3.29.2012

(Gambar) Chinoz KLCC Terbakar

Suria KLCC terbakar ?? Petang tadi dunia twitter dipanaskan dengan berita Suria KLCC terbakar. Setelah diselidiki, rupanya bukan Suria KLCC yang terbakar tapi restoran Chinoz, KLCC yang terbakar. Kebakaran dipercayai dari bahagian dapur restoran Chinoz, disyaki daripada kebocoran gas.

Difahamkan, tiada kecederaan terhadap pengunjung KLCC dan api berjaya dipadamkan.

Saksikan gambar Chinoz KLCC terbakar yang disebarkan melalui twitter.



kredit pic : ohbulan.com



KUALA LUMPUR: Beratus-ratus orang telah dipindahkan dari KLCC akibat daripada kebakaran kecil di sebuah restoran di dalam bangunan itu.

Beberapa orang melihat asap keluar dari restoran dan memanggil pihak keselamatan pusat beli-belah, kata seorang jurucakap bagi pengurusan KLCC.

Pembeli dan pekerja pejabat adalah antara yang pertama yang dipindahkan diikuti oleh peruncit yang menutup cawangan mereka.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Azizan Ismail mengesahkan kejadian dan berkata api telah dipadamkan dan tiada mangsa dan kecederaan dilaporkan. - mStar Online



KUALA LUMPUR: Sebuah restoran di tingkat empat pusat beli belah KLCC di sini terbakar pada 5.20 petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata semua jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita masih menunggu laporan pegawai di tempat kejadian," katanya kepada Bernama.

KLCC adalah antara destinasi pelancongan utama di negara ini. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Kebakaran kecil berlaku di sebuah restoran di aras bawah Suria KLCC petang tadi, menyebabkan orang ramai dan peniaga gempar apabila diminta segera keluar meninggalkan pusat membeli belah itu.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, sistem saluran asap di bahagian dapur premis berkenaan terbakar menyebabkan asap tebal di bumbung Suria KLCC hingga boleh dilihat dari jauh.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal selepas kira-kira 20 minit.

Petugas keselamatan KLCC mengambil masa 15 minit mengeluarkan orang ramai dari pusat membeli belah itu sebelum ia ditutup untuk kerja pemadaman api dan pemeriksaan keselamatan. - Berita Harian


Gambar Chinoz On The Park, Ground Level KLCC





p/s : Teringat plak kes letupan di Empire Shopping Gallery Subang Jaya tahun lepas.

Baca seterusnya...

15 Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak

Thursday, March 29, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
1. Kesilapan pertama: Kurang BerdoaKurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.


4. Kesilapan keempat: Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)


sumber : facebook sharing





Baca seterusnya...

Awas! Hati-Hati Dengan Mekanik Jalanan

Thursday, March 29, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Perhatian kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia terutamanya pemandu sekitar Lembah Klang. Berhati-hati apabila ketika anda memandu, anda disapa oleh penunggan motor. Ikuti cerita pengalaman seorang pemandu yang ditipu oleh mekanik jalanan.


Pada hari jumaat yang lepas (23/3/12), ketika saya pulang dari pejabat di PJ menuju ke KL, sedang melalui jalan tun razak di hadapan bangunan RHB, tiba2 ada seorang penunggang motor melintas kereta saya dan memberi isyarat bahawa salah satu tayar kereta saya mengalami masalah. Dengan cemas, saya memberhentikan kereta di tepi jalan dengan segera. Apabila saya keluar dari kereta untuk melihat tayar tersebut, didapati ianya berasap dan dalam keadaan basah. Penunggang motor tu turut berhenti untuk melihat, dan bajunya tertulis ‘SUBANG TAYAR’, mungkin sekali pandang sudah nampak seolah2 dia seorang mekanik. Tidak sampai lima saat memandang, mekanik itu mendakwa minyak brek tayar sudah bocor. Mekanik tu menyuruh saya cuba memusing stereng kereta ke arah kiri sehabis mungkin dan tak lama kemudian, dia menyuruh saya menekan brek. Apabila menekan brek, saya mendapati memang benar brek tayar memang sudah tak berfungsi.

Penunggang motor tersebut terus memberi tawaran untuk cuba memeriksa punca kebocoran tersebut. Saya cuba untuk berdalih untuk membawa kereta ke bengkel berdekatan dengan rumah, namun penunggang motor tersebut kata ianya adalah sangat berbahaya. Penunggang tersebut menyuruh saya memandu kereta ke dalam lorong sedikit untuk memastikan keaadan adalah selamat untuk dibuat pemeriksaan. Ternyata ketika memandu, kereta sudah tak punya brek.


Apabila sudah diletakkan kereta ke kawasan yang selamat, mekanik tersebut terus membuka tayar. Beberapa saat kemudian, mekanik tersebut mendakwa satu set rod tayar perlu ditukar dan kos penukaran tu adalah dalam RM250 tidak termasuk caj upah. Saya sekali lagi menolak dan memberi alasan tidak punya banyak wang. Mekanik itu kemudian membuat sedikit pemeriksaan dan terus berkata kerosakan hanyalah berpunca dari salur minyak yang tak ketat. Setelah memasang kembali tayar, mekanik tersebut terus menawarkan untuk membeli minyak brek bagi menggantikan minyak yang telah bocor. Selepas lima minit pergi ke kedai entah di mana, mekanik tersebut kembali membawa satu botol minyak brek. Mekanik tersebut menyuruh saya membuka bonet, dan menyuruh saya menekan brek sambil dia menuangkan minyak brek ke dalam bonet.

Selepas segalanya selesai, mekanik tersebut membuat tuntutan sebanyak RM110! iaitu RM35 untuk minyak brek dan RM75 untuk caj upah. Setelah melakukan sedikit rundingan, akhirnya saya hanya membayar RM70. Mekanik tersebut tampak tak berpuas hati dan akhirnya berlalu pergi…

————–

MODUS OPERANDI PENIPUAN

Modus operandi mekanik ini sangat2 licik mempergunakan orang awam yang tidak punya pengetahuan dalam menghadapi dan mengenalpasti kerosakan kereta.

1. Amat pelik kejadian berlaku dengan segera disedari oleh seorang mekanik. Kemungkinan besar mekanik tersebut telah mencampakkan asid ke arah tayar kereta tanpa disedari pemandu menjadikan tayar kereta menjadi berasap dan berair, sekaligus menyebabkan pemandu menjadi panik dan menyangka memang benar minyak brek telah bocor

2. Apabila mekanik tersebut menyuruh pemandu memusingkan tayar ke arah kiri sehabis mungkin, mekanik tersebut kemungkinan telah melonggarkan salur brek. Inilah punca sebenarnya brek tidak berfungsi langsung selepas tu

3. Mekanik tersebut sengaja menyuruh pemandu memandu kereta ke dalam lorong berdekatan, bagi memastikan pemandu telah menguji kereta yang dibawa dan menyedari memang benar brek sudah tidak berfungsi.

4. Tak pasti apakah memang benar tayar perlu dibuka untuk memeriksa brek tayar. Tetapi ianya seolah2 untuk membuktikan yang mekanik tersebut telah berkerja keras untuk melakukan pemeriksaan sekaligus menaikkan caj upah

5. Apabila mekanik tersebut menawarkan untuk pergi membeli minyak brek dari kedai berdekatan, sebenarnya mekanik tersebut hanya berpusing2 ke kawasan setempat sahaja, kerana dia sudah standby botol minyak di dalam motornya. Tidak hairan lah, ianya hanya mengambil tidak sampai 5 minit untuk dia kembali

6. Apabila bonet dibuka, mekanik menyuruh pemandu untuk menekan brek sambil dia menuangkan minyak. Sebenarnya, tidak ada minyak langsung di dalam botol yang konon dibelinya. Jadi tiada kos langsung yang digunakan dalam penipuan terancang ini

Kesimpulannya, RM70 dihabiskan untuk nothing. Saya tak pasti ada tambahan perkara yang saya tidak ketahui. Apa yang penting nak diberitahu di sini, berhatilah kepada siapa2 yang memandu di jalan raya dan berhadapan secara tiba2 dengan mekanik jalanan ni.

Regards,
Salmonella | fadzli manaf


sumber : ohtidak.com (thanks)


p/s : Sebar-sebarkan maklumat ini agar semua dapat berhati-hati.



Baca seterusnya...

3.28.2012

Mangkuk Tandas Meletup di Stesen LRT Sri Rampai

Difahamkan satu kejadian letupan kecil berlaku di tandas lelaki di Stesen LRT Sri Rampai sekitar jam 1.21 petang tadi. Letupan kecil tersebut berlaku pada penutup mangkuk tandas. Ketika kejadian, seorang pemuda sedang melepaskan hajat menggunakan mangkuk tandas tersebut apabila secara tiba-tiba penutup mangkuk tandas tersebut meletup.

Pemuda tersebut menyelamatkan diri dengan berlari separuh bogel keluar dari tandas tersebut. Difahamkan, pemuda tersebut mengalami kecederaan.

Maklumat awal mendapati bahan letupan dari mercun yang dipasang pada penutup mangkuk tandas tersebut.






sumber : ondscene.my (thanks)




KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).



Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.— BERNAMA



KUALA LUMPUR - Seorang pemuda cedera di beberapa bahagian badan selepas mangkuk tandas di stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai di Wangsa Maju di sini meletup semalam.



Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang, Muhd. Sakereen Basri, 22, seorang penganggur, baru duduk atas mangkuk tandas itu.

Akibat letupan yang menyebabkan sebahagian kecil mangkuk tandas itu pecah, mangsa mengalami calar di kedua-dua belah paha dan luka di belakang badan akibat terkena serpihan mangkuk tandas yang pecah. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan mangkuk tandas yang pecah serta cebisan kertas selain terdapat bau belerang di tempat kejadian.

"Cebisan kertas itu dipercayai digunakan untuk membalut bahan letupan yang disyaki mercun yang diletakkan di sekitar kawasan mangkuk tandas tersebut," kata beliau yang mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan khianat. - Kosmo



Menceritakan kembali insiden semalam, Sakereen berkata dia mengalami sakit perut semasa tiba di Stesen LRT Sri Rampai dan bergegas ke tandas untuk membuang air besar.

“Ketika sedang membuang air besar, saya terbau bau asap rokok. Tetapi, saya tidaklah hairan kerana banyak orang hisap rokok dalam tandas. Tetapi, saya jadi panik apabila mendengar bunyi macam sumbu terbakar di belakang saya.

“Lalu, saya bingkas membuat cucian dan bangun lantas terus pam. Tetapi, sebelum sempat memakai seluar saya, penutup mangkok tandas yang dalam keadaan berdiri itu meletup dan pecah. Saya cedera terkena serpihan-serpihan plastik yang berkecai daripada penutup tandas itu,” kata Sakereen, yang percaya sebatang rokok digunakan sebagai alat penjangka masa untuk menyalakan sumbu mercun berkenaan.-myrapid.com.my


p/s : haih... ada orang nak pedajal ke apa ni..mangkuk betul aaa..



Baca seterusnya...

(Video) Polis Trafik Dilanggar Bas di CIQ Johor Bahru

Wednesday, March 28, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Satu video kemalangan jalanraya polis trafik yang tragis mula tersebar di Youtube. Difahamkan video tersebut memaparkan satu kemalangan dimana sebuah bas yang dipandu laju telah melanggar seorang anggota polis trafik. Kejadian kemalangan tersebut berlaku di CIQ Johor Bahru.



Menurut laporan dari laman MyNewsHub -




Salah seorang pelayar Youtube yang menggunakan nama samaran masihteguhberdiri memberitahu bahawa identiti anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut.

“Arwah yang dimaksudkan bernama Koperal Ismayuddin Ismail, berusia 50 tahun. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan bawah video Youtube itu.

Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.




Baca seterusnya...

Model Terbaru Proton (P3-21A)

Wednesday, March 28, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Terkini : Harap maaf. Entri nama dan gambar model baru Proton (P3-21A) terpaksa ditarik balik atas sebab-sebab tertentu. Kesulitan amat dikesali.Terima Kasih.


Baca seterusnya...

3.27.2012

Little Espresso - Kedai Kopi Paling Kecil di Dunia

Little Espresso, sebuah kedai kopi yang terletak di pusat bandar Lincoln mungkin kedai kopi paling terkecil di dunia. Bayangkan, saiz kedai kopi tersebut hanya cukup untuk 2 tempat duduk dengan meja birai.

Menurut pemiliknya Adam Lowiss,28, kedainya boleh memuatkan 4 orang dalam satu-satu masa - 2 duduk dan dua lagi berdiri beratur. Keluasan kedai kopi tersebut adalah 2m kaki persegi.







Adam sekarang ni sedang menunggu wakil dari Guinness World Record untuk mengukur saiz kedainya itu sebelum dinobatkan kedai kopi terkecil di dunia.

sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

3.26.2012

(Video) Apabila New iPad Dapat Kat Ahli Silap Mata

Monday, March 26, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Nak tahu apa akan jadi jika New iPad dapat kat ahli silap mata (magician) ? Kalau nak tahu tonton video di bawah. Memang cool !






p/s : aku asyik ulang beberapa kali video ni dan masih tertanya-tanya camne diorang buat ek. Kreatif betul!


Baca seterusnya...

(Video) Tukang Sapu di China Guna Cara Kreatif Menyapu

Monday, March 26, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Di China, tukang sapu sampah di sekitar jalan tidak menggunakan cara yang biasa kita lihat. Sebaliknya,mereka menggunakan idea ringkas tapi praktikal di mana 16 batang penyapu dilekatkan pada sebuah roda besi yang boleh berputar. Roda besi itu pula ditarik oleh lori kecil yang mana penarikan itu menyebabkan roda 16 penyapu itu berputar. Lihat gambar di bawah.



Kreatif dan praktikal bukan? Tapi awas! anda dinasihatkan berhati-hati ketika berselisih dengan lori ini, takut nanti dengan anda anda disapunya. haha

Saksikan video dengan baca seterusnya.











Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik