11.09.2012

(Video) Budak hampir ‘dibaham’ singa ketika bergambar di zoo

Friday, November 09, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

PARIS: Bukan setiap hari anda boleh berdepan dengan singa.

Tetapi itu yang sebenarnya berlaku pada seorang kanak-kanak yang bergaya untuk bergambar di sebuah zoo.

Kanak-kanak comel itu berdiri di depan kandang singa dan menanti ibu bapanya merakamkan gambar apabila seekor haiwan berkenaan menghampirinya. Video singkat kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah zoo Perancis menunjukkan kanak-kanak itu pusing ke belakang selepas diarah oleh seorang dewasa.

Sebaik memandang ke belakang, kanak-kanak itu mendapati seekor singa betina merenung tajam ke mukanya. Dia jelas terkejut dan takut sebelum berlari dari kandang berkenaan dengan singa itu masih merenungnya di sebalik dinding kaca yang mengelilingi kandang itu. Kanak-kanak yang berusia antara tujuh atau lapan tahun itu kemudian meninggalkan tempat berkenaan dengan tersenyum. Singa itu pula kelihatan kecewa.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan memuatnaikkan video itu ke Internet dengan menggunakan lagu filem Jaws sebagai muzik latar.

Mereka juga menulis: “Harimau lapar? Ia kelihatan begitu berminat dengan anak saya. Mujur ada tembok kaca.” Ada yang mengulas, singa itu kelihatan lebih ‘berminat untuk berkawan’ daripada untuk membaham kanak-kanak berkenaan. - DM (HMetro)

Saksikan video kanak-kanak hampir "dibaham" singa" di bawah.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik