10.01.2012

Penganggur & Pelajar Layak Dapat BR1M 2.0 ? Borang BR1M Diedar Bulan Ini

Monday, October 01, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. 

Difahamkan penganggur dan pelajar universiti juga layak mendapat BR1M 2.0 ini. Betul ke ? Sebab berdasarkan kenyataan dari kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan, seorang kata dapat, seorang kata sebaliknya. So mana satu yang betul ?



Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai,

pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0. “Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. - BERNAMA

Manakala menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin

“Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan. - BHarian
hmm.. mana satu yang betul ni ?


KUALA LUMPUR – Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata, isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. – BERNAMA



Pelajar, penganggur layak

Kota Bharu: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu bujang yang tidak mempunyai pekerjaan berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) bernilai RM250.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan atau berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.
“Di Malaysia, lebih sejuta penerima baru ini berusia lebih 21 tahun dan tidak mendapat bantuan sebelum ini.

“Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan.

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra anjuran Majlis NGO Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, di Tanjung Chat, semalam.

Hasil kurang RM2,000

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013, mengumumkan bantuan BR1M 2.0 untuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM2,000.
Mengulas mekanisme BR1M 2.0 bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, Awang Adek berkata, kae dahnya hampir sama BR1M sebelum ini dan mereka tidak perlu mengisi borang lain.

Namun, katanya, bagi pemohon baru, mereka perlu mengisi borang disediakan sebelum akhir tahun ini bagi membolehkan urusan pembayaran dapat disegerakan.

“Bagi penerima baru yang bujang dan tidak layak sebelum ini, mereka perlu mengisi borang. Saya yakin akan ada pengumuman bila borang boleh didapati dan perlu diisi dalam masa terdekat.

“Kita juga tahu dalam pelaksanaan BR1M tahun lalu, ada golongan tercicir kerana masalah tertentu seperti tanggungan pergi kepada satu pihak terutama bagi pasangan bercerai,” katanya. - BHarian

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik