9.22.2012

(Download) Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

Saturday, September 22, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: , ,

Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bermula besok (menurut laman Kosmo hari ini 22 Sep 2012).

Difahamkan, buat masa ini pelaksanaan AES hanya di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya. Anda boleh muatturun (download) lokasi pemasangan kamera AES dari laman JPJ.


Berita penuh dari laman Kosmo.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok. 

Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokasi bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemasangan kamera AES untuk 817 lokasi lagi akan dibuat dalam fasa kedua melibatkan pelaksanaan di seluruh negara.
Beliau berkata, pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

“Oleh itu, orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,” katanya di sini semalam.
Menurut Solah, notis saman yang telah diproses dan disahkan akan dihantar kepada pemilik berdaftar kenderaan dalam tempoh lima hari dari tarikh kesalahan dirakam menggunakan sistem AES.
Katanya, jika pemilik berdaftar bukan merupakan individu yang memandu kenderaan pada masa kesalahan dirakam, mereka boleh mengemukakan maklumat pemandu kepada JPJ dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis diterima.

“Dalam notis saman itu, maklumat kenderaan, tarikh kesalahan, jenis kesalahan dan imej kenderaan yang dirakam akan disertakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Solah memberitahu, pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut.

Tambahnya, bagi kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari lokasi kamera AES dipasang.

“Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.

“Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my,” ujarnya.

Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik