5.25.2012

Download Absinthe 2.0 iOS 5.1.1 Untethered Jailbreak

Friday, May 25, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tool untuk jailbreak iOS 5.1.1 iaitu Absinthe 2.0 sudah boleh dimuatturun (download).

Compatible devices for iOS 5.1.1 untether:

iPhone 4S
iPhone 4
iPhone 3GS
iPad (3rd Gen)
iPad 2
iPad 1
iPod touch 3G/4G
Apple TV (2nd Gen)

Download Absinthe 2.0 for Windows
Download Absinthe 2.0 for Mac



Baca seterusnya...

Kawasan parking stesen LRT Sri Petaling ditutup mulai 25-27 Mei 2012

Friday, May 25, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR - Kawasan letak kenderaan di Stesen LRT Sri Petaling di sini, akan ditutup selama tiga hari bermula esok, bagi kerja menaik taraf.

Pengarah Kumpulan Bahagian Rel Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Khairani Mohamed berkata kerja memasang dua eskalator dan dua lif itu adalah sebahagian daripada program menaik taraf laluan LRT Ampang yang bermula sejak 2010.

"Kami perlu menutup kawasan itu kerana perlu membawa masuk dua kren bagi kerja pemasangan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kawasan parkir yang terletak di sebelah barat stesen itu akan dibuka semula Isnin ini dan Prasarana memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi orang ramai berhubung perkara tersebut, katanya. - Bernama


Sri Petaling LRT stn escalator installatn works on 25-27May. During this, carpark area is closed. Customers advised to stay clear for safety - twitter MyRapidKL


Baca seterusnya...

No Plat WWW 1 Bernilai RM520K

Nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan mencipta rekod baharu apabila menerima bidaan tertinggi bernilai RM520,000.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, nilai bidaan itu jauh mengatasi rekod tahun 2010 menerusi plat MCA 1 yang dijual pada harga RM300,000.

Tambahnya, nilai bidaan keseluruhan yang diterima untuk nombor pendaftaran siri WWW adalah sebanyak RM64,225,838.51.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak RM11.3 juta berjaya dikutip iaitu 10 kali ganda daripada kutipan yang biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini. - Kosmo


p/s : No plat TAY 1 pula ketiga termahal - RM220K.



Baca seterusnya...

5.24.2012

Tablet '1Malaysia Pad' Kini Di Pasaran, Harga Serendah RM999

Thursday, May 24, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' (gambar) yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.


Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. "Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.-BERNAMA





Baca seterusnya...

(Video) Seorang Bapa Nyaris ‘bunuh’ Anak Dalam Mesin Basuh

Thursday, May 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
TRENTON (New Jersey): Pihak berkuasa berkata, kecuaian seorang bapa hampir menyebabkan tragedi apabila dia memasukkan anak lelakinya ke mesin basuh.

Dalam kejadian di bandar Camden 11 Mei lalu, insiden itu dirakam kamera litar tertutup dan menarik perhatian berjuta-juta orang apabila ia dimuat naik di YouTube dan laman sesawang lain.

Melalui rakaman itu, lelaki terbabit dilihat meletakkan anak lelakinya dalam mesin berkenaan ketika bermain sorok-sorok.

Dia kemudian menutup pintu mesin berkenaan, menyebabkan ia terkunci dan hidup secara automatik.

Ibu bapa budak terbabit kelam-kabut cuba menarik pintu mesin basuh itu ketika budak terbabit terus berpusing-pusing di dalamnya.

Mereka kemudian berlari untuk mendapatkan bantuan kakitangan kedai berkenaan.

Tindakan pantas pekerja terbabit mematikan suis mesin itu membolehkan budak berkenaan ditarik keluar dan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasangan terbabit kemudian bergegas meninggalkan premis berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, mereka cuba mengenal pasti pasangan berkenaan bagi memastikan budak itu benar-benar selamat.

Walaupun tidak menganggap insiden itu sebagai jenayah, polis merujuk kes berkenaan kepada agensi Bahagian Perkhidmatan Belia dan Keluarga. Sementara itu, pemilik kedai berkenaan berkata, tindakan lelaki terbabit benar-benar mengarut.

“Nasib baik kakitangan kami cepat bertindak dan dapat mematikan mesin itu segera, sekali gus mengelak budak berkenaan cedera atau terbunuh,” katanya.


Saksikan video tersebut dengan baca seterusnya.










Baca seterusnya...

Only in Malaysia

Thursday, May 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







sumber : the star

Baca seterusnya...

5.23.2012

Labah-Labah Senyum

Wednesday, May 23, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Labah-labah senyum ? Biar betul ? Labah-labah boleh senyum ke ? Tak percaya, lihat gambar di bawah.


Amacam ? Nampak labah-labah sedang tersenyum kan. Hehe..

Labah-labah ini dipanggil Happy Face Spider kerana bentuk tompok pada belakang badanya seperti raut muka yang sedang tersenyum. Labah-labah ini dijumpai di Pulau Hawai. Saiznya hanya beberapa milimeter dan tidak berbahaya kepada manusia.

The photographer who was delighted to capture the unusual creature on camera was Darlyne Murawski from Massachusetts, US.

She said: 'I took the picture when I was in Maui, while I was there I wanted to take the opportunity to see if I might be able to find a Happy Face Spider.

'We spent a while looking before we discovered one under a leaf in the rainforest.
'They're so tiny, they're difficult to find and you have to look at them through a magnifying glass to see the smiley face. - Daily Mail






Baca seterusnya...

Potret Artis Terkenal Dihasilkan Himpunan Orang Ramai Atas Salji ?

Wednesday, May 23, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Cuba anda perhatikan potret Marilyn Monroe di bawah. Cuba besarkan gambar untuk pemerhatian lebih mendalam dan jelas.

Jika diamati, tompok tompok hitam dalam gambar di atas adalah orang ramai yang berkumpul di kawasan salji dan membentuk lakaran potret Marilyn Monroe. Hebat bukan ? Tentu pening kepala koordinator nak susun orang ramai di tempat yang betul.

Tapi sebenarnya, menurut pelukis Craig Alan, seni potret tersebut bukan menggunakan teknik aerial fotografi tetapi ianya adalah lukisan. Craig Alan telan melukis bentuk manusia berkumpul dan menyusunnya agar membentuk wajah Marilyn Monroe. Sebenarnya bukan potret Marilyn Monroe, banyak lagi potret lain. Anda boleh saksiknnya dengan baca seterusnya.











Baca seterusnya...

Pondok Telefon Unik di Sao Paulo

Wednesday, May 23, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
SAO PAULO, Brazil - Sebanyak 100 pondok telefon awam di bandar raya ini dihiasi dengan lukisan yang menarik seperti otak manusia.

Terdapat juga pondok telefon itu yang mempunyai hiasan yang unik seperti replika kincir angin.

Hiasan lukisan itu dibiayai oleh sebuah syarikat telefon tempatan.

Beberapa penduduk turut mengambil kesempatan dengan bergambar beramai-ramai di pondok tersebut. - Agensi (Kosmo)











Baca seterusnya...

Jika Tak Mampu Beli Ferrari, Buat Macam Ni Pun Boleh

Wednesday, May 23, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika tengok dari kejauhan garaj kereta dalam gambar di bawah, nampak seperti ada sebuah kereta Ferrari 250 GTO dalam garaj tersebut. Tentu pemiliknya seorang yang kaya raya kerana mampu memiliki Ferrari 250 GTO tahun 1962.

Tapi hakikatnya pemilik garaj tersebut sebenarnya tidak mampu pun membeli sebuah kereta Ferrari. Tapi macam mana di dalam garajnya ada sebuah kereta Ferrari ?

Sebenarnya....







Ferrari tersebut cumalah satu lukisan yang dilukis di pintu garaj kereta rumah tersebut. Pemilik rumah tersebut tiada kereta Ferrari pun, tapi sebab dia minat sangat dengan kereta Ferrari, dia lukis lah sebuah di pintu garaj keretanya.

sumber ; Daily Mail


Baca seterusnya...

5.21.2012

(Video) Pembonceng Naik Motor Tanpa Penunggang ?

Monday, May 21, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pelik tapi benar. Anda saksikan sendiri video di bawah ini di mana kelihatan sebuah motor bergerak laju di sebatang jalan raya. Apa yang pelik bin ajaib adalah motor itu meluncur laju tanpa penunggang tetapi hanya ada seorang pembonceng di belakang motor tersebut yang duduk mengiring.




Pelik kan?

Mungkin anda fikir mamat pembonceng tu bela hantu. Tapi bila anda menonton video di bawah ni, ianya tak mustahil mamat dalam video di atas melakukan aksi stunt seperti dalam video di bawah ni.









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik