain itu, berbasikal di lorong kecemasan di lebuh raya juga terdedah kepada risiko dilanggar oleh kenderaan-kenderaan yang hilang kawalan atau terbabas di lebuh raya,” katanya.

Sehubungan itu, PLUS meminta orang ramai yang melihat aktiviti berbasikal di lebuh raya agar menghubungi talian PLUSline 1800-88-0000 bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk mengelak kejadian tidak diingini. – BERNAMA

sumber gambar : rempitansuperbike.blogspot.com



Baca seterusnya...

6.05.2012

Promosi Semua Domain .my Bernilai RM25

Tuesday, June 05, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk memiliki domain .my sendiri, inilah masanya. Ini kerana Domain Registry bakal menyambut Ulangtahun ke-25 pada 8 Jun 2012, oleh itu semua domain .my diberi promosi pada harga RM25 sahaja.

Para Pelanggan yang Dihormati,

.my DOMAIN REGISTRY akan menyambut Ulangtahun ke-25 pada 8 Jun 2012. Sempena sambutan Ulangtahun ke-25, kami menawarkan harga promosi RM25 untuk semua pendaftaran nama domain .my.

Promosi ini bermula dari 8 Jun 2012 sehingga 22 Jun 2012.

Sila hubungi Wakil Jualan anda untuk mengetahui maklumat lanjut tentang promosi ini.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bil. Nama Domain
Harga Promosi (RM)
1 .my 120
25
2 .com.my 80
25
3 .net.my 80
25
4 .org.my 80
25
5 .name.my 32
25
6 .gov.my 80Link
25
7 .mil.my 80
25
8 .edu.my 80
25

Nota: Harga Promosi



sumber : Domain Registry


Baca seterusnya...

6.03.2012

(Gambar) iPhone 5 Mula Tersebar, Umum 11 Jun Ini ?

Sunday, June 03, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Model terbaru telefon bimbit jenama Apple, iPhone5, tersebar dalam laman web 9to5Mac, sekali gus memberi sedikit gambaran kepada peminat yang menanti kehadiran model tersebut dengan skrin yang bersaiz lebih besar.

Laman web tersebut yang mempunyai rekod baik dalam mendedahkan maklumat terbaru mengenai Apple, turut menyatakan beberapa ciri khas mengenai model baru Apple itu.



Buat kali pertama, iPhone hadir dengan skrin yang lebih besar bersaiz kira-kira 3.99 inci (10 sentimeter), dijangka mampu mengatasi telefon pintar Android yang mula menghasilkan model dengan skrin bersaiz besar antara tiga hingga empat atau lima inci sejak dua tahun lalu.

Menjelang Persidangan Pembangunan Sedunia (WDC) Apple di SAN FRANCISCO pada 11 Jun ini, peminat iPhone juga berharap syarikat itu akan mengumumkan tarikh pelancaran model terbaru itu dan juga ciri-ciri yang lebih jelas mengenainya.



Laman web 9to5Mac menganggarkan model baru itu mempunyai resolusi 1136x640 dan menghasilkan skrin yang lebih jelas serta dikeluarkan dua warna, hitam dan putih, sama seperti model terdahulu.

Ia mempunyai ciri tambahan iaitu bahagian penyambungan yang lebih kecil, bermakna aksesori lama daripada kabel pengecas sehingga pembesar suara yang bersaiz besar tidak akan dihasilkan lagi, namun terdapat peralatan penyesuai bagi memastikan aksesori lama masih boleh digunakan bagi model baru ini.

Apple juga dijangka mengemaskini aplikasinya untuk disesuaikan dengan skrin tersebut.

Model terdahulu iPhone 4S dipasarkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 14 Oktober lalu dan kali ini Apple juga dijangka melancarkan model baru itu sempena musim luruh tahun ini, walaupun syarikat itu masih belum memberi sebarang bayangan sehingga kini.

Berikutan kematian pengasasnya, Steve Jobs pada tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) barunya, Tim Cook akan mengepalai persidangan WDC pada tahun ini, bagi membincangkan mengenai masa depan Apple, produk baru dan beberapa perubahan lain.

Dua minggu lalu, Apple dilaporkan mendaftar domain iPhone5.com, sekali gus mengukuhkan khabar angin yang mendakwa model seterusnya merupakan model terakhir yang diluluskan mendiang Jobs. - AGENSI (utusan.com.my)



sumber gambar : 9to5mac.com


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik