4.03.2012

Pengguna Broadband SKMM, Celcom Beri Amaran

Tuesday, April 03, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kami ingin memaklumkan kepada pelanggan untuk berhati-hati dan tidak memberi sebarang respon terhadap Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia yang ditawarkan melalui internet tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Kami juga ingin memaklumkan Pek jalur lebar yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pakej istimewa SKMM Komputer 1Malaysia dan hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih sahaja.

Dengan ini, kami ingin memaklumkan kepada pelanggan kami bahawa Celcom berhak untuk menamatkan perkhidmatan langganan Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia terhadap mana-mana pelanggan yang membeli tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Celcom tidak akan bertanggung jawab bagi sebarang kerugian yang ditanggung akibat dari pembelian pek permulaan / atau penamatan langganan pek yang dibeli. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda dalam perkara ini.

sumber : celcom.com.my

Baca seterusnya...

4.02.2012

Tangkap Nyamuk Dapat Duit

Monday, April 02, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Cuba anda semua teka apa kandungan dalam 2 plastik beg dalam gambar di atas ? Kenapa diorang nampak happy ?

Percaya tak kandungan dalam beg plastik tersebut adalah nyamuk dan dianggarkan kira-kira 4 juta lebih nyamuk di dalam beg plastik tersebut. Percayalah.

Wanita Taiwan di atas bernama Huang Yu-Yen. Dia merupakan pemenang utama di antara 72 peserta dalam pertandingan menangkap nyamuk. Dengan kemenangannya itu, dia memperoleh wang tunai sebanyak US3,000 dan kemungkinan namanya bakal dicatat sebagai penangkap nyamuk paling banyak dalam Guinness World Records.

sumber : treehugger.com

Baca seterusnya...

4.01.2012

Proton Preve App Dari AppShopper

Sunday, April 01, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Beberapa hari lepas laman AppShopper.com telah mengeluarkan satu aplikasi Proton Preve. Aplikasi Proton Preve tersebut hanya untuk pengguna iOS (iPhone & iPad) di mana ia memaparkan model Proton Preve dalam bentuk 3D. Ini bermakna dengan aplikasi tersebut anda dapat melihat dengan lebih detail lagi Proton Preve.







Bagaimanapun, tidak lama selepas itu aplikasi Proton Preve ditarik semula dari laman AppShopper. Kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ada kemungkinan berlaku kesilapan.



sumber : paultan.org

Baca seterusnya...

(Gambar) Proton Preve Dalam Pelbagai Warna

Sunday, April 01, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Gambar Proton Preve sebelum ini terpaksa dibuang dari blog ini atas sebab-sebab tertentu. Difahamkan gambar Proton Preve tersebut telah dibocorkan dan kemudian tersebar di internet. Namun, dunia internet sangat pantas dan tanpa sempadan, hari ini gambar tersebut dibuang , beberapa minit selepas itu blog lain pula siarkan. Amat sukar untuk mengekang kepatasan teknologi sekarang.

Lagi gambar Proton Preve pelbagai warna tersebar lagi. Kali ini lebih jelas. Sekali pandang, Proton Preve ada iras-iras Honda City dan Naza Forte.



Lagi gambar Proton Preve dengan baca seterusnya.












Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik