4.14.2012

(Gambar) iPad Mini (iPad 7.85 inch)

Saturday, April 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Ada rumours mengatakan Apple bakal mengeluarkan iPad mini iaitu iPad bersaiz 7.85 inch. Dikatakan lagi, pengeluaran iPad mini oleh Apple bagi menyaingi tablet 7 inch dari Samsung iaitu Galaxy Tab 7 .

Menurut rumour itu lagi, iPad mini akan mengunakan chassis sama seperti iPad 2. Bermakna, iPad mini akan dikuasakan chip dual-core dan paparan 1024×768.

Jika betul Apple nak lawan Samsung, tentulah harga iPad mini nanti termurah di pasaran.

Bagaimanapun, tidak pasti sejauh mana kesahihah cerita iPad mini ini tetapi agak-agaknya bagaimana rupa iPad mini jika Apple benar-benar mengeluarkannya. Adakah seperti gambar di bawah ?






Baca seterusnya...

Gambar Proton Preve Exterior dan Interior (14 Foto)

Saturday, April 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Lagi gambar exterior dan interior Proton Preve. Kali ini gambar Proton Preve untuk colour Fire Red. Proton Preve Solid White boleh dilihat di sini.

Gambar Proton Preve Fire Red ini adalah versi test drive. Brochure Proton Preve boleh dilihat di sini.

















sumber gambar : forum.autoworld.com.my

Baca seterusnya...

Brochure Proton Preve Tersebar !

Saturday, April 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Akhirnya Brochure Proton Preve mula tersebar. Dengan tarikh pelancaran Proton Preve 16 April semakin dekat, kini semakin banyak info dan gambar Proton Preve tersebar di internet. Mari kita saksikan beberapa keping gambar brochure Proton Preve.












sumber : forum.autoworld.com.my

Baca seterusnya...

Suami Curi Cap Jari Isteri Ketika Tidur Untuk Berkahwin Dua

Saturday, April 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
BESUT – Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.

Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.

‘Perang besar’ tercetus antara pasangan dari sebuah kampung dekat Kampung Tembila, kira-kira 11.59 malam Isnin lalu, apabila suaminya memberitahu telah berkahwin dengan seorang wanita di selatan Thailand, Februari lepas.

Difahamkan, selepas didesak isteri pertamanya, lelaki itu memberitahu, dia sudah mendapatkan persetujuan isterinya itu bagi pengesahan pernikahan apabila si isteri menurunkan cap ibu jarinya pada satu borang khas.


Isterinya berang kerana tidak pernah berbuat demikian lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya mencuri cap jarinya ketika tidur tanpa kerelaannya, pada keesokan hari.

Dikatakan, tujuan suaminya mencuri cap jari itu adalah bagi pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya yang dilakukan di negara jiran.

Wanita itu pula langsung tidak sedar kejadian tersebut, malah tidak perasan sama ada terdapat kesan pewarna hitam pada ibu jarinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu Selasa lalu, yang dibuat di Balai Polis Jertih.

Kata beliau, tujuan wanita itu membuat laporan polis adalah bagi memanjangkan kes ini ke pejabat agama daerah atau mahkamah rendah syariah.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah memberitahu, dalam masa terdekat ini pihaknya belum lagi menerima aduan mengenai kes itu. - Sinar Harian 14 April 2012



Baca seterusnya...

4.13.2012

Proton Preve Dilancarkan 16hb April Isnin Depan ?

Friday, April 13, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Betul ke Proton Preve bakal dilancarkan pada 16hb April 2012 iaitu isnin depan ? Menurut sumber-sumber dari forum lowyat, Proton Preve akan dilancarkan isnin ini di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC) Mines Resort City, Seri Kembangan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Majlis perlancaran Proton Preve bakal bermula jam 8 malam.

Ketika ini model-model Proton Preve sudah dihantar ke showroom-showroom Proton di seluruh negara. Di bawah ini dua keping gambar Proton Preve warna putih. Mantap sehhh... Harga Proton Preve boleh dilihat di sini.







sumber : forum lowyat



Baca seterusnya...

(Gambar) Fenomena Halo di Alor Star, Hati-Hati Bila Memandangnya

Apa itu fenomena Halo ? Satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Maknanya fenomena ni boleh berlaku di waktu siang atau malam. Fenomena Halo merupakan fenomena semula jadi.

Difahamkan, tengah hari semalam berlaku fenomena Halo di Alor Star, Kedah. Bagi mereka yang berada di kawasan yang terlibat dengan fenomenan halo ni, dinasihatkan berhati-hati apabila memandangnya. Anda perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.

Anda juga diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR).







ALOR SETAR: Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Keadaan yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama hari ini, keadaan itu adalah satu fenomena semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 - 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu berkata dalam amalan pemerhatian cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut petir dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Menurut kenyataan itu, lapisan awan cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi kadang-kadang matahari atau bulan juga boleh kelihatan sebagai bayangan malap melalui lapisan awan yang tebal.

Apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari kerana ia sangat berbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-lens reflex (SLR). - BERNAMA


Baca seterusnya...

4.12.2012

KFC Buat Promosi Diskaun 50%

Thursday, April 12, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Nampaknya KFC betul-betul mahu menarik kembali kepercayaan rakyat Malaysia dengan mengadakan pelbagai promosi menarik. Salah satu promosi dari KFC adalah diskaun 50% untuk hidangan Dinner Plate A La Carte dengan setiap pembelian satu Dinner Plate Combo.



KFC juga turut mengadakan peraduan yang menarik. check it out !

p/s : lapar lah plak bila tengok gambar KFC di atas. huhu..
Baca seterusnya...

Gambar, Harga, Spesifikasi Proton Preve

Thursday, April 12, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Ramai yang tak sabar-sabar menunggu perlancaran Proton Preve (Prae-vae). Entah bila agaknya Proton Preve akan dilancarkan. Gambar, harga, spesifikasi Proton Preve sudah makin banyak tersebar. Malah video iklan Proton Preve juga sudah mula tersebar. Tapi Proton Preve masih tak dilancarkan juga. Mungkin ini strategi pemasaran dari Proton kut.

Lagi gambar Proton Preve, harga dan ciri-ciri menarik dengan baca seterusnya.













sumber gambar : saluran07.blogspot.com (thanks)

Baca seterusnya...

4.11.2012

(Video) Gempa Bumi di Acheh 11 April 2012

Wednesday, April 11, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu.

Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.

Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.

Beberapa komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnahkan sebahagian besar Aceh. - mStar Online


Saksikan video laporan susulan kejadian gempa bumi di Acheh dari wartawan Al-Jazeera.







Banda Aceh - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, berukuran 8.7 pada skala Richter, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.48 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Laporan Irish Times memetik agensi pengurusan bencana Indonesia berkata, bekalan elektrik terputus dan orang ramai mula berkumpul di kawasan tinggi berikutan isyarat amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Bekalan elektrik sudah terputus. Lalu lintas pula sesak kerana orang ramai mahu menyelamatkan diri dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang tinggi," kata jurucakap agensi itu, Sutopo.

Amaran tsunami juga dikeluarkan di kebanyakan negara di rantau Lautan Hindi.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberitahu bahawa pihaknya tidak pasti sama ada gegaran telah mengakibatkan tsunami tetapi telah pihaknya telah menasihatkan pihak berkuasa agar "mengambil langkah-langkah yang sewajarnya." -SH












Baca seterusnya...

(Gambar) Pejabat Warren Buffett - Manusia ke-3 Terkaya di Dunia 2011

Wednesday, April 11, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Pertama sekali, siapa Warren Buffett ni? Bagi mereka yang terlibat dalam dunia bisnes, nama Warren Buffet memang tidak asing lagi.

Warren Buffet merupakan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Digelar "legendary investor". Pada tahun 2008, beliau dinobatkan lelaki terkaya di dunia, dan pada tahun 2011 beliau menjadi lelaki ketiga terkaya di dunia.

Dengan menjadi antara lelaki terkaya di dunia, anda agak bagaimana keadaan bilik pejabat seorang lelaki bernama Warren Buffet ni. Mempunyai sebuah bilik pejabat yang canggih ? Penuh dengan gajet terkini dan fasiliti moden ?

Kalau nak tahu keadaan bilik pejabat Warren Buffet, lihat gambar dibawah.




Amacam ? Simple jer kan... bilik pejabat orang ketiga terkaya di dunia tu...


sumber gambar : pakdi.my (thanks)


Baca seterusnya...

(Gambar) Man Kuchai Penjenayah Berbahaya

KUALA LUMPUR - Man Kuchai, penjenayah yang meloloskan diri dari lokap Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Jumaat lalu adalah individu berbahaya kerana dia dipercayai memiliki pistol dan bersikap agresif apabila terdesak.

Suspek yang merupakan ketua kumpulan penjenayah sempena nama gelarannya Man Kuchai itu didapati banyak terlibat dalam kegiatan samun bersenjata dan rompakan premis perniagaan 24 jam di sekitar ibu negara.

Modus operandi penjenayah Man Kuchai adalah menyamar sebagai pegawai polis atau melanggar belakang kereta mangsa sebelum menyamun mangsanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, Man Kuchai atau nama sebenarnya Mohd. Redzuan Abd. Rahman, 33, dianggap penjenayah berbahaya kerana dia merupakan seorang yang agresif dan sanggup mencederakan mangsa ketika melakukan samun.

"Pada 6 April lalu, Man Kuchai sepatutnya dibicarakan bagi empat kesalahan jenayah melibatkan kes samun dan menyamar sebagai penjawat awam di Cheras, Brickfields dan Dang Wangi.

"Man Kuchai semasa itu dibawa dari Penjara Sungai Buloh bersama 45 tahanan lain ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta namun dia berjaya melarikan diri sebelum dibicarakan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Akhbar pada Sabtu lalu melaporkan, suspek itu melarikan diri dari kompleks mahkamah selepas berjaya mengeluarkan tangan daripada gari semasa menyimpan barang dalam loker di lokap mahkamah. - Kosmo 11 April 2012





KUALA LUMPUR 10 April - Suspek lelaki yang meloloskan diri dari lokap tahanan sementara Kompleks Mahkamah Jalan Duta sejak Jumaat lalu pasti tidak dapat tidur lena kerana polis kini meningkatkan usaha untuk memburunya.

Operasi besar-besaran kini dilakukan polis bagi mengesan dan menangkap Mohd. Rezuan Abd. Rahman, 32, pemegang kad pengenalan bernombor 801213-05-5591 dan beralamat terakhir di Nombor 2-07-7, Jalan 7/116B, Kuchai Enterpreneurs Park, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, suspek merupakan ketua kumpulan 'Man Kuchai', amat dikehendaki kerana dia seorang yang ganas dan mampu mencederakan orang awam ketika melakukan jenayah.

Berdasarkan rekod polis, kata beliau, suspek sepatutnya dibicarakan atas empat kesalahan jenayah yang melibatkan kes rompakan. - Utusan Online



Baca seterusnya...

4.10.2012

(Video) Cara Mudah Kupas Ubi Kentang Tanpa Pisau

Tuesday, April 10, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Mengupas kulit ubi kentang adalah perkara remeh dan leceh. Silap haribulan jari boleh terluka terkena pisau. Tapi jangan risau, di Youtube tersebar satu video bagaimana mengupas ubi kentang dengan mudah tanpa menggunakan pisau. Hanya menggunaka air sahaja.



Satu bekas air panas dan satu bekas ais.


Lepas tu guna kedua-dua belah tangan untuk menanggalkan kulit ubi kentang tersebut.

Untuk dapatkan gambar lebih jelas, sila tonton video di bawah dengan baca seterunsya.









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik