1.27.2012

"Tiada puntianak di Menara Condong" - YDP MPTI

Friday, January 27, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Baru-baru ini blog ini juga blog-blog lain dan laman sosial mendedahkan gambar dipercayai imej hantu yang dirakam di Menara Condong Teluk Intan oleh seorang peniaga yang membuka gerai di sekitar kawasan tersebut.

Ekoran dari penyebaran meluas gambar imej hantu atau pontianak tersebut, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan (YDP MPTI) tampil memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan.



TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.

Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.

Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.


"Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.

"Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu. - Kosmo 27 Januari 2012




Baca seterusnya...

1.26.2012

Poster Hilang Sesuatu Yang Macam-macam Hal

Thursday, January 26, 2012 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:




haih..macam-macam hal...


Baca seterusnya...

1.25.2012

Kisah Ustaz Harun Din Pindah Jin Dengan Bas Hanya Temberang

Wednesday, January 25, 2012 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Rasanya tentu ramai pernah dengar cerita kisah Ustaz Dato' Dr. Harun Din pindahkan sekumpulan jin dengan beberapa buah bas dari Universiti Kebangsaan Malaysia ke kawasan hutan yang lain. Menurut cerita yang aku dengar, masa tu Universiti Kebangsaan Malaysia baru hendak dibina, tapi tidak dapat diteruskan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tempat tinggal sekumpulan jin.

Maka Ustaz Dato' Dr. Harun Din dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah rundingan dijalankan dengan ketua kumpulan jin tersebut, jin tersebut pun bersetuju untuk dipindahkan ke tempat lain. Maka beberapa bas digunakan untuk memindahkan kumpulan jin tersebut.

Menurut pemandu bas yang membawa kumpulan jin tersebut, walaupun dia tidak nampak kelibat jin tersebut tetapi dia dapat merasakan berat basnya bertambah seolah-olah basnya penuh dengan penumpang sedangkan secara fizikal basnya kosong tanpa penumpang.

Itulah serba sedikit yang aku dengar dan aku percaya. Tapi rupa-rupanya semua itu cerita temberang. Bohong belaka tiada yang tidak bohong melainkan bohong bohong belaka. Hampeh betul la sapa yang reka cerita tu.

Macam mana aku tahu tu kisah bohong, Dato' Dr. Harun Din yang bagitau sendiri kesahihah cerita tersebut dalam video di bawah. Tonton dan renung-renungkan.

” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri.

” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun.








nota : gambar bas UKM tu sekadar hiasan sahaja.Tidak ada kena mengena dengan cerita ini.
Baca seterusnya...

(Video) Nak Buat Trik Tarik Kain Alas Meja Kononnya, Tapi...

Wednesday, January 25, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video menunjukan dua orang adik beradik cuba membuat trik menarik kain alas meja dengan pantas tanpa menjatuhkan barang-barang atas meja tersebut mula menjadi perhatian.

Trik dua beradik itu menarik kain alas meja itu memang menjadi, semua barang atas meja tidak jatuh dan kain berjaya di tarik kesemuanya, tapi.....

tapi tanpa disangka-sangka, lain yang dibuat lain pula yang jadinya. Si abang telah tertolak adiknya yang berada di belakang dan seterusnya badan si adik terhempas di almari di belakangnya dan seterusnya almari tersebut terbalik menghempasnya si adik. Si abang berjaya menyelamatkan diri. Memang fail!

Video itu mula menjadi "hits" di Youtube, malah ada juga yang memberi komen mengadakan video tersebut adalah palsu dan satu trik. Anda tonton video tersebut dan anda nilaikan sendiri adakah kemalangan dalam video tersebut dirancang terlebih dahulu atau tidak.



Baca seterusnya...

(Video) Di Sebalik Tabir Final Destination 5

Wednesday, January 25, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda dah menonton filem Final Destination 5 ? Bagi yang sudah menonton, memang ngeri dibuatnya. Insiden-insiden yang meragut nyawa dalam filem tersebut memang dashyat dan mengerikan. Boleh buat kita takut nak keluar rumah.

Tapi jika anda tahu bagaimana keadaan sebenar di set pengambaran, tentu anda tak berasa ngeri. Mari kita lihat beberapa keping gambar dan video sebelum dan selepas filem Final Destination 5 dimasukkan kesan visual (visual effects) menjadi sebuah filem yang mengerikan.














Baca seterusnya...

1.24.2012

Hukum Terima Buah Limau

Tuesday, January 24, 2012 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Di musim perayaan tahun baru cina ni tentu kita ada banyak menerima pemberian limau dari kaum cina kan. Samaada dari jiran sebelah rumah atau kekawan kaum cina di pejabat. Tentu ramai yang tertanya apakah hukum kita sebagai seorang islam menerima pemberian buah limau dari kaum agama lain.

Di sini ada jawapan kepada persoalan hukum terima buah limau yang dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus.

sumber : FB koleksi printscreen


Ini pula kisah Rasulullah s.a.w dan buah limau,


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Wallahualam... - sumber iluvislam.com



Baca seterusnya...

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?

Tuesday, January 24, 2012 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Nama Kamal Ashnawi tiba-tiba menjadi perbualan. Apa tidaknya, tertiba sahaja Utusan Malaysia melaporkan Kamal Ashnawi adalah orang terkaya di dunia dan memiliki RM20 trilion. Trilion tu... sedangkan orang terkaya di dunia yang ditabalkan oleh majalah Forbes iaitu Carlos Slim dari Mexico baru mempunyai kekayaan RM224.7 bilion.

Paling agak tak masuk akal apabila perenggan terakhir dalam laporan Utusan Malaysia itu ialah Kamal Ashnawi bakal ditabal Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap pula berkata Kamal Ashnawi bermimpi di siang hari.


KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.


“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi. - Utusan Online 22 Jan 2012



KUALA LUMPUR 22 Jan. - Dakwaan anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi bahawa dia bakal ditabalkan menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi disifatkan sebagai mimpi di siang hari.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap berkata, jika Kamal Ashnawi hanya mendakwa sebagai kerabat diraja Indonesia, mungkin boleh dipercayai tetapi bukan sebagai maharaja.

"Tidak wujud kedudukan maharaja di Indonesia, malah golongan diraja itu tidak perlu ditabalkan sebaliknya ia terus diwarisi daripada generasi ke generasi.

"Indonesia mempunyai sejarah kesultanan sendiri seperti Kesultanan Solo dan Yogyakarta di wilayah Jawa Tengah, namun mereka hanya dihormati tetapi tidak mempunyai kuasa memerintah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan mengenai Kamal Ashnawi yang mendakwa dirinya mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion) walaupun tidak tersenarai sebagai orang kaya di dunia.

Selain itu, Kamal Ashnawi turut mendakwa dirinya merupakan keluarga diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan bakal ditabal menjadi Maharaja Indonesia beberapa tahun lagi.

Jelas Khairuddin, sejak 1945, sistem diraja di Indonesia telah runtuh dan negara itu telah bertukar menjadi republik.

"Dakwaan Kamal Ashnawi itu sangat tidak masuk akal kerana sejak Indonesia mencapai kemerdekaan, sistem pemerintahan di negara itu bukan lagi mengikut sistem monarki (beraja) sebaliknya melalui Dewan Perwakilan Daerah dan Dewan Perwakilan Rakyat yang memilih seorang Presiden," katanya.

Katanya, kerabat diraja Indonesia yang masih ada sehingga hari ini akan mempunyai gelaran 'Raden' diawal nama mereka dan turut dikenali dengan keturunan 'berdarah biru' atau golongan bangsawan. - Utusan Online 23 Jan 2012



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik