3.08.2012

New Ipad - Spesifikasi & Harga di Malaysia

Thursday, March 08, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Apple akhirnya melancarkan iPad terbaru mereka yang dikenali New Ipad. Dengan pelancaran New Ipad, ia melenyapkan terus spekulasi sebelum ini yang mengatakan Apple bakal melancarkan iPad 3 atau iPad 2 HD.


Spesifikasi New iPad

Paparan: Paparan Retina (2048x1536 resolusi)
Video: Rakaman video Definisi Tinggi 1080p resolusi
Internet: 4G LTE (Long Term Evolution) (kat Malaysia baru 3G)
Pemprosesan: a5X grafik quad-core
Ketebalan: 9.4mm
Berat: 0.64 kilogram
Ketahanan bateri: 10 jam penggunaan biasa dan 9 jam dengan penggunaan 4G
Warna: Hitam dan putih
Harga: AS$499, AS$599 dan AS$699 (Wi-Fi 16GB/32GB/64GB); AS$629, AS$729, AS$829 (Wi-Fi + 4G 16GB/32GB/64GB)

Kalau di Malaysia, AS$499 sama dengan RM1,499 kut (tak rasmi).




Dengan spesifikasi lebih kepada peningkatan prestasi grafik, ia dikatakan New Ipad ini sesuai tuk mereka yang suka bermain games dan fotografi.

New iPad dijana oleh cip baru dengan empat core pemprosesan bagi menghasilkan grafik lebih lancar. New iPad Lebih tebal dan berat namun paparan skrin lebih jelas berbanding skrin televisyen definisi tinggi (HDTV) dan pemprosesan lebih laju. Ia setebal 9.4 millimeter lebih tebal berbanding 8.8 millimeter iPad 2 dengan berat 0.64 kilogram berbanding 0.6 kilogram model sebelumnya. Ia juga mmpunyai kamera 5 megapiksel di bahagian belakang tablet itu seperti kamera pada iPhone 4S.

Ciri-ciri istimewa lain bagi iPad baru ialah dictation yang membolehkan pengguna membuka aplikasi dengan hanya menggunakan arahan suara. Nak update Facebook atau Twitter, just pakai suara jer.

Rekabentuk New iPad masih sama dengan iPad 2. Jadi, mereka yang menggunakan iPad 2 boleh lah eksyen pakai New iPad. Sama tahu kan. hehe..

Dengan pelancaran New iPad, maka harga iPad 2 telah diturunkan sebanyak RM300. Laman Apple Malaysia juga telah mengemaskini harga terbaru iPad 2 iaitu serendah RM1,199.




Baca seterusnya...

(Video) KL Banjir Kilat 7 Mac 2012

Thursday, March 08, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Hari ini 7 Mac 2012, KL banjir kilat lagi. Bermula petang tadi hujan lebat turun tidak henti-henti sehingga beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dinaiki air.

Berikut video KL banjir kilat di kawasan Kampung Baru dimana ada penduduk disekitar tersebut terpaksa menggunakan kayak.


kredit video : Harian Metro


KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda awam.

Beliau berkata hujan dan ribut yang melanda sejak lewat petang ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru.

"Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di kawasan Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra," katanya ketika dihubungi Bernama. -- BERNAMA



Berikut beberapa gambar sekitar KL yang mengalami banjir.

Gambar banjir di Pavilion, KL

Gambar banjir di Masjid Jamek

Gambar banjir di Kampung Melayu, Ampang

Gambar banjir di Kampung Baru

Gambar banjir di Jalan Yap Kwan Seng

Gambar banjir di Bukit Belacan

Gambar banjir di Menara OUA

Gambar banjir di Bukit Bintang

Gambar banjir di Hulu Langat

Gambar banjir di Jalan Tun Abdul Razak (TAR)

Gambar banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang

Gambar banjir di Dataran Merdeka

Gambar banjir di Ampang

sumber gambar : ezany-kun.com (thanks)


Baca seterusnya...

3.07.2012

Samsung Galaxy S3 Dijual April Ini, Harga di Malaysia ?

