5.19.2012

(Video) Wanita Lumpuh Kawal Tangan Robotik Dengan Minda

Saturday, May 19, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang wanita lumpuh dari negeri Massachusetts, Cathy Hutchinson mengawal pergerakan sebuah tangan robotik dengan menggunakan mindanya.

Teknologi terbaharu itu dapat membantu memudahkan kehidupan harian Hutchinson yang lumpuh seluruh badan sejak 15 tahun lalu.

Wanita itu mengarahkan tangan robotik tersebut untuk melakukan pelbagai tugas seperti mengangkat sebotol air kopi dan meletakkan minuman itu ke dalam mulutnya.



Inovasi tersebut disiarkan jurnal Nature di Internet pada Rabu lalu.

Ia dihasilkan oleh beberapa saintis Universiti Brown, Pusat Perubatan Providence VA di Pulau Rhode, Sekolah Perubatan Harvard dan beberapa tempat lain.

Tangan robotik tersebut dikawal dengan bantuan cip sebesar sebiji pil yang ditanam ke dalam otak manusia.

Ia menerima input aktiviti elektrik sel otak apabila individu berkenaan berimaginasi dia sedang menggerakkan tangannya.

Cip berkenaan kemudian menghantar isyarat tersebut ke sebuah komputer yang kemudian menggerakkan tangan robotik itu. - Agensi (Kosmo)



Saksikan video Cathy Hutchinson mengawal tangan robotik menggunakan minda dengan baca seterusnya.






Baca seterusnya...

Cara Mudah Buat Roti Bakar di Pejabat

Saturday, May 19, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pagi-pagi berada di pejabat berhawa dingin memang buatkan perut kita cepat lapar. Kalau dapat pekena roti bakar panas-panas dikala kesejukkan memang syok. Tapi masalahnya malas nak berjalan ke pantri dan bakar roti, itupun kalau pantri ada pembakar roti (toaster).

Tapi sebenarnya ada cara mudah untuk anda bakar roti tanpa menggunakan toaster di pantri. Bakar roti atas meja anda pun boleh sambil menjalankan kerja-kerja ofis menggunakan laptop. Bagaimana caranya ?

Lihat gambar di bawah.


Amacam ? ok tak idea bakar roti guna adapter laptop. Tentu sedap rasanya kan tapi dari segi tahap radiasi tu tak tau aa.haha...



Baca seterusnya...

5.18.2012

Jailbreak iOS 5.1.1 iPad 2 dan iPad 3 Dah Ada ?

Friday, May 18, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Artikel terbaru dari laman redmondpie.com menyatakan Jailbreak keatas iOS 5.1.1 iPad 2 dan iPad 3 sudah berjaya dan tool jailbreak tersebut akan dikeluarkan (release) kepada umum tidak lama lagi. Ini satu berita yang aku tunggu-tunggu ni. :D




The news of Pod2g’s progress regarding an untethered iOS 5.1.x untethered jailbreak earlier this week made for exciting reading, and via a blog post, he revealed which devices will be compatible once released. And now, pod2g has confirmed via tweet on Twitter, that the iPhone 3GS and the third-gen iPod touch have been tested as working along with the iPhone 4 and iPhone 4S, whilst each iPad iteration will also be supported. Although the iPad 2′s jailbreak currently only covers the Wi-Fi model, both the Wi-Fi an CDMA versions of the recently released new iPad will see the untethered jailbreak!



For the sake of clarification, here’s a definitive list of the story so far:

Supported

  • iPhone 4/4S
  • iPad 1
  • iPad 2 (Wi-Fi only)
  • iPad 3 (Wi-Fi/CDMA)
  • iPod touch 3G/4G
Being worked on, and will likely be supported
  • iPhone 3GS
  • iPad 2 (GSM/CDMA/Wi-Fi R2)
  • iPad 3 Global
  • Apple TV 2nd Gen
Unsupported
Apple TV 3rd Gen


It will be a couple of weeks before a jailbreak tool is fully developed and released to the public, but with the impressive progress already made, it wouldn’t be too much of a surprise to see many more devices added before the release. In fairness, the iPad 2/new iPad and the iPhone 4/4S are the "main" devices, thus it appears the priority has been ensuring they are jailbreakable, but a more universal break will certainly be more than welcome.- sumber : redmondpie.com


Update

Jailbreak iOS 5.1.1






Baca seterusnya...

Only in Malaysia

Friday, May 18, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:









sumber gambar : the star

Baca seterusnya...

Cerita Sebenar Disebalik "Inspira vs Lancer..... very bad ending"

Friday, May 18, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Rasanya tentu ramai yang dah membaca cerita "Inspira vs Lancer..... very bad ending" yang tersebar di laman sosial dan blog. Lanjutan daripada cerita tersebut, ramai yang memberi komen berdasarkan cerita tersebut. Tapi tahukah anda cerita sebenarnya benarnya tentang kejadian kemalangan tersebut?

Mari kita baca luahan hati dari seorang kawan arwah Kimie Rabudzi (pemandu Lancer yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut)

Fake About Kimie Rabudzi

As salam semua..

Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad ending" secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)


Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul...




Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..

Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..

Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni...


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu... Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam...

Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....

Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka"..

Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...

Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.

Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..

Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..

Jika anda lebih prihatin, sila share dan LIKE entry ini supaya fakta yang sebenar tersebar... Jutaan terima kasih dari saya dan rakan-rakan di Alumni Bainun81.. - sumber tentangaznee.blogspot.com


Baca seterusnya...

Kepada Broker Hartanah Wanita, Hati-Hati

Friday, May 18, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekarang ni macam-macam jenayah yang berlaku di sekeliling kita. Rompak, ragut, cabul, rogol, culik. Bila kita dengar si polan tu kena rompak, tentu kita fikir kenapa si polan tu tak berhati-hati, kenapa cuai sangat. Tapi bila kita baca cerita sebenarnya, kejadian jenayah tersebut boleh berlaku kepada sesiapapun. Malah dalam kita berhati-hati pun boleh terkena juga.

Kes terbaru, seorang broker hartanah wanita dibogel, dicabul dan dirompak oleh pasangan suami isteri yang pada mulanya mahu membeli hartanah dari broker tersebut. Siapa sangkakan pasangan suami isteri pun boleh berkerjasama melakukan jenayah.


KUALA LUMPUR: Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang broker hartanah turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini, petang Khamis lalu ketika mengendalikan urusan jual beli hartanah berkenaan.

Difahamkan, wanita berusia 34 tahun itu dihubungi sepasang suami isteri dipercayai warga tempatan melalui laman web hartanah menyatakan minat untuk melihat dan membeli unit kondominium berkenaan sebelum mengadakan janji temu pada petang hari kejadian.
Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kondominium itu, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul, seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik di unit kondominium itu.


Mangsa hanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu oleh Polis Bantuan yang menjalankan rondaan rutin di kawasan kondominium selepas dimaklumkan penduduk yang terdengar tangisan dan jeritan wanita berkenaan meminta pertolongan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian, berkata polis terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dengan kedua-dua tangannya diikat, selain mengalami beberapa kecederaan dipercayai dipukul.

“Mangsa juga broker hartanah dari Kepong, dihubungi suspek atas alasan mahu melihat rekaan dalaman unit kondominium itu. Bagaimanapun, suspek bertindak agresif sebaik memasuki kondominium dengan memukul mangsa, seterusnya mencabul sebelum mengikat dan mengurung wanita itu.

“Hasil siasatan mendapati suspek turut menyamun barangan berharga milik mangsa, termasuk telefon bimbit dan beg duit, selain melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios milik wanita itu,” katanya.
Ku berkata, polis sedang menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek berdasarkan kesan cap jari, selain mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu. - Berita Harian

Apa yang boleh diambil iktibar, broker-broker hartanah terutamanya wanita kena bawa pembantu atau kawan jika ada prospek nak beli hartanah.


Baca seterusnya...

(Video) Istanbul Aku Datang

Friday, May 18, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Filem Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani, Beto Kusyairy dan Tomok. Aizat Amdan pun ada. Jika anda menonton trailer Istanbul Aku Datang di bawah ini tentu anda tidak sabar nak menontonnya. Macam bestnyer.. :D
Tidak pasti pula bila tarikh tayangannya di pawagam berdekatan anda.







Sedikit sinopsis filem Istanbul Aku Datang.

Istanbul Aku Datang mengisahkan pelajar kolej, Lisa yang mahu membuktikan dia mampu menjadi isteri baik kepada tunangnya. Ia termasuk sanggup terbang ke Istanbul untuk bertemu tunangnya yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di sana.

Dalam pengembaraannya di Istanbul, Lisa dapati bukan mudah mencari cinta sejati hinggalah dia bertemu dan jatuh hati dengan seorang artis yang menetap di sana.





Baca seterusnya...

5.17.2012

(Video) Ferrari Langgar Teksi di Singapura

Pada pagi sabtu lepas telah berlaku satu kemalangan amat dasyat dimana sebuah Ferrari 599 GTO telah merempuh dengan kuat sebuah teksi. Kemalangan tersebut berlaku di persimpangan antara Rochor Road dan Victoria Street di Singapura.


Satu video rakaman dari dalam kereta saksi menunjukkan dimana Ferrari 599 GTO yang dipandu laju telah melanggar lampu isyarat berhenti dan seterusnya merempuh sebuah teksi yang berada di hadapan kereta saksi.

Akibat rempuhan tersebut, 3 orang maut di tempat kejadian - pemandu Ferrari , pemandu teksi dan juga seorang penumpang teksi.

Kemalangan ini juga telah menimbulkan kontroversi dan perkauman kerana pemandu Ferrari tersebut adalah warga pendatang dari China yang bekerja di Singapura.

Saksikan video dan gambar kemalangan Ferrari 599 GTO merempuh teksi di Singapura dengan baca seterusnya.













Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Sesal Mendua – Klangit

Video Lagu Sesal Mendua – Klangit





Lirik Lagu Sesal Mendua – Klangit

Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu


Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

sumber : liriklagu.me


Baca seterusnya...

Lawak Nok Ujang

Thursday, May 17, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.

One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..

” Amer.. nok ujang..”

“Nanti la jap.. aku baru jer nak baca..” jawab lembut jer Amer.

“Ameer.. nok ujang tu” Abu tak putus asa.

” Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!” panas sikit Amer.

“Amer ! Nok ujang !! ” Suara Abu sedikit keras.




.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Keka
“Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??”

Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.

“Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh..” kecut jer Abu jawab..

Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali. - sumber : lawak2u.wordpress.com


Baca seterusnya...

5.16.2012

(Gambar) Toyota Wish 2012

Wednesday, May 16, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Antara model facelift MPV dari Toyota yang ditunggu-tunggu adalah Toyota Wish. Sehingga sekarang Toyota Wish masih mendapat tempat peminat MPV di Malaysia. Kini untuk tahun 2012, facelift Toyota Wish sudah dilancarkan di Jepun.

Difahamkan model Toyota Wish 2012 ini masih menawarkan enjin 1.8 dan 2.0 . Toyota Wish 1.8 menawarkan 7 tempat duduk manakala 2.0 menawarkan 6 tempat duduk.

Mantap ke ? Elegan ke? Tepuk dada tanya selera.


Lagi gambar Toyota Wish 2012 dengan baca seterusnya.













sumber : paultan.org

Baca seterusnya...

5.15.2012

(Video) Budak Terjatuh Dari Kereta Yang Bergerak

Tuesday, May 15, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dalam Buletin Utama 2 hari lepas kut, dipaparkan satu video menunjukkan seorang budak tiba-tiba terjatuh dari kereta yang dipandu dipercayai oleh bapanya. Kejadian tersebut berlaku di satu simpang berlampu isyarat. Apa yang menariknya, bapa yang sedang memandu kereta tersebut segera melompat keluar dari kereta yang sedang dipandunya itu untuk menyelamatkan anaknya yang jatuh terbaring di tengah jalan.

Budak tersebut berjaya diselamatkan tanpa ada kenderaan lain yang melanggarnya manakal kereta si bapa tadi terbabas melanggar tiang.






Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik