Apple akhirnya memperkenalkan iPad Mini secara rasminya pagi tadi (waktu Malaysia). Segala desas desus dan khabar angin tentang iPad Mini akhirnya terjawab dan ianya adalah sama seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
iPad Mini bersaiz 7.9-inci dengan resolusi 1024×768 pixel, didatangkan dalam dua warna putih dan hitam. iPad Mini wifi mula dijual pada 2 November ini di beberapa negara terpilih dengan harga serendah $329 ( Anggaran harga iPad Mini di Malaysia sekitar RM1000 ). 2 minggu kemudian, barulah iPad Mini wifi + 3G mula dipasarkan keseluruh negara.(kalau tak silap)
Spesifikasi iPad Mini
Menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Apple A5,
facetime HD, kamera 5-megapixel, sokongan LTE (pilihan), iOS 6 dan menggunakan port
Lightning (macam iPhone 5). Bateri iPad Mini juga didakwa mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan. iPad Mini direkabentuk dengan lebih 23% nipis dan 53% ringan berbanding iPad sedia ada.
Selain dari iPad Mini, Apple juga turut melancarkan iPad 4 (iPad 3 versi dipertingkatkan)






0 comments:
Post a Comment