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Samsung Galaxy S3 (S III), satu lagi gajet yang ditunggu-tunggu oleh peminat smartphone. Difahamkan, Samsung Galaxy S3 bakal dilancarkan dan berada di pasaran April ini. Dilancarkan di United Kingdom sempena Sukan Olimpik 2012. Bila memasuki pasaran Malaysia, tidak pula diketahui. Harga Samsung Galaxy S3 di Malaysia aku jangka sekitar RM2K++.

Adakah gambar di bawah ni adalah Samsung Galaxy S3 yang diperkatakan itu ?




LONDON 6 Mac - Telefon pintar Samsung, Galaxy S3 (gambar) akan mula berada di pasaran April ini dengan United Kingdom dipilih sebagai lokasi pertama bagi pelancarannya sempena Sukan Olimpik tahun ini.

Telefon berteknologi tinggi itu merupakan susulan kepada salah satu telefon pintar Android yang paling ikonik dan akan menjadi saingan hebat kepada pencabarnya, iPhone keluaran Apple.

Butir-butir pelancaran telah didedahkan oleh ZDNet Korea, yang mengesahkan perkara itu dengan agensi pemasaran di seluruh dunia.

Telefon itu akan mempunyai pemproses quad-core Exynos iaitu sejenis cip yang juga terdapat pada komputer riba dan komputer peribadi berkuasa tinggi.

Ia juga akan mempunyai paparan 4.8 inci HD yang lebih besar daripada sebelumnya.

Butir-butir itu selaras dengan pendedahan awal mengenai tarikh edaran S3. - Utusan Malaysia 7 Mac 2012


Baca seterusnya...

(Video) Tiger Stone - Mesin Pembuat Jalan Bata

Wednesday, March 07, 2012 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Tiger Stone, sejenis mesin menyusun bata untuk membuat jalan. Berfungsi macam mesin karpet. Dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Belanda. Segalanya nampak mudah dengan adanya mesin ini. Jalan pun dapat disiapkan dengan cepat. Genius!





























Baca seterusnya...

Pelancaran iPad 3 (iPad HD) Live Streaming 2 Pagi Nanti

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
iPad 3, produk atau gajet dari Apple yang ditunggu-tunggu oleh peminat gajet. Difahamkan, iPad 3 bakal dilancarkan 7 Mac di San Francisco ( 2 pagi 8 Mac waktu tempatan).

Ramai mengatakan Apple bakal melancarkan iPad 3, bagaimanapun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Apple. Ada pula mengatakan bukan iPad 3 tapi iPad HD. hmm..

Ntah-ntah iPad 2 versi 7 inchi. Haha.. Sebab gambar dari Apple tunjuk 7hb.

Harga iPad 3 rasanya sama cam harga iPad 2 sekarang kut, dan harga iPad 2 plak sudah tentu akan diturunkan. Aku rasalah. :P

Bagi mereka yang mahu mengikuti pelancaran iPad 3 secara live streaming jam 2 pagi nanti waktu Malaysia, boleh la melayari www.ustream.tv/ltktv


Ini pula gambar yang selalu dipaparkan apabila bercerita tentang iPad 3.

Dibawah ni jadual waktu pelancaran iPad 3 mengikut negara masing-masing.







Baca seterusnya...

Hati-Hati Main Jongkang-Jongkit, Boleh Terputus Lidah

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Salah satu peralatan di taman permainan kanak-kanak adalah jongkang-jongkit. Walaupun jongkang-jongkit nampak tidak membahayakan tetapi jika tidak digunakan dengan betul boleh mengundang kecelakaan dan kemalangan. Itulah yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak apabila lidahnya hampir terputus akibat dari bermain jongkang-jongkit.


JOHOR BAHRU: “Saya terkejut mendapati lidah Awang terkulai dan hampir putus. Dia hanya menangis dan tidak boleh berkata-kata manakala darah mengalir,” kata Noor Fadzilah Daud, 40, ibu kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Awang Hadri Awang Sebawi ketika ditemui di rumahnya di Taman Bestari Indah, di sini, semalam.

Menurutnya, anak lelakinya itu hampir putus lidah selepas dagunya tersepit di celah papan jongkang-jongkit ketika bermain bersama rakan di sebuah taman permainan lama di Desa Rahmat, Ahad lalu.


Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi itu, Awang tersepit di celah papan permainan itu selepas seorang rakan terpijak jongkang-jongkit itu.

“Papan itu terkena dagu Awang sebelum lidahnya tergigit hingga hampir putus,” katanya.


Menurutnya, anaknya menerima 20 jahitan di lidah dan bawah bibir selepas dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.


“Ketika kejadian, saya tidak menyedari dia pergi ke taman permainan lama itu bersama adiknya berusia lima tahun serta beberapa rakan.

“Saya terkejut apabila dia pulang sambil menangis manakala mulutnya berdarah dan pada masa sama lidahnya terkulai,” katanya.


Noor Fadzilah berkata, dia menghubungi suami, Awang Sebawi Awang Halil, 48, yang ketika itu bekerja memaklumkan kejadian.

Menurutnya, selepas tiga hari kejadian, anak kedua daripada empat beradik itu mengalami kesukaran mengunyah makanan keras selain sukar bercakap.


“Ketika ini, dia hanya menelan bubur tanpa mengunyah manakala untuk minum terpaksa dititiskan air menggunakan penyedut minuman ke mulutnya,” katanya. - Harian Metro 7 Mac 2012


Kepada ibubapa dan pengasuh diluar sana, awasi anak-anak yang dijagai ketika di taman permainan agar tiada kecelakaan serius berlaku.



Baca seterusnya...

Gangguan Bekalan Air di Selangor & KL 14 Mac Ini

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.

Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.

Beliau berkata hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang. BERNAMA


p/s : penjual tong tong isi air dapat durian runtuh aa ni..hehe




Baca seterusnya...

Proton P3-21A Dilancar 16 Mac Ini

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ramai pemerhati produk dari Proton tidak sabar-sabar menunggu pelancaran model terbaru Proton P3-21A. Difahamkan model terbaru Proton ini bakal dilancarkan 16 Mac ini. Harga sekitar RM65,000 sehingga RM75,000. Ramai yang masih berteka teki dengan nama model baru ini. Adakah nama Proton Tuah digunakan? Sama-sama kita nantikan.



Proton Holding Bhd (Proton) bakal memperkenalkan model baru keluarannya dengan nama kod P3-21A yang mengetengahkan gabungan prototaip konsep Tuah bakal membawa perubahan dalam industri automotif nasional diumumkan 16 Mac ini.
Menurut sumber laman sesawang automotif, Proton P3-21A ditawarkan dalam dua varian, iaitu model Executive dan model Premium dianggarkan bernilai RM65,000 sehingga RM75,000.


P3-21A dilengkapi enjin CamPro 1.8L dan 2.0L serta sistem pengecas turbo., adalah kenderaan pertama didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi daripada pembekal perkhidmatan internet YTL Communications, Yes 4G.

Mungkinkah P3 21A model gantian bagi model Persona sedia ada? Terdapat banyak spekulasi yang bermain di fikiran pengguna tentang model terbaru proton itu adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Untuk kepastian umum, nantikan pelancaran rasmi Proton pertengahan Mac ini. - Sinar Harian



Baca seterusnya...

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.


Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : "semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

sumber : emel



Baca seterusnya...

3.06.2012

(Video) Majlis Perkahwinan Paling Memalukan ?

Tuesday, March 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Majlis perkahwinan adalah saat yang ditunggu oleh setiap pengantin. Kita tentu mahu majlis perkahwinan satu majlis yang terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Bagaimana pula agaknya jika majlis perkahwinan yang sepatutnya indah tiba-tiba bertukar menjadi majlis yang memalukan?

Simpati dengan pasangan pengantin perempuan dalam video di bawah.





Baca seterusnya...

Kasut Diperbuat Dari Binatang Mati

Tuesday, March 06, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kasut ini direka oleh Iris Schieferstein, 45, dari Berlin Jerman. Rekaannya ini menimbulkan kontroversi kerana menggunakan bahagian haiwan yang telah mati dan diawetkan seperti burung merpati.








sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

KidZania Malaysia @ Curve NX, Mutiara Damansara


KidZania Malaysia baru sahaja dibuka di Curve NX, Mutiara Damansara pada 28 Feb 2012.

Apa itu KidZania ?

KidZania diasaskan di Mexico City pada tahun 1996 oleh Xavier Lopez, orang yang mempunyai impian untuk menghasilkan satu tempat di mana-mana kanak-kanak dapat belajar atau merasai pengalaman hidup sebenar. Di KidZania, kanak-kanak seperti berada satu dunia lain dimana mereka boleh menjadi orang dewasa. Mereka akan belajar cara mendapatkan duit dengan bekerja,cara membelanjakan duit,menyimpan duit dan menimba pengalaman bekerja dalam bidang yang mereka suka.

Kanak-kanak dalam KidZania boleh memilih pekerjaan seperti bomba,doktor gigi,chef, pekerja hospital dan macam-macam lagi.




KidZania dibuka dari 10 pagi - 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Hari minggu,cuti sekolah dan cuti umum, terdapat dua sessi iaitu 10 pagi - 3 petang dan 4 petang-9 malam.


Harga Tiket Masuk KidZania

Kanak-kanak 3 tahun ke bawah – RM35 (MyKad & Non-MyKad)

Kanak-kanak (4-14 years) – RM55 (MyKad) / RM75 (Non-MyKad)

Dewasa – RM35 (MyKad) / RM55 (Non-MyKad)

Warga Emas - RM30 (MyKad & Non-MyKad)




Lagi gambar dan info dengan baca seterusnya.







Maklumat lanjut, layari laman www.kidzania.com.my


Ini pula salah satu tips yang diberikan forumer cari.com.my (thanks)

Semalam 3rd March aku bawak anak2 pi KidZania..aku beli tix online 3 budak + 1 dewasa kopak RM200.Amik session pagi 10am-3pm.Below are some tips utk korg2 yg akan pegi:

1- If possible korg dtglah time weekdays.Wiken,ya ampun ramai ummat.Even dah beli tix online pon kene Q utk dptkan tag.Lgi satu kalau dtg wiken time limited from 10am-3pm and 2nd session from 4pm-9pm..For me mmg aku tak sempat nak round habis.Klau pi wikday,dok la dlm tu dr 10am-7pm

2-Adela kedai2 makan dlm tu contohnya Marry Brown,tp harga mmg mahal.And pls,no outside food allowed ye (unless korg bwk bag pack bole la kalau nak sumbat apa2..dia tak check pon)

3-Average each session punya job dalam 20 min.Tempat2 yg hot attraction mmg ramai..so kenela Q..Yg kene/wajib try:
- Air Asia pilot and flight attendant ( mmg rasa mcm betul2 dlm kapalterbang..siap ade bunyi lagi..khelassss)
- Bomba (dpt naik kete bomba,round2 dlm kidzania,pi tempat kebakaran n padamkan kebakaran kat hotel..mmg pancut air betul2 hokey!cuma api je olok2)
-Doctor/Nurse (hospital by KPJ,ade gak utk doctor gigi..rawat patung sbg pesakit)
-Policeman ( siap belajar berkawad kiri-kanan,tolong bomba jaga kawasan kebakaran kat hotel tadi tu..jaga jgn kasi org masuk)
-Beautician ( utk budak2 pompuan,buat manicure/pedicure,salon rambut,facial muka and makeup)

4- Bila masuk je dlm each kid akan dpt cheque sorg 50 kidzo (currency Kidzania) pi tukar kat bank utk dpt kan cash.Duit cash tu guna kalau nak beli perkhidmatan contohnya nak pi salon buat rambut ka,nak amik lesen driving ka etc.Tapi kalau budak opt for kerja,contohnya nak jadi beautician in stead of jadi customer,diorg akan dibayar gaji..means dpt duti Kidzo tu lagi

5- No activity utk parents except just amik gambar anak jer.Tu pon tak dibenarkan masuk dlm.Just amik pic dr luar je..

6-But no worries,kat setiap kedai/tempat ade cameraman Sony yg akan amik pic anak2 tuan/puan.Sblm balik bole pi kedai Sony utk beli gambar td yg mana yg berkenan..standby kan aje satu gambar with paper frame RM20 yer..huhuhu

7- Duit Kidzo yg still ade baki bole tukar kat kedai souviner or pi bank bukak akaun and nnti anak2 akan dpt kredit kad.kredit kad td bole guna bila nak spend kalau dtg lagi next time.Or else mcm aku tak sempat nak bukak akaun,bwk balik duit tu and simpan je la utk next visit.
Update 4 Nov 2012
Boleh baca pengalaman aku pula kali pertama ke KidZania


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik