8.07.2012

(Video) Galaxy Note 10.1 Dilancarkan, Harga di Malaysia RM2K++

Tuesday, August 07, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Difahamkan Samsung telah melancarkan Galaxy Note 10.1 secara rasminya. Satu video iklan Galaxy Note 10.1 telah dimuatnaik.

Berbeza dengan Galaxy Note sebelum ini, Galaxy Note 10.1 berskrin lebih besar iaitu 10.1 inchi.

Samsung Galaxy Note 10.1 menggunakan cip pemprosesan empat teras 1.4 GHz Exynos 4412 dan memori 2GB RAM. Difahamkan, Samsung Galaxy Note 10.1 mempunyai 3 versi saiz storan yang berlainan iaitu 16GB, 32GB dan 64GB. Apa yang membezakan antara Samsung Galaxy Note 10.1 dengan Samsung Galaxy Tab 10.1 adalah Samsung Galaxy Note 10.1 mempunyai S Pen.

Antara aplikasi eksklusif untuk Galaxy Note 10.1 adalah S Note, S Planner, Crayon physics, Adobe® Photoshop® Touch, dan Polaris Office.

Difahamkan Samsung Galaxy Note 10.1 bakal dijual bulan ini, bagaimanapun perjualan Galaxy Note 10.1 di Malaysia masih tidak diketahui. Mungkin September ini. Harga Samsung Galaxy Note 10.1 di Malaysia juga masih belum diumumkan tapi dijangka berharga lebih dari RM2K.


Tonton video Galaxy Note 10.1 dengan baca seterusnya.






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik