8.06.2012

RAYUAN TERAKHIR SEBELUM 15 OGOS 2012

Monday, August 06, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Salam semua dan selamat menjalani ibadat puasa. Kempen Jom Tolong Kami Bantu Mereka, SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata sedang melangkah memasuki fasa terakhir sebelum seluruh umat Islam menyambut Aidil Fitri. Dari senarai 60 buah rumah anak yatim dan asnaf serta pelajar miskin di sekolah-sekolah terpilih yang berada dalam senarai penerima, kami masih kekurangan saiz baju yang berkaitan.

Jika anda sudah terniat untuk membantu, jangan tangguh niat tersebut kerana masih ada 362 tubuh comel yang menanti untuk menyarung baju raya menjelang pagi Syawal. Masih ada waktu untuk hati-hati mulia di luar sana bagi menceriakan hati-hati lara yang terpisah dari kasih seorang ibu dan sayang seorang ayah.

Ayoh….Jom Tolong Kami, Bantu Mereka dengan memilih senarai baju dan saiz yang dipaparkan dan dikirim ke Bilik Operasi sebelum atau pada 15 Ogos 2012 bagi membolehkan kami titipkan kepada mereka yang menanti. Jangan biarkan mereka terus menanti hanya kerana sedikit kesibukan kita sedangkan telah terdetik dihati kita untuk membantu mereka. - sumber sehelaibaju.com

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik