10.29.2012

(Video) Wanita Mabuk Dicampak Keluar Dari Tren

Monday, October 29, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Jika anda menaiki tren komuter di Sydney, jangan sesekali anda membuat bising membebel tak tentu pasal, silap haribulan anda akan dicampak keluar dari tren oleh penumpang-penumpang yang tidak berpuas hati dengan anda. Perkara sebegini boleh berlaku, ini kerana baru-baru ini seoang wanita yang dipercayai mabuk telah dicampak keluar oleh beberapa penumpang kerana tidak berpuas hati dengan keadaan perempuan tersebut yang menganggu dan membuat bising di dalam tren.

Saksikan juga video wanita dicampak keluar dari tren itu selepas membaca petikan berita di bawah.



    SYDNEY: Bosan dengan bebelan dan tindak-tanduk seorang wanita, sekumpulan penumpang komuter di Sydney berpakat untuk mencampaknya keluar dari tren, lapor media semalam. Sebahagian daripada insiden itu dirakam dan dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan sensasi di laman sesawang berkenaan.
    Melalui klip sepanjang empat minit itu, seorang wanita dipercayai mabuk kelihatan duduk di dalam tren berkenaan dan bertengkar dengan sekumpulan lelaki. Wanita terbabit juga kelihatan meludah dan memaki sambil memukul-mukul mereka secara tidak keruan.
    Selepas beberapa minit bergelut, seorang lelaki agak berusia cuba mententeramkan keadaan dan memujuk wanita itu tetapi malangnya dia pula dipukul.Terkejut dengan serangan itu, sekumpulan lelaki memberi amaran supaya tidak memukul lelaki berkenaan dan memisahkan mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.
    Ketika lelaki terbabit beredar, wanita itu menolaknya dengan kuat. Akibat tidak tahan dengan kata-kata kesan dan tingkah-laku wanita itu, kira-kira lima lelaki berpakat menangkapnya dan memaksa dia keluar dari tren. Apabila tren itu berhenti di sebuah stesen, mereka membuang barangan wanita terbabit ke tepi landasan sebelum dia sendiri ditolak keluar.
    Wanita itu kemudian dilihat cuba mengadu kepada seseorang dipercayai kakitangan komuter di stesen berkenaan. - ST

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik