3.24.2012

(Video) Budak Patah Tangan Terkena Bola Tendangan Rooney

Saturday, March 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Menonton bola juga ada risikonya. Apatah lagi jika kedudukan anda di belakang gawang gol. Itulah yang berlaku ke atas Jamie Thomas, 9, yang mengalami patah tangan apabila bola tendangan dari Wayne Rooney tersasar dari gawang gol dan seterusnya mengenai tangan kanak-kanak tersebut.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika menyaksikan sesi latihan sebelum bertemu Wolverhampton Wanderers Ahad lalu.

Thomas, 9 tahun tinggal di Wem, Shrophire berada di Molineux bersama penyokong-penyokong lain untuk melihat skuad kendalian Sir Alex Ferguson itu mengadakan latihan terpaksa mengangkat tangan bagi menghalang bola terkena tubuhnya.

“Saya mahu memohon maaf kepada Jamie Thomas. Saya juga telah siapkan surat dan baju yang ditandatangan untuk dihantar ke rumahnya,” jelas Rooney di laman Twitternya pada Khamis.


Rooney berkata, dia tidak sedar insiden itu berlaku.

Thomas ketika itu berada di barisan depan tidak dapat melihat aksi kedua sesi latihan kerana menerima rawatan .

“Pemain-pemain mengadakan sesi pemanas badan dan Rooney serta Javier Hernandez telah mengambil beberapa sepakan.

"Rooney tidak dapat menahan bola yang ditendang sekali gus bola itu terus menuju ke Jamie.

"Jadi Thomas menahan bola itu menggunakan tangan dan menyebabkan pergelangan tangannya patah,” jelas bapa Jamie, Andy.

Thomas terus menerima rawatan sebelum dihantar ke hospital.

“Saya diberitahu ia tidak serius dan akan pulih dalam tempoh dua minggu,” tambah bapa Jamie.

sumber : mstar online





Baca seterusnya...

(Video) Chopper 1Malaysia Rekaan OCC American Chopper

Saturday, March 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Semalam 23hb Mac, YAB Dato' Sri Mohd Najib melancarkan 1 Malaysia Chopper di PWTC sempena program '1Malaysia Bike Ride'. Chopper 1Malaysia tersebut adalah rekaan dari Mr. Paul Teutul Sr. daripada Orange County Choppers, USA. Peminat custom Chopper tentu kenal Mr Paul ni yang popular dalam rancangan American Chopper di saluran Discovery Channel.


Difahamkan Chopper 1Malaysia ni di tempah khas oleh Tourism Malaysia dan dibuat sendiri oleh Paul Teutul Sr dan Paul Teutul Jr bersama team mereka. Harga Chopper 1Malaysia sekitar USD150,000 (RM450,000). Wow! (sumber)



Lagi gambar dan video Chopper 1Malaysia dengan baca seterusnya...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS).

Motosikal rekaan khas Teutul Sr., yang juga pengasas Orange County Choppers itu akan ditampilkan dalam dua episod American Chopper: Senior vs. Junior di saluran Discovery Channel di AS pada 30 April dan 7 Mei ini.

Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

"Terima kasih kepada Discovery Channel kerana memilih Malaysia untuk ditampilkan dalam rancangan mereka. - Utusan Malaysia 24 Mac 2012












Baca seterusnya...

3.22.2012

(Video) Apabila Budak 2 Tahun Nyanyi lagu Adele

Thursday, March 22, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Rasanya ramai yang suka dengar lagu nyanyian Adele. Antara lagu Adele yang popular dan menjadi siulan ramai - Someone Like You dan Rolling In The Deep. Kelunakan suara Adele memang tidak dinafikan, bukan sahaja orang dewasa suka dengar malah kanak-kanak pun suka. No wonder kanak-kanak 2 tahun dalam video di bawah ni boleh nyanyi lagu Adele.

Memang melucukan dan kiut!






Baca seterusnya...

3.19.2012

Kisah Kapal Besar Kerosakan Enjin

Monday, March 19, 2012 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




sumber : emel




Baca seterusnya...

3.18.2012

Contest Teka Angka Shakiddo.com

Sunday, March 18, 2012 by MR Penyubiru · 4 comments Baca seterusnya!
Labels: ,


Tugasan

1) Anda Kena LIKE gambar di LINK INI. - DONE !

2) Buka laman web www.google.com.my dan taip speedtest unifi di carian google itu. Dapatkan dan letakkan permalink entry itu (shakiddo.com) yang terdapat pada page pertama carian google tersebut. Klik Like, Share, Retweet dan G+ untuk entry itu. - DONE !





(klik gambar tuk ke permalink tersebut)

3) Teka Angka bagi earning UnPaid di bawah. [klu : Tiga (3) angka] = Jawapan = RM737

” Contest ini dianjurkan oleh shakiddo.com bersama sponsor hazmanfadzil.com dan sharidawati.blogspot.com





Baca seterusnya...

(Gambar) Ferrari Terbakar Di Lebuhraya LEKAS

Sunday, March 18, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.




Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.- Bernama







Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik