11.23.2012

Rumah Di Tengah Jalan Raya

Friday, November 23, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


Percayakah anda ada rumah di tengah-tengah jalanraya ? Di China, semuanya ada!

Rumah dalam gambar sebelah berada di tengah-tengah jalan raya dan rumah tersebut ada penghuni!

Jangan salah sangka, bukan pemilik rumah yang bina rumah di tengah jalan, tapi jalan itu dibina melalui rumah tersebut. Ini semua gara-gara pemilik rumah tidak mahu berpindah kerana tidak berpuashati dengan bayaran pampasan. Terbaek!

Lagi gambar dan berita penuh dengan baca seterusnya.


WENLING, China - Sebuah bangunan kediaman setinggi lima tingkat berada di tengah sebatang jalan raya yang baharu di Kampung Xiazhangyang di sini.

Bangunan itu tidak diruntuhkan kerana Luo Baogen dan isterinya enggan berpindah disebabkan ganti rugi yang ditawarkan pemerintah masih rendah.

Dia dan isterinya tinggal di salah satu tingkat bangunan tersebut.

Menurut laporan media, semua jiran pasangan tersebut sudah berpindah.

Beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut akan bergerak bahagian depan dan belakang bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, jalan raya tersebut masih belum dibuka secara rasmi. - Agensi (Kosmo)






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik