1.14.2012

PowerTrekk - Charger Handphone Menggunakan Sesudu Air

Saturday, January 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tentu sukar jika handphone anda kehabisan bateri dan tempat tersebut tiada sumber tenaga elektrik untuk anda cas kan handphone anda.



Kini satu produk yang diberi nama PowerTrekk berjaya dihasilkan. Apa yang menarik tentang PowerTrekk adalah, anda hanya perlu mencampurkan sesudu air ke dalam PowerTrekk, dan alatan tersebut sudah siap digunakan untuk mengecas handphone anda selama 10 jam. Sebenarnya, PowerTrekk bukan saje digunakan untuk cas handphone tetapi boleh digunakan sebagai sumber eletrik untuk hidupkan lampu juga.

Bagaimana PowerTrekk boleh menghasilkan elektrik hanya menggunakan air. Sebenarnya air tersebut dicampurkan dengan sejenis bahan baru yang mesra alam iaitu sodium silicide, tindakan reaksi bahan kimia yang terjadi antara air dan sodium silicide menghasilkan gas hidrogen.

Produk ini bakal memasuki pasaran Eropah sekita mei atau jun. Tapi harganya tak ingat punyer mahal - RM800 !













Baca seterusnya...

(Video) Aksi Lucu Bayi Hisap Lemon

Saturday, January 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Setiap anak-anak tentu mempunyai telatah lucu yang tersendiri. Cuma kadang-kadang kita terlepas untuk merakam saat lucu tersebut.

Tentu seronok jika aksi lucu bayi kita dapat dirakam dan dikongsi bersama yang lain.

Satu video "J adn the Lemon" memaparkan seorang bayi yang hanya mahu dikenali sebagai J menghisap lemon yang diberi oleh ibubapanya. Apa yang menarik ialah reaksi baby J apabila menghisap lemon tersebut. Kita tahu rasa lemon adalah masam. Dan reaksi baby J apabila menghisap lemon yang masam itu amatlah melucukan. Comel dan cute jer!

Saksikan video aksi lucu baby J dan lemon nya.


Baca seterusnya...

Harga Asus Eee Pad Transformer Prime di Malaysia

Saturday, January 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Asus Eee Pad Transformer Prime bakal dilancarkan di Malaysia pada 18 Januari 2012 ini. Harga Asus Eee Pad Transformer Prime adalah RM2199.



Wow! Boleh tahan juga harganya kan.

Difahamkan, harga tersebut untuk Asus Eee Pad Transformer Prime 32GB WiFi termasuk keyboard dock.

Asus Eee Pad Transformer Prime adalah tablet pertama menggunakan pemproses Quad-core Tegra 3 dengan 1GB RAM. Skrin 10.1-inch SuperIPS+ . Asus Eee Pad Transformer Prime juga merupakan antara tablet ternipis dengan 8.3mm sahaja mengalahkan iPad 2 dan Galaxy Tab 10.1.



Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Bawaku Pergi - Zizan & Kaka

Saturday, January 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Bawaku Pergi - Zizan & Kaka






Lirik Lagu Bawaku Pergi - Zizan & Kaka

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi
Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh


Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari-lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apa kan berlaku
Siapa kan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh, ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali






Baca seterusnya...

Cara Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Saturday, January 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Apakah itu Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ?

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang baru sahaja dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Januari 2012 ini merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

Sebelum anda memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ini, anda perlu tahu samada anda layak atau tidak.




Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?

  1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun;
  2. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000;
  3. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim;
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar";
  5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.

Cara Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

**Tertakluk kepada pindaan


Apakah bank-bank yang menyertai skim ini?

Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN.


Berapa lamakah tempoh permohonan?

Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.


Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?

Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti berikut:
a. Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
b. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
c. Bukti pendapatan:

- 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
- 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini


Bagaimanakah saya tahu sama ada permohonan saya berjaya?

Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank.


Segala maklumat lanjut, anda boleh layari laman web SARA 1Malaysia


Baca seterusnya...

1.13.2012

Cara Menerima Bayaran RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Friday, January 13, 2012 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Menteri Kewangan sudah mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar tentang pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucar tunai, bermula Ahad ini.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat secara berperingkat mulai 15 Januari 2012 dan dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Dalam tempoh dua bulan itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat penyerahan baucar tunai.

Baucar tunai itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.



Kerajaan turut menyediakan kaunter bergerak khas di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.

Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.

Bagi pemohon yang gagal pula, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my

Kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan tempoh penyerahan borang BR1M itu selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.




Baca seterusnya...

1.12.2012

Gambar Myvi Terbang Atas Van

Sejak semalam kecoh pasal gambar Myvi terbang. Betul ke Myvi tu terbang ?

Bila tengok gambar, sah! memang MyVi terbang. Kalau tak terbang macamana MyVi tu boleh berada atas van kan. Dan yang pasti, jika dilihat keadaan MyVi tu yang boleh terbang ke atas bumbung van tu, memang sah sah kereta MyVi tu dipandu laju.


Ajaibnya. Tiada kemalangan jiwa dan mangsa hanya cedera ringan sahaja. Mungkin itu satu peringatan.



KOTA BHARU - Ini bukan aksi filem tetapi jeadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Jalan Long Yunus, dekat sini ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku apabila tayar kiri bahagian hadapan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun tiba-tiba pancit menyebabkan dia hilang kawalan.

"Kereta tersebut kemudian terbabas dan merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai.

"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dibantu orang ramai keluar dari keretanya di atas van itu," katanya ketika dihubungi semalam. - Kosmo



sumber gambar : earncent.com/blog (thanks)

Baca seterusnya...

1.11.2012

Gambar Toyota Avanza Baru 2012, Harga RM64,590 - RM79,590

Wednesday, January 11, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Akhirnya Toyota Avanza baru 2012 yang ditunggu-tunggu dilancarkan secara rasminya oleh Toyota Malaysia. Ini adalah model Toyota Avanza generasi kedua dan model yang sama dilancarkan di Indonesia tahun lepas. Difahamkan juga, model Avanza terbaru ini dipasang di Indonesia, bukan lagi di Perodua Rawang.

Harga Avanza baru 2012 ini pula adalah seperti di bawah. Harga Avanza ini adalah harga atas jalan termasuk insuran.

Avanza 1.3 - RM64,590,
Avanza 1.5E - RM72,590
Avanza 1.5G - RM77,290
Avanza 1.5S - RM79,590

Lagi gambar Toyota Avanza baru 2012 dengan baca seterusnya.







sumber : paultan.org

Baca seterusnya...

Gambar Rawak Hari Ini

Wednesday, January 11, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:











Baca seterusnya...

1.10.2012

(Video) Apa Akan Jadi Jika iPad Dijatuhkan Dari Angkasa ?

Tuesday, January 10, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Pernahkah anda terfikir apa akan jadi jika iPad dijatuhkan dari ruang angkasa raya dan terus jatuh ke bumi?

Tak pernah terfikir ? Takpe. Sebab sebuah syarikat pembuat iPad Case iaitu G-Form telah memikirkan perkara tersebut dan menjalankan ujikaji tersebut. Ujikaji drop-test iPad dari ruang angkasa itu adalah untuk membuktikan yang iPad Case buatan mereka memang tahan lasak dan boleh dipercayai.

Guest what? iPad tersebut mendarat ke bumi dengan selamat dan masih boleh digunakan seperti biasa. Hebat!















Baca seterusnya...

Pasangan Ini Abadikan Gambar Kaki Mereka Di Setiap Lokasi Yang Dikunjunginya Sehinggalah Ada Sepasang Kaki Kecil Turut Serta

Tuesday, January 10, 2012 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pasangan ini bernama Tom and Verity Robinson. Apa yang unik dan menarik tentang kisah pasangan ini ialah setiap tempat yang mereka kunjungi ketika mengembara, mereka akan ambil gambar kaki mereka di tempat tersebut.

Sejak 6 tahun lalu, hanya dua pasang kaki sahaja dalam setiap gambar hinggalah pada Mac tahun 2011, sepasang kaki kecil mula turut serta dalam gambar mereka. Ya, sepasang kaki kecil itu ialah anak perempuan mereka.

Wow! Memang menarik sekali idea mereka ni. Mula-mula 2 pasang kaki, kemudian ada kaki kecil turut serta. Mari kita lihat album gambar mereka dengan baca seterusnya.













hmmm... syok plak tengok album gambar sebegini yer. Nanti tak lama lagi kaki kecil tu akan membesar, lepas tu akan bertambah pula sepasang kaki kecil lagi. hehe... best...

p/s : nak tiru gak idea diorang ni, tapi mula dengan 4 pasang kaki lah nampak gayanya. hehe..

p/s : idea mereka ni lebih kurang sama dengan idea keluarga Ed Royle. Cuma diorang tak ambik gambar kaki jer.

Baca seterusnya...

1.09.2012

Tolak Jangan Tak Tolak

Monday, January 09, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:








sumber : the star

Baca seterusnya...

(Video) Harimau Bintang Menyerang Penduduk

Monday, January 09, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
NEW DELHI - Seekor harimau bintang mencakar empat orang selepas haiwan itu sesat di Silphukhuri di Guwahati, timur laut India, menurut beberapa laporan semalam.

Insiden itu yang berlaku kelmarin apabila harimau tersebut memasuki sebuah rumah dan mula menyerang sejumlah penduduk di sebuah kawasan yang sibuk.

"Kami berasa terkejut apabila melihat seekor harimau bintang berada di dalam rumah dan kemudian haiwan berkenaan mula menyerang," kata seornag saksi, Nipu Das kepada agensi berita IANS.

Orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik semasa insiden berkenaan berlaku.




Bagaimanapun, harimau itu kemudian ditembak dengan ubat pelali oleh satu pasukan hidupan liar.

Haiwan itu kemudian dihantar ke sebuah zoo.

Pihak berkuasa menyatakan haiwan itu datang dari sebuah hutan di pinggir Guwahati.

Pemusnahan hutan di sekitar bandar-bandar di India telah menyebabkan sejumlah haiwan liar keluar dari habitat asal dan menyerang manusia. - Agensi (Kosmo)








Dibawah ni pula video serangan harimau bintang yang berlaku di Jammu dan Kashmir, Uttar Pradesh serta Haryana sejak beebrapa bulan lalu.




Baca seterusnya...

1.08.2012

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Korea 2012

Sunday, January 08, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Datuk Lee Chong Wei berjaya mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan di Terbuka Korea 2012 dalam aksi yang mendebarkan, rubber set 12-21, 21-18, 21-14 petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan.

"Syabas Datuk Lee Chong Wei!! Tahniah daripada saya dan isteri. Kami kini berada di Afrika Selatan dan baru mendapat berita ini," kata Najib menerusi mesej Twitter beliau.

Kemenangan ini juga satu permulaan yang baik dan suntikan semangat buat Chong Wei dalam usaha untuk memenangi pingat emas pertama Malaysia di London Sukan Olimpik 2012 nanti.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei !




Baca seterusnya...

Senarai Jalan Sesak di KL Pada Isnin 9 Januari 2012

Sunday, January 08, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi Isnin ini.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menyatakan jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta dari kedua-dua arah, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Dutamas, Jalan Persiaran Dutamas dan Jalan Hikmat Usaha.


Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

Justeru, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Rusli Mohd Noor menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mengelak kesesakan pada hari itu.


"Pengguna jalan raya perlu elak daripada menggunakan jalan-jalan itu jika tiada urusan penting.

"Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan itu dinasihat menggunakan pengangkutan awam. Orang ramai perlu mematuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar memastikan kenderaan mereka yang diparkir tidak menghalang lalu lintas pada hari itu.

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan. - BERNAMA



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik