2.23.2012

Poster Iklan Motor Honda Dulu-Dulu

Thursday, February 23, 2012 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Motor Honda memang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia ni. Semua orang kenal dan rasanya semua orang selalu nampak motor Honda di jalanraya di Malaysia ni. Tapi pernahkah anda lihat motor Honda zaman dulu-dulu punya. (Sekitar 60-an kut). Rasa kelakar pun ada. Tapi pada zaman tersebut, tentu ianya satu iklan poster yang hebat untuk sebuah motor kan.


















sumber : forward emel



Baca seterusnya...

2.22.2012

Seluar Jeans Dengan Keyboard, Mouse, Speaker Terbina Dalam

Wednesday, February 22, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Jika anda dan komputer sukar dipisahkan, ibarat aur dengan tebing, seluar jeans berinovasi ini sesuai tuk anda. Seluar jeans ini lengkap dengan keyboard,mouse dan speaker. Semuanya dihubungkan dengan komputer secara wireless.

Seluar jeans yang dikenali Beauty and the Geek ini dicipta oleh sepasang warga Belanda. Idea rekabentuk dari syarikat Nieuwe Heren.

Amacam? ada yang berkenan ke? Lepas ni tiada alasan lagi tertinggal keyboard,mouse atau speaker. ahaha..

Lagi gambar dengan baca seterusnya..



sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Apabila KFC Tanya Tentang Makan Malam di Facebook

Wednesday, February 22, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Nampaknya kemarahan rakyat Malaysia ke atas KFC masih tidak padam. Ianya jelas dapat dilihat apabila KFC bertanyakan satu soalan tentang makan malam di facebook fanpage KFC, ramai yang memberi respon dengan meninggalkan komen-komen berusurkan sarkastik. Haha..memang lawak dan terhibur betul baca komen-komen diorang ni.. perli kat KFC tak ingat ingat punyer..







Baca seterusnya...

Gambar Proton Inspira Yes 4G

Wednesday, February 22, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Hari ini Proton dan Yes melancarkan Proton Inspira Yes 4G. Sebelum ini orang ramai hanya dapat melihat model proton tersebut secara peek-a-boo yang diletakkan di depan Lot 10.


Dan hari ini orang ramai dapat melihat sepenuhnya model tersebut iaitu Proton Inspira Yes 4G. Apa yang menarik tentang Proton Inspira Yes 4G ni adalah model ini dilengkapi kemudahan internet dari Yes 4G dan tiga buah iPad - satu di dashboard dan dua di belakang tempat duduk hadapan (untuk penumpang belakang).

Difahamkan model Proton Inspira Yes 4G ini tidak dijual. Anda hanya boleh memilikinya dengan memenangi peraduan yang dianjurkan.




Lagi gambar Proton Inspira 4G dengan baca seterusnya.











sumber : paultan.org

p/s : cuma satu jer terfikir di benak fikiran ku, pemilik kereta ni kena sentiasa aware supaya tidak tertinggal ipad dalam kereta, memandangkan kes pecah kenderaan semakin menjadi-jadi sekarang ni.


Baca seterusnya...

Cara Bergambar Paling Bahaya

Wednesday, February 22, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Macam-macam cara orang bergambar. Ada yang suka gambar di ambil ketika melompat, ketika beraksi dan macam-macam lagi. Tapi aku percaya cara bergambar di bawah ni tak ramai yang berani buat.

Amacam? anda berani tiru aksi remaja di atas. Berbaloi ke bergambar seperti itu?

Lagi gambar-gambar aksi ngeri remaja Rusia bergambar di bangunan tinggi sekitar Moscow dengan baca seterusnya.









Baca seterusnya...

Gambar Bayi Ketika Tidur Yang Sungguh Comel

Wednesday, February 22, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Bagi mereka yang suka bayi, dinasihatkan jangan tengok gambar-gambar dibawah ini, aku takut nanti korang teruja nak ada bayi. ahaha..

Gambar-gambar bayi tidur yang supercute dibawah ini dirakam oleh jurufoto dari Philadelphia, Dan Cueller. Berusia 29 tahun dan baru berkecimpung sebagai jurufoto potret bayi sejak 3 tahun lalu. Sebelum tu Dan Cueller ni kerja sebagai Juruteknik IT jer, lepas tu hilang pekerjaan akibat ekonomi gawat.

Semua gambar bayi comel yang sedang tidur ini baru berusia 2 minggu.













Baca seterusnya...

2.21.2012

DMD M3 Android - Telefon Pintar Bawah RM500 Buatan Malaysia

Tuesday, February 21, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
DMD Android Smartphone Communicator merupakan telefon pintar keluaran Malaysia dari syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd. Difahamkan akan dipasarkan sekitar bulan April ini dengan harga bawah dari RM500.

DMD Android Smartphone Communicator dilengkapi pemproses utama berkelajuan 650 Mhz, platform Android, Dual Band 3G and quad band GSM, Bluetooth 4.0, Wi-Fi , Assisted GPS dan NFC.





KUALA LUMPUR: Telefon pintar baharu yang akan dipasarkan di Malaysia menjelang April, menyasarkan segmen pasaran mampu milik.

Telefon berharga di bawah RM500 itu dimajukan dan dikeluarkan di Malaysia
oleh sebuah syarikat tempatan, DMD Mobile Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammed M Daud, berkata syarikat itu sedang berunding dengan penyedia-penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi "DMD Android Smartphone Communicator", yang mempunyai kapasiti menampung rangkaian 3.75G dan kelajuan 650 Mhz bagi pemproses utama.

"DMD Android Smartphone Communicator dengan ciri Komunikasi Medan Dekat serta ciri-ciri dan aplikasi khusus lain, boleh menjadi penanda aras bagi industri ini di negara ini," katanya pada majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.

Mohammed berkata telefon itu ditawarkan dengan platform perkhidmatan lengkap bagi pasaran prabayar, termasuk komunikasi bersepadu dan sembang, emel mudah alih dan rangkaian sosial.

"Ia akan ditawarkan bersama dengan pakej mudah alih dan komunikasi dalam talian dengan bayaran RM10 sebulan," katanya.

Menurutnya DMD Mobile akan juga memasarkan telefon itu di Asia Selatan dan Timur Tengah.

"Kami akan melancarkan pemasaran antarabangsa pada Kongres Mudah Alih Sedunia di Barcelona pada 28 Februari," katanya.

Mohammed berkata telefon pintar itu merupakan pencapaian penting dan ia membuktikan bahawa syarikat-syarikat Malaysia mampu mencipta inovasi dan bersaing dalam sektor telefon mudah alih.

Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyediakan sokongan Penyelidikan dan Pembangunan bagi projek itu. - Bernama 21 Feb 2012



Baca seterusnya...

Samsung Galaxy Tab 7 Untuk Dijual

Tuesday, February 21, 2012 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Samsung Galaxy Tab 7 untuk dijual. Original.

Difahamkan, pemilik Galaxy Tab ini membelinya sekitar bulan Nov 2011. Kiranya baru 3 bulan lebih aa pakai. Tempoh jaminan (Warranty) dari Samsung masih berbaki 9 bulan.

Conditon ok. 98% scratches less.Tak pernah jatuh.



Sebab musabab puan punyer Galaxy Tab ni nak jual sebab dia dah jatuh hati sama iPhone plak.

Harga yang ditawarkan adalam RM1K.

Berminat (serius buyer) atau nak tanya lebih lanjut, bolehlah hubungi beliau di no telefon 019-5371814 atau emel lifesaverhamzah@yahoo.com.

Lagi gambar ( 2 keping) dengan baca seterusnya.





Nota : Sebarang pertanyaan, penawaran dan pembelian, hendaklah melalui beliau yer. Aku sekadar memaparkan iklan sahaja.


Baca seterusnya...

Harga Model Baru Proton P3-21A RM60K-70K

Tuesday, February 21, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Proton bakal memperkenalkan model baru sepenuhnya pertengahan Mac depan. Dikenali dengan kod P3-21A. Ada yang kata Proton PRIMA berdasarkan gambar yang tersebar. Harga sekitar RM60,000 hingga RM70,000 seunit.

Menggunakan enjin Campro 1.6 turbo dan dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).



PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.

Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.

“Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.



Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta.

Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti.

“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit.

Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan http://www.blogger.com/img/blank.gifmaklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah. - Berita Harian 21 Feb 2012



MODEL Tuah antara kereta konsep PROTON yang dipamerkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.


Baca seterusnya...

Buku Kanak-Kanak Lucah - Where Did I Come From

Tuesday, February 21, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Semalam tengok Buletin Utama 20 Feb 2012, terkejut dengan pendedahan buku kanak-kanak lucah " Where Did I Come From" yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai buku tempatan. Sebenarnya, buku kanak-kanak lucah ni bukan isu baru, telah banyak buku kanak-kanak lucah ini berada di pasaran dan dijual secara berleluasa. Blog ini pernah mendedahkan satu buku kanak-kanak lucah iaitu buku ABC. Rasanya sudah tiba masanya pihak yang terlibat mengambil tindakan segera, jangan tunggu didedahkan oleh media massa,baru nak jalankan tanggungjawab.

Pemuda Umno mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah buku pendidikan seks kanak-kanak yang diimport yang dan didakwa mempunyai kandungan yang melampau dan berbentuk lucah.

"Kita sudah mempunyai garis panduan tertentu mengenai pengimportan buku-buku asing. Bagaimana buku ini boleh melepasinya?" soal bertanya Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda, Muhd Khairun Aseh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

NONEBeliau mengulas buku yang bertajuk ‘Where Did I Come From’ atau 'Dari Mana Saya Datang', yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan.

Buku yang ditunjukkan oleh Muhd Khairun kepada pemberita memaparkan ilustrasi kartun bentuk lelaki dan wanita yang lengkap dengan alat kelamin masing-masing.

Ia juga menunjukkan ilustrasi aksi lelaki dan perempuan yang mengadakan hubungan seks.

"Tetapi lebih daripada sekadar ilustrasi, kandungan buku itu juga amat membimbangkan," kata Muhd Khairun lagi.




Beliau kemudiannya membacakan beberapa petikan dari buku itu yang menerangkan kemaluan lelaki dan perempuan secara terperinci.

Ini termasuk satu petikan yang dengan jelas menerangkan perbuatan persetubuhan dan bagaimana fungsi kemaluan lelaki dan perempuan semasa proses berkenaan.

Menurut Muhd Khairu, buku yang ditulis dalam bahasa yang amat mudah itu diletakkan di rak-rak buku-buku untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah di kedai-kedai buku.

NONEKatanya lagi, penjualan buku tersebut adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.

Pemuda Umno, katanya, akan menghantar memo bantahan kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, esok bagi menggesa siasatan dijalankan dan menawarkan kerjasama sepenuhnya. - Malaysiakini.com 20 Feb 2012


p/s : Lepas ni ramai yang cari buku ni kut.Haha..


Baca seterusnya...

2.20.2012

(Video) Iklan Kereta Hyundai Veloster Versi Seram

Monday, February 20, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Kereta coupe tiga pintu Hyundai Veloster antara yang ditunggu-tunggu akan kehadirannya di pasaran automatif Malaysia. Difahamkan pada suku pertama tahun ini.

Sebelum tu, apa kata kita tonton video iklan Hyundai Veloster yang cuba mengetengahkan kepentingan mengapa hanya satu pintu sahaja di kanan (di Malaysia). Tapi video ni bertema seram tau.





Bulan November tahun lalu pihak pengurusan Hyundai mendedahkan akan membawa masuk kereta coupe tiga pintu Hyundai Veloster pada suku pertama tahun ini.



Baca seterusnya...

Gambar Model Proton Terbaru Tersebar

Monday, February 20, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gambar model terbaru kereta Proton (P3-21A) versi penuh sudah mula tersebar di internet. Ada yang dakwa model terbaru tersebut diberi nama Proton PRIMA. Difahamkan gambar tersebut dirakam ketika sesi shooting iklan di sekitar Ulu Yam Selangor.

hmmm... sekali pandang ada iras-iras Kia Forte kan.




Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik