2.11.2012

Apa Itu Rotavirus

Saturday, February 11, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.

Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.

Perkataaan “Rota” yang bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dilihat dibawa elektron mikroskop. Dalam kebanyakan kes,kanak-kanak yang berusia lebih daripada 3 tahun yang mendapat penyakit ini selalunya tidak perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Malangnya jangkitan Rotavirus pada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun boleh menyebabkan keadaan yang agak serius malahan boleh membawa maut.


Walaubagaimanapun, jangkitan Rotavirus di kalangan bayi berusia di bawah umur 3 bulan yang menyusu badan selalunya tidak begitu serius. Ini adalah kerana terdapatnya ‘passive immunity’ daripada ibu dan juga perlindungan daripada susu ibu. Kebanyakan kanak-kanak boleh dijangkiti Rotavirus sebelum berumur 5 tahun. Dengan jangkitan yang berulang, seorang individu akan meningkatkan tahap immunitinya terhadap jangkitan virus ini.

Punca jangkitan Rotavirus

Pada kebiasaanya, muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan maslah yang berterusan. Walaupun ianya berpunca mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, namun kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai Gastroenteritis Akut.

Gastroenteritis biasanya dikaitkan dengan masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes ianya dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.

Virus ini menjangkiti usus manusia dan mudah merebak. Ianya dapat masuk ke dalam usus kita melalui mulut. Cara jangkitan adalah melalui “feco oral” ataupun dari najis ke mulut. Oleh kerana virus ini mudah merebak, wabak ini amat senang berlaku khususnya di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau TASKA.

Justeru itu langkah pencegahan adalah amat penting dan pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Apakah simptom jangkitan Rotavirus?

Selepas masa inkubasi selama 2 hingga 7 hari, kanak-kanak atau bayi yang mendapat jangkitan Rotavirus akan mula demam diikuti dengan muntah-muntah dan cirit-birit. Najis mereka biasanya berbentuk cecair tetapi tidak berdarah. Demam dan muntah selalunya akan pulih selepas 2 hari namun masalah cirit- birit akan berterusan.

Di kalangan kanak-kanak yang lebih muda terutamanya yang berusia di bawah 2 tahun, mereka akan mengalami ‘lactos intolerance’ iaitu oleh kerana usus mereka tercedera dan kehilangan enzim Laktase, biasanya najis mereka akan bertukar menjadi asid yang mana boleh mencederakan dan menyebabkan punggung kanak-kanak tersebut melecur. Sekiranya masalah cirit birit ini berlarutan,mereka akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi), kekurangan tenaga serta berkeadaan letih. Tanda-tanda dehidrasi di kalangan kanak-kanak adalah mulut dan bibir yang kering, mata terbenam, kurang kencing, sentiasa letih, tidak bermaya serta kelihatan pucat.

Rawatan

Pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. Bagi pencegahan di rumah, tabiat mencuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas ke tandas dan sebelum makan adalah amat penting. Bagi ibu- ibu yang menjaga bayi adalah sangat penting untuk mereka mencuci tangan sebersihnya selepas membersihkan najis bayi mereka serta sentiasa memastikan puting botol atau puting payudara berkeadaan bersih sebelum memulakan penyusuan.

Kebersihan peralatan rumah seperti peralatan makanan (sudu, garpu, cawan dan pinggan mangkuk), alatan permainan, lantai serta tahap kebersihan makan yang disediakan perlulah sentiasa berkeadaan bersih. Semua langkah tersebut mampu mengelakkan jangkitan Rotavirus tersebar terutamanya kepada bayi anda.

Oleh yang demikian, langkah-langkah kebersihan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit ini. Pesakit yang mengalami dehidrasi memerlukan rawatan di dalam wad di hospital. Dehidrasi dapat diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan. Rawatan untuk muntah dan cirit birit selalunya terhad dan akan berhenti selepas 2 hingga 5 hari. Jika pesakit mempunyai masalah dengan “lactos intolence” maka rawatan menerusi susu tanpa laktos perlu diberikan selama beberapa hari atau minggu (bergantung pada keadaan pesakit). Penyusuan ibu juga boleh disambung. Ubat demam akan diberikan sekiranya pesakit mengalami demam.
Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu serius, pengambilan “oral rehydration salt” (ORS) dengan kerapnya, bergantung kepada kekerapan pembuangan najis pesakit tersebut. Pengambilan antibiotik tidak diperlukan kerana ianya tidak memberi akan memberikan kesan kepada kuman Rotavirus. Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah daripada jangkitan Rotavirus adalah melalui pengambilan suntikan vaksin untuk kanak-kanak.

Langkah berjaga-jaga yang umum

Sentiasa menjaga kebersihan., itulah satu nasihat yang perlu ditekankan di mana jua anda berada. Cuci tangan dengan bersih selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Ibu-ibu yang sedang dan masih menyusu bayi atau anak mereka digalakkan untuk terus menyusu. Secara amnya didapati susu ibu dapat mengurangkan masalah cirit birit di kalangan bayi atau kanak-kanak.

Kini terdapat 2 vaksin Rotavirus yang boleh diberikan kepada bayi anda. Vaksin ini akan diberikan dalam 2 atau 3 dos bermula dari umur bayi anda di antara 6 hingga 12 minggu dan perlu di habiskan sebelum umur bayi mencecah 8 bulan. Walaupun kos vaksin ini agak tinggi, ibubapa digalakkan untuk memberi vaksin ini kepada anak-anak mereka kerana jika dibandingkan dengan kos rawatan bagi masalah cirit-birit terutamanya yang melibatkan kemasukan ke wad, kosnya sudah pasti lebih tinggi daripada kos vaksin tersebut. Justeru itu kepada ibubapa, buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anak anda.

DISEDIAKAN OLEH :
Dr. Varughese Koshy
Pakar Pediatrik
Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam.

kredit : kasih-ibu-arif.blogspot.com (thanks)


Baca seterusnya...

2.09.2012

(Video) Muka Pemberita Digigit Anjing Ketika "On Air"

Thursday, February 09, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang pembaca berita, Kyle Dyer mengalami kecenderaan pada bahagian muka apabila secara tiba-tiba digigit anjing.



Ketika kejadian, Kyle Dyer yang sedang bersiaran langsung menemubual seorang pemilik anjing dan dalam masa yang sama pemberita tersebut mengusap-gusap muka anjing tersebut. Apabila pemberita tersebut mendekatkan mukanya dengan muka anjing tersebut, secara tiba-tiba anjing itu mengigit mukanya.

Susah sangat nak cerita, korang layan je la video di bawah ni...












Baca seterusnya...

Teknik Murah Membunuh Nyamuk Hanya Dengan Pencuci Pinggan Mangkuk

Thursday, February 09, 2012 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Aku ada terima emel yang menerangkan cara murah untuk mengawal atau membunuh nyamuk iaitu hanya dengan menggunakan pencuci pinggan mangkuk. Aku sendiri pun tak try lagi, tak tau efektif atau tidak, dan kalau anda nak try boleh la baca tips yang diberikan di bawah.


The mosquito control technique using Harimau Kuat Lemon or Lemon Fresh Joy flavoured dish wash liquid (yellow bottle and about RM2.80) and..... it actually works.

It's cheap and non poisonous like Ridsect of Fumakilla and the others.
Try this simple MOSQUITO Control Technique.
Put some water in a white dinner plate and add a couple drops of Harimau Kuat Lemon/Lemon Fresh Joy dish wash liquid.
Set the dish on your porch, patio, picnic table, park bench, or other outdoor area.
Not sure what attracts them, the lemon smell, the white plate colour, or what.
BUT .. mosquitoes flock to it, and drop dead shortly after drinking the Lemon Fresh water mixture, and usually within about 10 feet of the plate.
TRY IT--- it works just superb!
It may seem trivial, but it may also help to control mosquitoes around your home, (especially in areas where the West Nile virus is reaching epidemic proportions in mosquitoes, birds, and humans).
Pass this on to anyone who likes sitting out in the evening, or when they're having a cook out.
I wonder how many of your will try this. Most people will just read this and do nothing.
This is worth a try, don't you think so?

Baca seterusnya...

2.08.2012

(Video) Cara Baca Al-Fatihah Dengan Betul oleh Ustaz Don

Wednesday, February 08, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Sebar-sebarkan lah kepada saudara sesama islam kita.


Baca seterusnya...

Pesakit Guna Rawatan Lintah Terdedah Tibi

Wednesday, February 08, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Terdengar berita di radio mengatakan rawatam lintah boleh mendedahkan kita dengan jangkitan kuman. Cari punya cari maklumat berkenaan di akhbar, hanya jumpa sekontot laporan jer dari berita harian online. Nak baca penuh,kena beli paper lah plak...huhu

KUALA LUMPUR: Rawatan tradisional menggunakan lintah yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil. - Berita Harian 8 Feb 2012



Blog ini nampaknya ada perkongsian menarik tentang rawatan lintah hasil dari perbualan blogger tersebut dengan seorang doktor.


Baca seterusnya...

2.07.2012

(Video) Pekerja KFC i-City Pukul Pelanggan Tersebar

Tuesday, February 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KFC tidak habis-habis dilanda kontroversi. Kali ini heboh dengan penyebaran satu video yang menunjukkan pekerja KFC i-City memukul seorang pelanggan dimuatnaik di Youtube. Tarikh muatnaik adalah pada 6 Feb 2012. Dalam video tersebut kelihatan keadaan tegang dimana beberapa pekerja KFC bertekak dengan seorang pelanggan. Part yang paling mengejutkan adalah salah seorang pekerja KFC bahagian dapur (sebab pakai apron) menumbuk dan menerajang pelanggan tersebut.





Aku tidak pasti apakah punca pergaduhan tersebut. Tentu ada provokasi yang menimbulkan kemarahan antara dua belah pihak.




Baca seterusnya...

Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Silap Bagi Ucapan Thaipusam

Tuesday, February 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMM) menjadi mangsa kritikan dan bahan lawak terbaru. Ini berikutan apabila laman Facebook JKMM memaparkan status ucapan Thaipusam kepada mereka yang beragama Buddha.



Menyedari akan kesilapan tersebut,5 minit kemudian satu status pembetulan dikemaskini dengan hanya berbunyi "Selamat Meyambut Thaipusam". Bagaimanapun tiada kenyataan maaf atas kesilapan tersebut dan status yang silap tersebut masih tidak dipadam dari laman sosial tersebut. Ini menyebabkan makin ramai yang meninggalkan komen sindiran. Tidak cukup dengan itu, wall facebook JKMM juga turut dihujani status berbau sindiran.





Kita tunggu perjelasan dari pihak JKMM (jika ada) atau mungkin juga Google Translate dipersalahkan lagi.






Baca seterusnya...

(Video) Rakaman CCTV Rompakan Cyber Cafe

Tuesday, February 07, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Satu video rompakan berdarah di sebuah cyber cafe pada 2.2.2012 mula tersebar setelah video itu dimuatnaik di Youtube. Tiada penerangan berkenaan video CCTV tersebut diberikan. Sukar untuk meneka di mana kejadian tersebut berlaku. Tetapi yang jelas, video rompakan cyber cafe tersebut amat mengerunkan apabila penjenayah dan mangsa bergelut dan melibatkan pertumpahan darah.








Baca seterusnya...

2.05.2012

Kenapa Teh Boh Tak Buat Macam Ni Ha ?

Sunday, February 05, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kalau teh Boh atau teh Lipton atau teh wangi buat uncang teh cam gambar di atas, tentu ramai yang beli kan. Nampak cool jer...










Baca seterusnya...

(Video) Mimpi Bertemu Rasulullah

Sunday, February 05, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog ini.

Sempena Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. , marilah kita sama-sama bersalawat ke atas junjungan besar Nabi S.A.W dan sama-samalah kita memperingati jasa dan pengorbanan Baginda dalam menegakkan dan memperjuangkan syiar Islam.

Mungkin video pengakuan Ustaz Dato' Harun Din bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W mampu membuatkan kita insaf dan rindu pada Rasulullah S.A.W.








Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik