12.21.2012

Dividen ASB 2012 , Bonus ASB 2012 - 8.90%

Friday, December 21, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

KUALA LUMPUR – Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

“Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini, Jumaat.

Sehingga Rabu lepas, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.
“Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus,” katanya.

Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB.

Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik. – BERNAMA

Untuk makluman, rekod dividen & bonus ASB untuk tahun-tahun sebelum ini,

TahunDividen (%)Bonus (%)Jumlah (%)
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.251.759.00
20067.301.258.55
20077.801.008.80
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.501.258.75
20117.651.158.80
20127.751.158.90

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik