8.11.2012

Jepun tarik balik gelas McDonald

Saturday, August 11, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

TOKYO - Restoran makanan segera terkenal, McDonald yang beroperasi di Jepun, kelmarin menarik balik gelas percuma bertemakan Sukan Olimpik London 2012 selepas menerima 130 aduan daripada pelanggan.

Jurucakap McDonald, Kazuyuki Hagiwara berkata, mereka turut menerima 78 aduan pelanggan cedera.

"Kebanyakan pengguna mengalami luka kerana gelas sumbing. Kami mendapati kesilapan semasa prosedur pembuatan gelas tersebut menjadi punca insiden ini berlaku," katanya.

Difahamkan, enam juta gelas percuma itu telah diberikan kepada pelanggan sejak Jun lalu. - Sinar Harian

p/s : Kat Malaysia macamana pula ?

2 comments:

chekgu BaniHassim said...
Saturday, 11 August, 2012

ai kumpul bukan utk guna...just collectibles items sajewww...
huhuhu

MR Penyubiru said...
Saturday, 11 August, 2012

yup betul tu. ramai dapatkannya tuk koleksi. rasanya McD cuma perlu tambah statement kat kotak gelas tu "untuk koleksi" , settle masalah kut.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik