5.05.2012

Samsung Galaxy S3 vs HTC One vs Galaxy Note vs Nexus vs Galaxy S2

Samsung Galaxy S3 (SIII) akhirnya dilancarkan jua setelah ura-ura sebelum ni katanya bulan April 2012. Bagi peminat Galaxy S3, kena bersabar sedikit kerana Samsung Galaxy S3 belum lagi dijual di Malaysia. Harga Samsung Galaxy S3 di Malaysia masih tidak diketahui. Mungkin sekitar RM2K++ , atau mungkin lebih murah dengan pakej dari Telco tempatan.

Tentu ramai yang ingin tahu perbandingan Samsung Galaxy S3 dengan model-model smartphone yang lain. Di bawah ini perbandingan Samsung Galaxy S3 vs HTC One vs Galaxy Note vs Nexus vs Galaxy S2. Klik gambar tuk tumbesaran yang sihat.


sumber gambar : soyacincau.com
Baca seterusnya...

5.03.2012

Nayati Shamelin Ditemui Setelah Wang Tebusan Dibayar

Thursday, May 03, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi Khamis.

Nayati ditemui di Rawang pada pukul 7.30 pagi Khamis.

Penculik Nayati Shamelin Moodliar menyediakan telefon bimbit untuk membuat panggilan kepada ibu bapanya setelah dia dibebaskan di kawasan rehat Sungai Buloh.

Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohmad Salleh berkata keluarganya telah membayar jumlah wang yang tidak didedahkan kepada penculik di Cheras pada Rabu.

"Permintaan wang tebusan dibuat pada hari yang sama budak lelaki itu diculik. Dia dibebaskan pagi ini.

"Satu pasukan petugas khas sedang menyiasat penculikan dan mereka yang mempunyai maklumat perlu menghubungi kami," katanya.




Nayati, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya. Mohmad berkata wang tebusan telah dibayar kepada sekumpulan penculik pada tengah hari semalam di Cheras sebelum keluarga Nayati menerima panggilan daripada satu nombor telefon bimbit untuk mengambil anak mereka di Sungai Buloh, hari ini. 

sumber : mStar Online


Baca seterusnya...

Bob Kuman Meninggal Dunia, Al-Fatihah

Thursday, May 03, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara, di sini.

Kematian pelawak berusia 41 tahun itu disahkan sendiri oleh isterinya yang berada di sini ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Presiden Seniman, Harun Salim Bachik ketika dihubungi mStar Online mengesahkan berita tersebut.

Marilah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah tuk arwah.Moga roh arwah dicucuri rahmat.

sumber berita : mStar Online
sumber gambar : rotikaya.com

Baca seterusnya...

Kemalangan Yang Pelik


sumber : The Star

Baca seterusnya...

5.02.2012

Only In Malaysia

Wednesday, May 02, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







sumber gambar : The Star

Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Begini Caranya - Yana Shaheizy Sam

Wednesday, May 02, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Begini Caranya - Yana Shaheizy Sam


Lirik Lagu Begini Caranya - Yana Shaheizy Sam

(L)
Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu
(P)
Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata
(L)
Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu
(P)
Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta
Chorus
(L)
Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang

(P)
Yang Ku Tahu
Kucuba Yang Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan
(L)
Begini Caranya Bagi Diriku
(P)
Caranya Bagi Diriku



a

Baca seterusnya...

4.30.2012

Modus Operandi Mat Skodeng

Monday, April 30, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:



Baca seterusnya...

Didier Montalvo Digelar Budak Penyu

Seorang budak lelaki berusia 6 tahun menghidap penyakit ganjil dimana ketumbuhan seperti tahi lalat itu membesar di belakang badannya sehingga nampak seperti badannya mempunyai cekerang penyu. Kerana penyakit itu, Didier Montalvo dari Colombia itu digelar "budak penyu".

Bagaimanapun, dai mungkin tidak akan digelar budak penyu lagi kerana sekumpulan pakar bedah telah berjaya membuang "cengkerang penyu" tersebut melalui beberapa tahap pembedahan. Dalam istilah perubatan, penyakit Montalvo ini dinamakan Congenital Melanocytic Nevus. Punya penyakit ini belum diketahui tetapi kemungkinan ia disebabkan mutasi gen pada kulit janin.





BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam. Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu - dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus - dan berpotensi membahayakan dirinya.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan.
Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.

Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana.

Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan.
Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya.

Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit.
Disebabkan tahi lalat itu terlalu besar, doktor terpaksa menjalankan siri pembedahan yang merangkumi beberapa tahap.

Kata Bulstrode, kejadian menimpa Montalvo adalah kes paling serius pernah dihadapinya.

“Kira-kira tiga per empat badan budak itu terjejas akibat tanda lahir berkenaan,” katanya. Untuk membolehkan Montalvo membesar seperti kanak-kanak biasa, kata Bulstrode, budak itu perlu melalui sejumlah pembedahan menyakitkan.

“Tapi kami berpendapat, ia memang berbaloi,” katanya. Setakat ini, pakar perubatan belum mengetahui dengan jelas bagaimana tanda lahir seumpama itu boleh berlaku, tetapi ia mungkin membabitkan perubahan sel kulit pada janin akibat mutasi gen. - DM (Harian Metro)

Baca seterusnya...

The Hulk (The Avengers) Berada di Malaysia ??

Monday, April 30, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Siapa yang dah menonton The Avengers tentu ketawa dengan aksi spontan The Hulk. The Hulk dalam The Avengers juga mempamerkan aksi seperti Spiderman iaitu memanjat dinding bangunan.

Aku rasa idea pengarah filem menjadikan The Hulk pandai memanjat dinding datang dari gambar di bawah kut.

Nampak gambar seperti The Hulk sedang membawa pengadun kuih (mixer). Ohh.. The Hulk rupanya takut bini..haha..
sumber gambar : The Star
Baca seterusnya...

4.29.2012

Video Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Video Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay


Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik